COVER STORY

Dr. Noor Hisham & Ustaz Ebit Lew

I’d give anything to hear, you say it one more time, that the universe was made, just to be seen by my eyes…” dan lagu terus berkumandang di pagi hari pertama Jun, bulan meraikan lelaki.

Perlukah lelaki dirai? Sedangkan lelaki walau di mana-mana sudah ada tempat untuknya. Tak perlu memandang jauh, lihat saja di negara kita memonopoli tampuk pimpinan adalah lelaki, dalam perniagaan yang banyaknya juga lelaki dan yang bermasalah juga kebanyakan adalah lelaki (ya saya tahu point saya ini tidak cukup kuat kerana tidak disertakan bersama fakta) malah yang tergila-gilakan jawatan tertinggi kerajaan, sekumpulan gila sepera juga dalam spesis ini.

Saya mencari-cari kata-kata tentang lelaki dan terjumpa petikan daripada Margaret Thatcher yang menangkap perhatian saya tika ini, “If you want anything said, ask a man, if you something done, ask a women,” manakala Natalie Wood memberikan pendapat senada, “The only time a women really succeed in changing a man is when he is a baby.” Aduhai kenapa sungguh tidak sedap bunyinya ya?

Okey let’s get serious! Memandangkan Jun isu meraikan lelaki, saya mahu menulis tentang dua lelaki yang sering tersenyum setiap kali saya melihat mereka di tv, tidak selebar senyuman bintang filem tetapi cukup manis dan kekal walau ketika waktu yang kita tahu gusar sekali. Dan senyuman yang manis itu bukan bertujuan mereka bersandiwara, bukan juga kerana menyembunyikan sesuatu, tetapi senyuman yang diberi untuk Tuhan, untuk manusia seperti kita yang sesama nasib dan kehidupan. Ya, begitu dirahmati wajah mereka membuatkan kita tidak jemu menengoknya setiap hari. Seorang setiap petang wajahnya keluar di merata siaran TV bercakap tentang perkembangan terbaru Covid-19 manakala lagi seorang menerusi video demi video aktiviti amal yang dikongsi di media sosial.

Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ustaz Ebit Lew – walaupun tidak berpeluang menemubual mereka seperti yang saya biasa lakukan bersama barisan personaliti sebelum ini, malah saya menulis berdasarkan pemerhatian dan pembacaan sendiri sahaja namun cukup memberikan saya keseronokan Dan kebetulan, mereka punya latar belakang yang sama, berbangsa Cina dan memeluk agama Islam ketika kecil. Dr. Noor Hisham dengan nama asal Yew Ming Seong memeluk Islam selepas dibesarkan keluarga angkat berbangsa Melayu manakala Ebit yang nama asalnya Lew Yun Pau, memeluk Islam ketika berusia 12 tahun.

Menceburi dua kerjaya yang berbeza, Dr. Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, juga Pakar Perunding Kanan dalam Bedah Payudara, Endokrin dan Umum Hospital Putrajaya manakala Ebit Lew sebagai penceramah bebas dan menjalankan perniagaan makanan, pakaian juga penulis buku motivasi.

[thb_gap height=”40″]

Perjalanan Awal

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. Satu waktu dulu Noor Hisham hanyalah si kecil hingusan anak tukang cuci yang tinggal bersama ibu dan kakaknya di sebuah rumah flat di Jalan Loke Yew. Pendidikan awalnya di Methodist Boys’ Secondary School (MBSSKL), sekolah yang melahirkan ramai golongan profesional dan Noor Hisham sendiri antara aset kebanggaan sekolah ini. Noor Hisham kemudiannya menyambung pelajaran Ijazah Sarjana dalam Surgeri dan Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan  menyertai sektor awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988. Beliau seterusnya memilih bidang kepakaran dalam surgeri endokrin dan menjalani latihan di beberapa universiti termasuk di Adelaide dan Sydney, Australia selain menerbitkan artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta menulis kandungan buku teks berkaitan surgeri endokrin.

Jika Dr. Noor Hisham membesar di Kuala Lumpur, ustaz Ebit Lew pula membesar nun jauh di ceruk Muadzam Shah (alahai kita sekampung!) menuntut di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah dan seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Kerjaya awal Ustaz Ebit bersama Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim Tahir yang mana dia mendapat bimbingan sebagai penceramah motivasi dan perunding latihan. Di sini dia berpeluang memberi talk di hadapan kumpulan pekerja profesional yang bekerja di syarikat besar. Sebelum bersama dua insan hebat ini, beliau memohon kerja di merata tempat dan pernah juga merasa hampa apabila resume sendiri dicampak di hadapan mata.

[thb_gap height=”40″]

Personaliti

Hampir setiap hari saya menonton sidang media Dr Noor Hisham di RTM. Beliau memberi penerangan tentang status terkini wabak Covid-19 dengan tenang, soalan-soalan media juga dijawab dengan tertib, menggunakan lenggok bahasa yang mudah difahami. Satu posisi yang sukar sebenarnya; tidak boleh buat silap atau dia dan pasukannya ditempelak. Berdasarkan penampilannya di sidang media, saya melihat Noor Hisham seorang yang tenang dan sabar, seorang yang boleh diharap dan ada karakter yang likeable. Oh, saya tak perlu pun merujuk pada zodiak kerana saya pernah ada seorang teman rapat yang lahir pada tarikh yang sama dan seperti Dr. Hisham, begitulah juga karakternya.

Ustaz Ebit Lew juga ada kualiti serupa. Pergaulan dengan masyarakat pelbagai jenis golongan usia dan bangsa membuatkan dia pandai membawa diri dan mudah didekati – karakter yang bagus untuk seorang pendakwah. Melihatnya bercakap di tv seperti melihat seorang teman yang kita sudah kenal lama. Dan saya tahu dia cintakan sangat kerjayanya ini. Daripada kanak-kanak membawa ke remaja hingga dewasa, perjalanan berdakwah menjadikan dia lebih sempurna rasanya ‘luar dan dalam’. Saya merasakan Ebit seorang yang mahu disayangi, mahu diri rasa bebas berperasaan, membalut diri dengan keselesaan dan kemewahan juga mahukan orang lain turut merasai apa yang dia rasai. Saya terkenang bila mengetahui dia masih ingat nama pakcik yang memberikan selimut masa dia tidur di atas sehelai guni di kaki lima dulu. Ya, tidak ramai boleh ingat peristiwa 20 tahun lalu. Ebit juga tidak pilih bulu; dia meredah masuk ke perkampungan Cina, mendaki tangga 14 tingkat, belikan motor untuk digunakan sebuah keluarga untuk ulang alik bekerja. Sesiapa saja yang dia tahu hidup susah, dia akan bantu dengan menghulurkan hadiah. Lift rosak pun dia usahakan buat sesuatu. 

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12542″][thb_gap height=”40″]

Kejayaan

Hari ini, Dr. Noor Hisham dikenali sebagai seorang doktor yang miliki reputasi tinggi dalam bidangnya. China Global TV Network (CGTN) menamakannya sebagai antara doktor terbaik dunia berdasarkan kewibawaan menangani krisis COVID-19. Pengiktirafan ini mencantikkan lagi resumenya yang dipenuhi puluhan pencapaian dan anugerah yang diterima termasuk dari pihak istana. Beberapa pencapaian lain yang menjadi highlight antaranya tatkala beliau diberi mandat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) bagi sesi 2017 hingga 2021 –  menjadikannya rakyat Malaysia pertama diberi kepercayaan memegang jawatan ini, selain dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik Covid-19 pada 3 April lalu.

Dan apa kurangnya Ustaz Ebit Lew dengan syarikat motivasi Transform Jiwa yang kini telah mengendalikan lebih 1,000 kursus untuk agensi kerajaan dan swasta meliputi pelbagai modul gaya hidup Islam dan setiap sesi ceramah kendaliannya dihadiri lebih enam ribu penonton, selain tiga cawangan Paramount Cafe dan sembilan buah buku tulisannya yang masih diulang cetak hingga kini. Hemm, nampaknya setiap yang dilakukan Ebit Lew menjadi magis. Nasib dia tidak pandai menyanyi, kalau tidak bidang ini pun dia boleh conquer.

Membaca tentang mereka berdua ini membuat saya terkenang pelakon hebat Shahrukh Khan. Sebutnya, “My biggest achievement is that I can make people smile just by my presence.” Betul, setiap orang memiliki kemampuan untuk menyentuh kehidupan orang lain dengan pelbagai cara; Dr. Noor Hisham memberikan kita rasa ‘secure’ manakala Ebit Lew datang memberikan kegembiraan. Dan ini adalah impak yang kita dambakan dalam kehidupan.

Saya sudahi tulisan saya dengan kata hikmah yang indah ini… “Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya… maka janganlah engkau sekali kali meremehkan sebuah kebaikan.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12543″][thb_gap height=”100″]

Related posts

Mas Idayu – Disukai Dibenci

admin

Nikella Niksen – Tentang Hari Raya dan Hidangan Untuk VVIP

admin

LAr. Juita Wan Hashim

adminwm

Leave a Comment