GAYA HIDUPSIHAT

Covid-19: WHO Keluarkan Nasihat Berikutan Ada Pesakit Tidak Menunjukkan Gejala

Sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat tidak ada bukti yang cukup untuk mengatakan bahawa orang yang sihat harus memakai topeng, namun kali ini mereka menukar pandangan yang pernah diberikan.

Menurut wakil WHO iaitu Dr. Maria Van Kerkhove kepada Reuters, topeng muka mesti dipakai jika berada di kawasan yang mana jarak sosial sukar diamalkan. 

Sebut Dr, Maria kepada Reuters, “Memakai topeng dapat menjadi penghalang bagi titisan yang berpotensi menular.” 

Dr. Maria mencadangkan penggunaan topeng kain – iaitu topeng bukan perubatan. Terangnya, “Topeng kain harus terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga lapisan bahan yang berbeza agar berkesan. Walau bagaimanapun, mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun dan mempunyai risiko kesihatan yang tinggi harus memakai topeng perubatan di kawasan di mana terdapat penularan komuniti.”

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat lalu mengatakan bahawa, “Berdasarkan bukti yang terus berkembang, WHO menasihatkan bahawa pemerintah harus mendorong masyarakat umum untuk memakai topeng jika berada di kawasan yang mana jarak fizikal sukar dipraktikkan seperti dalam pengangkutan awam, di kedai-kedai atau di persekitaran tertutup atau sesak yang lain.”

Apakah Nasihat WHO?

Organisasi ini mengatakan panduan barunya didorong oleh kajian yang dilakukan selama beberapa minggu ini.

Ini berikutan berlakunya kes pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini. Jadi kita tidak tahu siapa di sekeliling kita yang terkena virus Covid-19, Oleh itu, dengan memakai topeng, kita dapat mengelakkan penularan jangkitan.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University, terdapat 6.7 juta kes coronavirus yang disahkan di seluruh dunia dan hampir 400,000 kematian sejak wabak itu bermula akhir tahun lalu.

Related posts

Kerjasama unik antara TGV dan SHARP

admin

“Ceraikan I, ceraikan I,” Dari Banglo Mewah, Kini Merempat Di Flat

admin

The Ultimate Cheat Sheets to Send Even the Most Notorious

adminwm

Leave a Comment