Pereka Fesyen Azirun Ramly Berkongsi Cara Berpakaian Ke Minggu Fesyen

Please select a featured image for your post

Minggu fesyen masa paling sesuai untuk mempamerkan stail peribadi.

Ada puluhan media yang menghadirkan diri, jika anda paling cool bergaya, mereka yang melihatnya akan menulis mengenai anda, manakala kawan dan musuh akan menilik-nilik satu persatu gambar yang anda upload di Instagram.

Tika ini anda bukan lagi orang biasa tetapi lagaknya seperti bintang. Lagi pula di dewan pertunjukan dengan deretan koleksi siap pakai juga tetamu yang hadir menggayakan trend terkini, jadi anda tidak harus dengan mudah membiarkan diri tenggelam begitu saja.

Ini maksudnya perlu berhati-hati memilih pakaian yang disarung, apa jenama dan bagaimana rekaannya. Penting untuk belajar bagaimana berpakaian menghadiri minggu pertunjukan fesyen, sebelum nanti anda berselfie dengan gadis lain yang sama bergaya, influencer dan selebriti, atau ketika berposing di hadapan jurugambar jalanan.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur bakal tiba, jadi kami dapatkan khidmat pereka fesyen Azirun Ramly untuk melakar look paling bergaya untuk anda gayakan ketika menghadiri acara.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON