CANTIK

Buds Organics Meraikan Ulangtahun ke 18 Tahun 

Bersempena ulang tahunnya yang ke-18, Buds Organics melancarkan produk serba baharu – Buds Everyday Organics Baby Hair Volume Booster.

Bermula daripada satu impian di dapur, Buds Organics kini dikenali di peringkat antarabangsa dengan kehadiran di 10 negara menerusi 67 pilihan produk keluarannya. Kini jenama ini dengan bangganya membawa ke pasaran rangkaian terbesar produk penjagaan kulit, diri dan kediaman yang menerima pengiktirafan ECOCERT di dunia bagi memenuhi segenap keperluan dan kehendak seisi keluarga. Adik-beradik dan Pengasas Bersama Buds Organics, Soo Siew Peng dan Soo Kian Kheng (KK) memulakan perniagaan ini pada 2004 menerusi satu idea kecil – mewujudkan produk penjagaan kulit yang semulajadi, asli dan mesra alam. Buds Organics meningkatkan Keupayaan mereka pada  2008 dengan melancarkan rangkaian bebas bahan pengawet untuk bayi dan ibu yang dikenali sebagai Buds Cherished Organics. Ia turut menjadi rangkaian produk pertama Buds Organics yang menerima pensijilan ECOCERT.

Seiring dengan nilai-nilai teras integriti dan kualiti, Siew Peng dan KK memilih untuk memastikan produk-produk yang dihasilkan menerima pengiktirafan ECOCERT yang merupakan sebuah badan pensijilan organik paling teliti, sulit dan telus di dunia.

Tahun ini ialah tahun ke-14 berturut-turut Buds Organics menerima pensijilan ECOCERT, membuktikan semangat teguh kedua-dua pengasas itu dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, selamat dan lestari yang dipercayai ibu bapa di seluruh dunia.

Sebagai satu perniagaan mesra alam, jenama tersebut menganggap bahawa kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah disebabkan komitmennya dalam mematuhi amalan-amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kejayaan merupakan asas perniagaan kami. Kami ingin berkongsi kegembiraan dengan mewujudkan produk yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan – daripada rangkaian produk rawatan dan penjagaan kulit sehingga bahan pembersih rumah. Sebagai satu perniagaan milik keluarga, prinsip arah kami sentiasa berpegang pada perkara ini: Apa sahaja yang kami tawarkan kepada dunia mestilah cukup baik kepada insan-insan tersayang kami dahulu. Saya dan abang berasa besar hati dan gembira kerana dapat meraikan ulang tahun ke-18 Buds Organics kerana kami berpeluang untuk menyaksikan ‘bayi’ dalam keluarga ini membesar.

“Pada hari ini, kami amat berbangga untuk menyatakan bahawa rangkaian produk kami menerima kepercayaan ibu bapa di seluruh dunia dan kami akan terus berpegang pada nilai-nilai kami untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan penawaran. Buds dijangka akan terus bertapak di pasaran dunia dengan rancangan pelebaran sayap perniagaan, seterusnya memperkukuhkan kedudukan kami sebagai jenama penjagaan kulit keluarga organik terkemuka di peringkat global. 

Tentunya kami tidak mampu untuk berada sejauh ini tanpa sokongan keseluruhan ekosistem Buds yang turut merangkumi warga kerja, agensi- agensi kerajaan, rakan perniagaan, pembekal dan pelanggan setia kami. Kami berterima kasih kepada anda kerana menjadikan Buds Organics jenama penjagaan kulit organik pilihan untuk bayi dan kanak-kanak,” kata Siew Peng, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics.

Bersempena meraikan pencapaiannya, Buds Organic melancarkan satu produk serba baharu, Buds Everyday Organics Hair Volume Booster, untuk menambah volum dan ketebalan rambut bayi. Ia mengandungi Akar Maca dari Banjaran Andes Peru yang terbukti secara klinikal untuk meningkatkan ketebalan rambut dan Protein Beras Dihidrolisis memberikan khasiat dan melindungi rambut baharu. Sebagai tambahan, Ekstrak Daun Aloe Vera dan Bunga Kalendula menyediakan kelembaban dan melegakan kulit kepala bayi yang lembut dan halus!

Related posts

SOUND THE ALARM: THIS IS HOT FIRE

adminwm

Dermistry’s Booster Serum dengan Formula Tepat untuk Keberkesanan Tertinggi

adminwm

JENAMA KOSMETIK SLAÉ TEMBUSI PASARAN LUAR NEGARA

admin

Leave a Comment