GAYA HIDUPKisah Artist

Catatan Terakhir Pamela Anderson

Ingat lagi sexy bombshell Pamela Anderson? Bekas pelakon Hollywood dan model majalah Playboy ini memuat naik satu post penghujung Januari lalu di laman Instagramnya

Bukan post biasa yang dimuat naik sebaliknya berdasarkan kapsyen yang ditulis, adalah yang terakhir daripadanya.

No, no.. Jangan keliru Pamela Anderson bukan meninggal dunia atau bunuh diri sebaliknya mahu fokus pada kehidupan peribadi dan barangkali menjumpai minat yang baru. 

Catatan terakhir dari Pamela Anderson

Sebut Pamela dalam post tersebut yang antara lain berbunyi, “Ini adalah catatan terakhir daripada saya di Instagram, Twitter atau Facebook… 

Saya tak pernah berminat dengan media sosial dan sekarang menjumpai kehidupan yang tenang dan terinspirasi dengan membaca dan alam semula jadi…

Saya bebas.

Terima kasih atas kasih sayang,

Salam sejahtera untuk anda semua,

Semoga anda mendapat kekuatan dan inspirasi untuk mengikuti tujuan anda dan cuba untuk tidak terpedaya dengan masa yang sia-sia

Itu yang mereka mahu dan boleh guna untuk buat duit

Kawalan ke atas otak anda… “

Begitu bunyi catatan daripada bekas pelakon siri Baywatch ini. Terima kasih Pamela Anderson untuk ‘hiburan’ yang anda tinggalkan. Semoga lebih gembira dengan kehidupan baru 👋

Related posts

Kemeriahan Deepavali Masih Terasa – Menarik di The Little India, Klang!

admin

Safi Menggunakan Safron Sebagai Bahan Utama Dalam Dua Produk Barunya

admin

Hormon Stress: Apakah Ia Dan Apa Yang Perlu Dilakukan?

admin

Leave a Comment