DESPERADO

Derita Si Perampas Suami Orang

Saya terhidu akan kisah teman yang baru dua bulan kahwin sudah diceraikan sang suami, Rasa mahu saya menghubunginya bertanya benarkah berita ini, akan tetapi kerana sudah berjanji dengan si pemberitahu, hasrat dilupakan. Namun sebagai seorang teman, dan sebagai wanita saya berasa amat sedih. Inai di jari belum hilang sudah diceraikan. Mengapa dan kenapa? Dikhabarkan  si tuan badan sendiri pun tidak tahu akan sebab musabahnya. Hari yang mereka hadir untuk mengambil sijil nikah dan hari itulah dia dijatuhkan talak tanpa sebab.

“Jahat sangatkah I ni,” dia bertanya kepada temannya itu. “Apa dosa I, kenapa I terpaksa menerima hukuman yang sebegini? Kalau I buat salah, beritahu salahnya, I boleh betulkan tetapi menceraikan tanpa sebab ternyata satu penghinaan kepada I sebagai wanita dan kepada keluarga I.” Di mana I hendak letak muka?”

Teringat saya terserempak dengannya di sebuah masjid, dan dia berbisik, (dia nampak very excited.) “Nanti datang ke majlis perkahwinan I.” “Insha-Allah.” “Patutlah manis nampak, rupanya hendak kahwin” saya mengusik. “Sudah jodoh kak Wirda. Sebenarnya pun tidak pernah berfikir untuk berkahwin setelah perkahwinan pertama gagal. Namun kehadirannya memberikan I keyakinan semula untuk berumah tangga. I fikir lama, untuk menerimanya, betul lama I memikirkan, apakah ini benar, dan bolehkah ditolak jodoh jika ia sudah datang?” Dia memujuk dan terus memujuk, sehingga I rasa kalau I tolak, I juga yang rugi. Dia sangat baik, sangat santun orangnya dan sangat beria-ia.”

I doakan you, dan I akan datang meraikannya.”

Di hari perkahwinan saya sempat hadir, mengucapkan tahniah, ingin bergambar tetapi ramai pula kawan-kawannya yang mahu juga bergambar. Namun yang sedikit peliknya, pengantin lelaki tidak mahu bergambar bersama, duduk di satu sudut dan menggelakkan diri untuk turut serta. “Pelik,” kata di hati. Saya bersalaman dengan keluarga pengantin lelaki, kerana kebetulan saya kenal seorang dua. Semua nampak happy dan kami sempat bergambar bersama, walaupun tidak dapat bergambar dengan pengantin, memadai dengan keluarga orang sebelah.

Kerana saya tidak tahu mengapa dia diceraikan dan dia juga tidak bercerita, cerita ini tamat di sini. Dan kisah Desperado kali ini sebenarnya juga amat menyakitkan hati saya bila seorang teman memberitahu al kisah si budak bernama Nana yang bermain mata dengan pengantin lelaki pada hari persandingannya.

Hadir di sebuah majlis perkahwinan ialah perempuan bernama Nana bersama rakan-rakan yang duduk semeja, mereka mencabar satu sama lain. “Okay hari ini giliran I mencabar you all,” katanya. “Okay boleh sahaja,” jawab ke tiga anak gadis yang masing-masing mengenakan kebaya moden. “Semua cantik kan?” tunggu sebentar cabaran yang akan berikan. Seperti kita setuju, aku juga di dalam cabaran ini.

Lampu dimalapkan, dan kedengaran suara orang berkasidah, mengiringi masuk pengantin ke dewan untuk bersanding. “Siapa antara kita yang paling cantik di sini?” tanya Nana. “Kaulah Nana,” nak tanya pula. “Tak pe dengar cabaran aku hari ini. Tengok si pelamin, si pengantin perempuan, cantik tak dia?  Bersolek, berdandan mestilah cantik?” jawab teman-teman. “Okay tidak kisahlah, tetapi pengantin lelaki itu kacak tak?” Bolehlah tahan, anak somebodylah, tak handsome pun tidak apa kan, asal duit banyak.

“Cabarannya dalam masa empat bulan, aku mahu kau orang dapatkan dia, tidak kira dapat kahwin atau sebagai girlfriend?

“Gila punya cabaran, orang baru kahwin, hendak diganggu rumahtangga mereka?” jawab Alia. “Sorrylah aku bukan perampas suami orang. Banyak lagi yang bujang-bujang di sini, apa pula kamu suruh kita tackle.”

“Kau Laila, bolehtak kau sahut cabaran aku ini?” No no no, gilalah,  perempuan itu anak saudara kawan mak aku, aku kerat empat pun tidak kan buat kerja yang hina itu.”

“Apa pula hinanya?” “Mestilah hina merampas suami orang. Lagipun mereka baru kahwin, apa pula kita nak ganggu mereka.”

“Maknanya kau orang tak sanggup sahut cabaran aku. Dan merenung kepada Dahlia, kau pula bagaimana?” “come on, aku tidak sekejam itu, let do some other cabaran, janganlah kita buat kerja tidak senonoh… aku ini nampak macam liar tapi kerja merampas ini aku tidak buat. Rumah tangga orang terutama yang baru kahwin jangan diganggu.”

“Okay, kalau begitu, aku sahaja yang sahut cabaran diri aku sendiri, kau orang tengoklah, aku akan dapatkan dia?”

Semua diam, “Kami tidak mahu masuk campur.”

Kamu Nana, ini bukan joke kan?”

“No… trust me, i will make sure dia menjadi hak aku… tengoklah.”

“Kamu gila, apa dosa budak perempuan tu yang kamu hendak sakitkan hati dia.”

“Dia tidak dosa dan pengantin lelaki itu pun tidak berdosa.”

“Apalah Lia kau susah hati,” kau ingat lelaki itu hendak layan Nana… no lah… Nana itu cakap aje.”

Antara mereka berempat Nana, sebenarnya yang paling ‘baik’, tak banyak cakap dan rupanya pun lembut dan  manis sangat. Dua beradik, ibu dan bapa bercerai. Ibunya berkahwin dengan lelaki yang hampir sama dengan usia si Nana. Si Nana, kata kawan-kawannya sejak peristiwa si ibu dan bapa bercerailah perangainya berubah.

Hari itu juga Nana sudah ‘mencari’ mangsanya. Ketika orang sibuk bergambar dia pun mengajak kawan-kawannya naik ke pentas.

“Malaslah kita ini pun datang hanya Lia yang dijemput, kita bertiga tumpang sekaki, lepas itu nak bergambar pula,” jawab Nana menarik kawan-kawan ke pentas untuk sesi bergambar, sempat dia bermain mata dengan si pengantin lelaki. Dan masa bergambar dia memilih untuk berdiri di sebelah pengantin lelaki.  “You berdua di sebelah pengantin perempuan, baru balance…” kata Nana cuba menyusun kedudukan mereka. Dan dia sempat bermain jejarinya di pinggang lelaki sebelah belakang. Malah cuba mencubitnya sedikit, cubit-cubit manja.

Mereka pulang selepas bergambar sambil sekali merenung tajam ke pengantin lelaki, seolah memberitahu sesuatu, yang dia akan datang lagi menemuinya.

“Aku hanya beri mereka sebulan, lepas itu aku akan goda dia habis-habis.”

“Kamu Nana, jangan buat hal, banyak lagi jantan lain,” kata temannya Lia.

“Memang jantan ramai tetapi aku mahu dia. Tak cool lah, pada aku one kind of excitement, tahu tak, feel dia lain kalau kita dapat jerat laki orang.”

“Nana jahatnya kamu…”

“Baru kau orang tahu siapa Nana, hah?”

Untuk mengetahui di mana tempat kerja si lelaki memang tidak sukar, begitu juga dia tahu yang isteri si pengantin adalah seorang jururawat.

Hendak seribu daya, dan masuk bulan ke dua, setelah sebulan dia membuat homeworknya, akhirnya dia pun berjaya menemui lelaki itu, dia pejabatnya. Sebagai eksekutif penjualan dan lelaki itu pula pengurus kepada sebuah syarikat yang ada boleh berurusan, sudah tentu kerjanya amat senang.

You ingat I,”

I ni nakal orangnya. You ingat tak masa hari persandingan you, ada four ladies, yang berdiri di sebelah you, dan garu-garu belakang you dan I cubit you.” dengan suaranya yang dibuat-buat manja. “Yang pasti you are so dashing in your tuxedu. So you jangan marah I, okay.”

“Memang you nakal, dan you are so brave, buat I macam itu.” “I pun terfikir juga hari itu, this woman is so daring, and I like girls who are so daring.’

So you datang nak jual produk you atau nak jual you?” Dua-dua sekali. “Tapi you tahu kan, I ni suami orang.” “Mestilah I tahu.” “Apa yang you kenan sangat dengan I?” “Kalau you nak tahu, jawapannya di lain pertemuan.”

Begitulah al kisahnya akan Nana dengan suami orang ini, yang saya namakan Adli. Nama pun lelaki, inai di jari pun masih ada bayang-bayang merah tetapi apa dia susah, dia kan lelaki, dan mana ada lelaki yang benar-benar setia. Dia tidak kata dia hendak kahwin dengan Nana, dia tidak kata Nana kekasihnya walaupun Nana sudah jual cerita pada kawan-kawannya yang cabaran sudah disahut, sambil menunjukkan gambar mereka berdua. Upp.. bukan gambar di pejabat atau makan di restoran, tetapi Nana sedang bersama sang ‘kekasih’ di rumah si lelaki.

“Eh, biar betul kamu ini Nana, belum setengah tahun, kamu sudah ganggu rumahtangganya. Itu target aku, hujung tahun, tengoklah the next step…” “Apa dia akan bercerai ke?” “Bila masanya sudah tiba, aku bagitahu the whole world.”

Sebenarnya saya pernah diperkenalkan kepada si Nana ini sebelum peristiwa ini, jadi bila cerita itu sampai ke telinga, saya sangat marah. Pada saya,  si Nana ini memang perempuan tidak bermaruah. Perempuan yang memalukan kaum perempuan. Sejahat perempuan yang hendakkan suami orang, dia tidak lah menggoda pada hari persandingan si lelaki itu, dan dia juga tidak pergi ke rumah ‘kakasihnya’ di ketika sang isteri tiada di rumah. Mengetahui sang isteri bekerja sebagai jururawat dan sang kekasih memberikan dia jadual waktu bila mana isteri di tempat kerja, waktu itulah dia mengambil kesempatan untuk ke rumah kekasihnya; memasak konon malah menolong menggosokkan pakaian sang kekasih. Dan ini berlarutan sehingga lebih setahun.

Tinggal di kondo, tidak siapa yang kisah akan hal orang sebelah menyebelah dan tiada siapa tahu akan hubungan keduanya. Tidak juga sang isteri, cuma sang isteri pelik juga yang suaminya rajin memasak, walhal si ibu mentua memberitahu yang anaknya bukan sahaja tidak pandai memasak tetapi malas sekali ke dapur. “Mama, betul abang masak tapi berkecah.  Penat Mimi kemas bila balik kerja.”

Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga. Bukan sang isteri yang memerangkap tetapi ibu lelaki itu sendiri, yang mendapat maklumat daripada salah seorang daripada teman Nana, yang memberitahu akan kecurangan Adli. Hari yang Nana ke situ, si ibu yang mengikut jejaknya… memerangkap anaknya dengan Nana.

“Aku tidak kenal kamu siapa dan anak siapa, tapi aku mahu kamu berambus dari rumah ini sekarang. Kamu memang betina murahan, kamu ingat dengan perbuatan kamu ini aku teringin nak jadikan kamu menantu? Sambil meludah si Nana.

“Adli… apa ni tidak sedar diri, kurang ajar punya anak.

“Mama, bukan Adli yang suruh dia datang, dia yang…”

“Eh anak haram jadah, kamu bukankah dah kahwin?”

“Kamu berambus cepat sebelum aku gulai-gulai kamu, dan sebelum menantu aku balik?”

“Aku tidak tahu jenis perempuan apa kamu ini, pakai tudung tetapi perangai macam syaitan, kamu ini layak dicampak ke tempat buang sampah. Daripada hari ini, kamu jangan berani nak ganggu anak aku. Eh tolong buang tudung kamu ni, sakitnya mata aku tengok betina tidak tahu malu ni.”

Dan di ketika si ibu tengah memarahi Nana, menantunya mengetuk pintu. Tetapi si mentua malu jugalah kerana yang punya angkara anak jantannya. Dia juga mahu menyelamatkan rumah tangga anak menantunya. Cepat-cepat si ibu mentua memperkenalkan Nana seorang anak saudaranya…. “Tadi mama keluar makan dengan Leha (sengaja ditukar nama) dan ajak Leha temankan Mama ke sini kejap, ingat Mimi cuti. Kami pun hendak balik dah….

“Cepatnya, abang tidak buat air?

“Tidurlah sini Mama.” Ajak kak Leha sekali. Baju Mimi pun akak muat rasanya.”

“Mimi memang kerja hari ini tetapi rasa macam tidak sedap badan, dan pening… nantilah Mimi cerita pada mama, abang pun tidak tahu lagi.”

Si mentua memeluk erat menantunya… Mama tahu.. pregnant ya?”

Esok mama datang dengan abah, kerja tak? Kan mama kata, elok berhenti sahaja, tak perlu kerja lagi….” “Tak pe lah, kita sembang esok, ni si Leha hendak dihantar ke stesyen balik dan nak balik kampong.”

Si Adli terkedu… sejak mamanya sampai sehingga mamanya balik, tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulutnya.

Sebaik sampai di lif bawah, orang tua itu menolak Nana. “Betina… dengar sini, ingat, ini first and last warning. Betina tak ada maruah, aku tidak pernah jumpa seorang betina sebusuk perangai macam kamu. Kamu ingat anak aku hendak kamu? Tengok betapa manisnya isteri dia. Dengar dia pun sudah mengandung, dan jangan sekali kamu cuba merosakkan rumah tangga mereka.”

I tak peduli, mama you suka atau tidak suka, I mesti kahwin dengan you. Siapa nak bertanggung jawab anak dalam kandungan I ni. Nana menghubungi ‘kekasihnya’ keesokan hari.

“Helo, cantik muka, sejak bila pula i nak kahwin dengan you… “

 “Eh, I sanggup buat apa saja untuk you?”

“Ada aku suruh… siapa yang nak masak, siapa yang datang tengah malam dan balik subuh masa wife I tak ada, ada I suruh you datang atau you yang menyerah diri. Siapa yang minta jadual waktu isteri I, you kan… anyway, seperti kata mama I, kamu ini perempuan jalang, dan tidak layak menjadi isteri I.”

“Celaka youI akan buat rumah tangga you hancur, tengoklah.”

“Siapa nak bertanggung jawab anak dalam perut aku ni?” (sengaja dia nak perangkap walhal tidak pun pregnant “Eh lantak lah… kamu ingat aku kisah, kalau kamu senang-senang dengan aku, apa aku tidak boleh fikir, dengan jantan mana lagi kamu bersekeduduk?”

Begitulah kisah si Nana, dikhabarkan juga dalam masa empat tahun selepas itu dia berkahwin dua kali, tetapi yang pertama hanya bertahan tiga bulan. Sang suami ada skandal  dengan perempuan yang bekerja di tempat di mana Nana bekerja. Inilah karma namanya. Bercerai dan berjumpa pula dengan seorang lagi lelaki… kalau yang dulu ada perempuan simpanan, suaminya yang kedua pula penagih dadah. Habis duit simpanan Nana, malah rumahnya pun tergadai.

“Maknya kata apa?”  (Teringat pula saya akan mak si Nana yang kahwin lelaki muda. ”Sama sama buruk perangai, anak beranak jenis tidak tahu malu.”

Begitulah kisah si Nana.  Di tempat kerjanya ramai yang sudah tahu perangainya.  Kawan-kawan perempuan pun tidak suka dan siap ‘warning’ terutama yang sudah berkahwin. “Kawan kita ni dia tidak suka lelaki bujang. Bujang no kick, bujang… tak hot.”

Setiap hari diperli, akhirnya Nana pun tidak senang duduk. Lalu menghantar notis berhenti kerjaa. Namun di tengah ekonomi lembab begini, siapalah yang hendak mengambilnya bekerja? Kelayakan pun tidak tinggi mana, dikhabarkan awal dia mendapat kerja pun kerana sempat menggoda pengurus majikan. Mujur pengurus ditukar jauh di Utara, ada kata dia cuba juga mengorat tetapi tidak berjaya.

Cerita terbaru mengenai Nana, dia sekarang menderita (yang doktor pun tidak tahu penyakitnya. Ada kata sakit kena buat orang. Bila dia balik kampong kerana tiada kerja, dia sempat berkerja di agensi pelancongan  dan kerana belum taubat agaknya, adalah cuba-cuba mengacau pengurus di tempatnya.

“Mungkin silap orang kot, ada kata sihir, “ kata Lia mengakhiri kisah si Nana.

 

 

Related posts

Diari Seorang Pencabul, Pendusta dan Pemusnah

admin

Jual Birkin Jual Ferrari Tapi Jangan Ingat Aku Bankrupt

admin

Datuk Benarkan Isteri Diraba, Dicumbu, Di…

admin

Leave a Comment