GAYA HIDUP

DAGING LEMBU – Apa Yang Anda Makan?

Pendedahan mengenai kartel daging yang telah beroperasi berpuluh tahun lamanya: daging beku yang dicop halal walhal diragui kesahihannya, ya daging yang tidak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai atau daging berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah diseludup untuk dijual di negara ini. Berita ini amat menyedihkan pada seluruh umat Islam khususnya di negara ini.  

Jadi untuk mengelakkan termakan barang syubhah atau haram, maka umat Islam diminta untuk tinggalkan terus memakan apa juga jenama daging frozen import. 

Daging Lembu: Apa Yang Anda Makan?

Daging lembu adalah sumber protein utama sejak berzaman lagi. Setiap bahagian mempunyai khasiat sendiri, misalnya daging merah ia kaya  mineral, vitamin, antioksidan dan nutrien seperti kreatina dan karsosina. Kekurangan nutrien ini  boleh membawa kesan kepada fungsi otak dan otot. Sementara daging merah organik atau grass fed juga kaya dengan asid lemak omega-3, asid leak CLA dan tinggi dengan vitamin A dan E.

Persoalan yang selalu ditanyakan adakah daging merah meningkat risiko kanser?

Dan kanser yang sering dikaitkan dengan pengambilan daging merah ialah kanser kolon, kanser yang keempat tertinggi di dunia. 

Beberapa kajian terbaru dijalankan di Eropah dan Utara Amerika melapor tiada perkaitan antara pengambilan daging merah yang tidak diproses dengan punca kematian termasuk lah penyakit kardiovaskular mahu pun kanser. Dan setakat ini tiada bukti kukuh untuk mengaitkan daging merah dengan penyakit kepada manusia.

Sebelum anda membuat pilihan untuk hidangan anda, mari kita kenali bahagian-bahagian daging, dan kemudian carilah resipinya untuk hidangan di meja anda.

Daging Loin/

Bahagian daging ini adalah bahagian ‘lembut lembu’ iaitu potongan daging yang juga dipanggil sebagai batang pinang lembu. Ia terdapat pada semua haiwan jenis kuadruped (haiwan empat kaki).  Daging loin yang lembut lazimnya merujuk kepada bahagian lembu dari otot anterior Disebabkan otot ini tidak banyak bekerja, ia bahagian lembu yang paling lembut. Potongan loin lembut boleh dipanggang atau dijadikan stik. Potongan bahagian itu daripada lembu kasi dan heifer paling biasa dijumpai di saluran kedai runcit, manakala potongan loin lembut daripada lembu yang lain biasanya didapati di restoran stik yang lebih murah.

Bahagian-bahagian loin lembut yang lain, apabila dijadikan stik, biasanya dikenali sebagai “stik loin lembut” sahaja dan bukannya “filet”. Potongan loin lembut yang tidak dihiris sering dijual sebagai PSMO (pismos), singkatan untuk peeled, silver skin, and side muscle left on“, iaitu “kulit fasia terkopek, otot sisi dikekalkan”. PSMO yang dibungkus secara vacuum di dalam beg plastik boleh disimpan dengan selamat lebih lama daripada banyak potongan daging yang lain. Ia juga jauh lebih murah daripada potongan-potongan yang lebih kecil.0 0Bagaimana pun ia memerlukan lebih banyak persediaan oleh tukang masak. Oleh sebab cara memotong loin lembut adalah bahagian lembu yang paling kurang berurat, kebanyakan hidangan daging lembu yang memerlukan daging yang bermutu tinggi, misalnya untuk dibuat stik tartar perlu mengambil daripada potongan ini.

Daging ‘Loin Pendek’

Loin pendek ialah potongan daging lembu yang datangnya daripada bahagian belakang lembu kasi atau heifer. Ia terdiri daripada sebahagian tulang belakang dan merangkumi loin atas serta loin lembut. Potongan ini memberikan jenis stik seperti stik porterhouse, stik kepingan (Kepingan Kansas City, Kepingan New York); dan juga sebagai stik tulang T dan lazimnya potongan yang mengandungi tulang dan sebahagian loin lembut. Stik tulang T ialah potongan yang mengandungi kurang daging loin lembut berbanding dengan stik porterhouse. Kamus Webster mentakrifkannya sebagai “sebahagian sukuan belakang lembu betul-betul di belakang tulang rusuk yang biasanya digunakan untuk membuat stik.”

Stik Perut

Stik perut yang juga dikenali sebagai plat pendek, ialah potongan daging lembu daripada bahagian perut depan lembu, betul-betul di bawah potongan rusuk. Ia selalunya akan menghasilkan jenis stik seperti stik skirt dan stik penggantung. Stik perut biasanya merupakan daging yang murah, liat dan berlemak.

Tulang Rusuk (Ribs)

Tulang rusuk lembu atau Ribs adalah bahagian lembu yang berasal di sekitar ‘tulang iga’ atau ‘tulang rusuk’. Biasanya dibuat sup atau rencah dalca. Bahagian ini termasuk dari satu perlapan bahagian utama daging lembu yang biasa digunakan. Seluruh bahagian daging rusuk ini terdiri daripada beberapa tulang rusuk, mulai dari rusuk ke- enam (6} sampai dengan ke-12. Untuk potongan daging rusuk yang akan digunakan terdiri dari dua sehingga tujuh tulang rusuk. Ukuran rangka lengkap (full slab) tulang rusuk lembu biasanya sekitar 10 inci persegi dengan tebal sekitar antara tiga hingga lima inci, berisi tiga atau empat ribs, otot, tendon dan lapisan daging tanpa tulang serta lemak yang tebal di hujung bahagian plak. Tulang ini mempunyai permintaan khusus untuk mereka yang suka sup daging. 

Daging Batang Pinang (Sirloin)

Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya ‘Sirloin’ adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk dan terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara memotong daging lembu di Amerika adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di Amerika potongan “top sirloin” merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal antara banyak bahagian daging tetapi di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk mereka membuat stik (Steak). Daging batang pinang ini juga biasanya digunakan untuk masakan kari daging, rendang, gulai atau kurma di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi bagi masyarakat Malaysia dan Indonesia yang popular iaitu sate.

Daging Stik Skirt

Stik skirt ialah potongan stik daging lembu daripada potongan perut utama. Rupa bentuknya panjang dan leper. Ia sangat berasa tetapi lebih liat daripada kebanyakan potongan stik yang lain. Lazimnya pemotongan ‘skirt’ sering diperapkan. Potongan skirt ia potongan pilihan untuk memasak fajita (secara harafiah bermakna “tali pinggang kecil” atau “selempang” dalam bahasa Sepanyol), stik lambung (arrachera) Mexico Utara; Pastri Cornwall; dan hidangan goreng dan kacau Cina. 

Daging Stik Penggantung

Stik penggantung ialah potongan stik lembu yang dikatakan “bergantung” daripada bahagian lembu daging. Daripada segi anatomi terminologi ‘diafragma’ merupakan satu otot tunggal tetapi ia biasanya dipisahkan menjadi dua potongan yang memang berasingan “stik penggantung” yang secara tradisi dianggap sebagai lebih sedap kerana ia lebih dekat dengan buah pinggang; “stik skirt” luaran yang terdiri daripada otot di dalam diafragma dan lebih liat dari segi teksturnya. Daging lembu penggantung bersendi dengan tulang rusuk terakhir serta tulang belakang yang berhampiran dengan buah pinggang. Ia seakan-akan stik lambung dan merupakan sepasang otot yang sedikit berbentuk ‘V’. 

Sumber internet

Related posts

JOM NIKMATI HIDANGAN PERANCIS di  L’ATELIER CILANTRO

adminwm

Gelagat

admin

“Keyakinan datang bila saya mendapat restu dari ibu bapa…” – Nafiez Zaidi

admin

Leave a Comment