CANTIK

Cara Buat Lulur Wajah Daripada Buah-Buahan

Selain untuk di makan, buah-buahan juga punya kelebihan dalam kecantikan. Mengandungi vitamin yang tinggi, buah-buahan boleh digunakan sebagai lulur atau scrub untuk merawat kecantikan kulit.

Jom kami kongsikan cara menghasilkan lulur daripada tiga jenis buah-buahan iaitu strawberi, alpukat dan betik;

Strawberi

Buah ini mengandung vitamin C, flavanoids, antioksidan dan sumber mineral yang baik untuk kulit.  Kandungan lycopene di dalamnya juga berupaya memperlambatkan proses penuaan kulit. Untuk menjadikan strawberi sebagai bahan anti penuaan, gunakan lulurnya dua kali seminggu.

Cara menghasilkan lulur strawberi

  • Hancurkan lima biji buah strawberi hingga halus dan tambahkan satu senduk teh madu ke dalamnya.
  • Campur 60 gram beras yang telah ditumbuk kasar.
  • Setelah itu, sapu lulur strawberi di tubuh sambil gosok perlahan-lahan.
  • Gunakan air suam untuk membilasnya. Cara ini juga dapat digunakan sebagai masker wajah dan body mask.

Alpukat

Alpukat mengandung hydrating fats, fatty acids dan vitamin E yang baik untuk menjaga kelembapan kulit sekaligus mencegah penuaan. Selain sebagai masker wajah, alpukat juga boleh dijadikan lulur tubuh.

Cara menghasilkan lulur alpukat:

  • Hancurkan sebiji buah alpukat menggunakan garpu.
  • Tambahkan 60 gram tepung beras dan 5 ml baby oil. Gaul rata.
  • Sapu lulur alpukat yang telah halus pada tubuh dan biarkan sebentar.
  • Bersihkan dengan tuala hangat atau bilas dengan air suam.

Betik

Betik sangat kaya dengan vitamin yang dapat menutrisi kulit sehingga boleh dijadikan bahan perawatan kulit seperti masker dan lulur. Buah ini memiliki banyak nutrisi yang dapat mencerah, melembab, menggantikan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus.

Cara menghasilkan lulur betik:

  • Potong secukupnya buah betik yang sudah masak dan haluskan menggunakan blender.
  • Tambahkan 2 sudu makan madu, 3 sudu makan tepung beras, kacau rata semua bahan.
  • Setelah itu, sapu lulur di tubuh lalu bilas dengan air suam.

Related posts

Kulit Bersinar Bagai Berlian

admin

Eyes on Covid

admin

ANASTASIA BEVERLY HILLS FALL ROMANCE EYESHADOW PALETTE

adminwm

Leave a Comment