GAYA HIDUPKisah Artist

Diana Danielle Duta Traveloka  di Malaysia

Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara. Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat

Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.

“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya. Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19. Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar,

Traveloka Malaysia.

Diana Danielle, ibu kepada dua anak menjadi penyokong kuat industri seni dan

pelancongan tempatan. Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat -Selebriti Terbaik Tahun Ini, di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.

“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami. Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana Danielle, Duta Jenama untuk Traveloka.

Bagi merangsang keinginan para pengguna aplikasi untuk mengembara semula, Traveloka akan terus memenuhi aspirasi gaya hidup pengguna melalui tawaran luar biasa, pada harga yang sangat lumayan daripada rakan kongsi platform yang merangkumi syarikat penerbangan, tarikan, hotel, serta segmen spa dan kecantikan.

"Kami komited untuk terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri serta rakan-rakan kongsi kami, dan memainkan peranan yang lebih besar sebagai saluran untuk memacu aktiviti pelancongan tempatan," tambah Chan.

Beliau juga mendedahkan bahawa usaha promosi Traeloka melalui promosi bulanan dua digitnya (cth 10.10, 11.11) dan jualan akhir tahun, superapp pengembaraan yang direka untuk memperkasakan pengguna di Asia Tenggara ini yang beraspirasi untuk menikmati pengalaman baharu serta meneroka tempat-tempat di sekeliling mereka ini berjaya mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 60 peratus pada 2021, berbanding tempoh yang sama pada 2019. Mengulas mengenai semangat baru superapp pengembaraan ini dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam dunia pelancongan tempatan, ketua pengarah Tourism Malaysia Dato Haji Zainuddin Abdul Wahab berkata, “Kami mengalu-alukan inisiatif Traveloka untuk sentiasa tangkas dalam usaha mereka dalam mendigitalkan pengalaman perjalanan dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan setiap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ketika kami bersiap sedia untuk menggiatkan semula ekonomi negara. Usaha Traveloka merupakan permulaan yang baik kepada

dekad baru ini.”

Untuk memulakan sambutan dan memperkaya pengalaman perjalanan dan gaya hidup rakyat Malaysia, serta untuk menyatakan rasa terima kasih atas sokongan mereka sepanjang tahun, superapp pengambaraan ini telah mencipta permainan Augmented Reality (AR) yang inovatif untuk ulang tahun ke-10nya. Permainan ini dinamakan Cut A Cake, dan pengguna akan dapat memenangi kupon bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka memotong 10 kek untuk Traveloka. Kupon-kupon tersebut sah untuk ditebus antara 21 Februari dan 6 Mac 2022.

“Traveloka baru sahaja melancarkan permainan AR khas. Mereka mencipta permainan ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia. Sertai saya untuk bermain dan menangi beberapa hadiah perjalanan percutian yang menarik,” kata Danielle.

Related posts

HABBATUSSAUDA MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

admin

Meriah Dan Gembira, Marhaban Ya Ramadan

admin

Apakah fenomena biologi (sarcopenia) yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua?

adminwm

Leave a Comment