GAYA HIDUPkesihatan

Buah-buahan Yang Elok Untuk Diabetes

Buah-buahan kaya dengan serat. Ia juga boleh mengawal nafsu makan. Apa tidaknya ia memberi rasa kenyang dan rendah kalori. Buah-buahan juga elok dimakan sebelum waktu makan sajian utama yang lain.

Bagi pesakit diabetes anda mungkin pernah dinasihatkan mengelak daripada memakan buah. Namun terdapat satu kajian menyatakan bahawa pesakit diabetes yang mengambil buah-buahan segar sekurang-kurangnya tiga hari seminggu mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami komplikasi vaskular dan juga risiko kematian.

Tetapi perlu juga difahami bahawa tidak semua buah-buahan itu sesuai kepada mereka yang menghidap diabetes. Ini kerana setiap buah-buahan mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang berbeza yang boleh mempengaruhi paras gula darah.

Bagaimana untuk memahami nilai GI dalam buah-buahan?

Bagi pengidap diabetes, buah yang sesuai dimakan perlulah dilihat dari segi nilai indeks glisemik (GI). GI adalah satu penilaian makanan yang bermula daripada nilai 1 hingga 100.Semakin tinggi nilai GI makanan tersebut, maka semakin cepat makanan tersebut meningkatkan paras gula darah.

Sebagai contoh, makanan dengan nilai GI 40 lebih baik daripada makanan dengan nilai GI 70. Semakin rendah nilai GI makanan tersebut, maka semakin lambat paras gula darah meningkat naik. Bagi buah untuk diabetes, anda perlulah melihat kepada jenis buah dengan nilai GI yang rendah.

Buah dengan nilai GI yang rendah sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana buah untuk kencing manis ini tidak mempengaruhi paras gula darah dengan begitu cepat.

Jenis-jenis buah untuk diabetes mengikut nilai GI

Bagi anda yang ingin mengetahui apakah jenis buah yang mempunyai nilai GI yang tinggi atau rendah, sila lihat senarai ini:

Buah untuk kencing manis dengan GI rendah

Buah-buahan ini memiliki nilai GI 55 dan ke bawah: Buah pic, oren, ceri, pisang, avokado, epal, anggur, kiwi dan buah beri

Buah untuk kencing manis dengan GI sederhana

Buah-buahan yang memiliki nilai GI antara 56 hingga 69: Betik, nanas dan tembikai susu Buah-buahan yang memiliki nilai GI lebih daripada 70: Buah kurma dan tembikai

EPAL. Epal mengandungi antioksidan yang membantu kurangkan tahap kolesterol. ‘Membersihkan’ sistem penghadaman dan meningkatkan sistem pertahanan atau imunisasi. Nutrisi di dalamnya boleh membantu penghadaman lemak.

OREN. Hesperidin flavonoid yang terdapat dalam oren membantu mengawal tekanan darah tinggi dan magnesium di dalam buah oren membantu mengekalkan tekanan darah. Buah yang kaya dengan vitamin C sangat berkesan untuk mengawal darah tinggi dan elok dijadikan rutin makanan harian.

JAMBU BATU. Buah jambu batu kaya dengan vitamin A dan C dan kaya dengan serat. Kadar GI juga rendah dan elok untuk pengidap diabetes yang sering mengalami masalah sembelit.

PIR. Kaya dengan vitamin dan serat. Sebiji buah pir berukuran sedang (178g) menyediakan 101 kalori, 0,6g protein, 27g karbohidrat, dan 0,3g lemak. Pir adalah sumber serat, vitamin K, dan potasium yang sangat baik. Manfaat buah pir lainnya yakni baik untuk yang sedang diet karena bebas lemak.Satu buah pir yang berukuran sedang memiliki kandungan sekitar 8 ml vitamin C. Vitamin C ini penting untuk proses pertumbuhan maupun perbaikan sel serta mencegah kerusakan oksidatif. Vitamin C telah terbukti mendukung fungsi kekebalan tubuh, membantu penyembuhan luka dan memar, dan bahkan melindungi dari penyakit menular. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahwa kombinasi tertentu dari fitonutrien dalam apel dan pir dapat membantu meningkatkan sensitivitas insulin dan mengurangi risiko diabetes tii

PIC (PEACH) Buah ini rendah GI (index glikemik) dan elok dimakan oleh penghidap diabetes.

KIWI.  Buah ini baik dimakan untuk penghidap diabetes namun ia perlu dielakkan oleh pesakit ‘diabetic nephropathy’ iaitu pengidap diabetes yang telah mengalami kerosakan buah pinggang kerana kandungan potassium di dalam buah ini agak tinggi.

NANGKA. Baik untuk pesakit diabetes, ia membantu meningkatkan pertahanan insulin dalam tubuh. Ia kaya dengan vitamin C dan A.

BUAH BERI. Sumber yang kaya dengan antioksidan. Buah seperti strawberi, bluberi,raspberi,cranberry memang bermanfaat untuk pesakit diabetes.

BELIMBING BESI. Baik untuk penghidap diabetes kerana ia boleh mengurangkan kadar gula darah tetapi awas dan elakkan memakannya oleh pengidap diabetes yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang

NANAS.  Tinggi Vitamin A. Vitamin A salah satu zat gizi yang sangat penting diperlukan oleh tubuh. Vitamin A mencegah tubuh dari berbagai penyakit dengan memperkuat daya imun, menjaga kesehatan mata, menjaga kesehatan tulang serta menjaga kesehatan kulit.

Begitu pula dengan vitamin B dan C yang tidak kurang penting bagi tubuh yang berperanan penting dalam menjaga daya imun tubuh dalam serangan penyakit, berperan sebagai antioksidan yang mengurangi risiko terserang berbagai jenis kanker serta menjaga kesehatan berbagai orang dalam tubuh seperti mata, jantung, serta ginjal.

BETIK. Betik adalah sumber vitamin C yang sangat baik, dan sebiji buah ini yang bersaiz sederhana menyediakan 224 peratus pengambilan harian yang disyorkan.Sebiji betik yang sederhana mempunyai kira-kira: 120 kalori, 30 gram karbohidrat (termasuk 5 gram serat dan 18 gram gula) dan 2 gram protein.

Buah ini juga merupakan sumber yang baik bagi: Folat, Vitamin A, Magnesium,Copper, Asid pantotenik dan serat. Selain itu ia juga mempunyai vitamin B, alpha dan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, vitamin E, kalsium, kalium, vitamin K, dan lycopene, antioksidan yang paling kerap dikaitkan dengan tomato.

PISANG. Setiap 100 g buah pisang mengandungi sebanyak 103 kcal tenaga. Bagi karbohidrat pula, terdapat sebanyak 23.6 g karbohidrat iaitu lebih kurang satu setengah tukaran karbohidrat (1 tukaran karbohidrat = 15 g karbohidrat). Ianya juga mengandungi 0.5 g serat, 1.3 g protein dan 0.4 g lemak.

TEMBIKAI SUSU. Tembikai susu atau boleh juga disebut cantaloupe, mempunyai pelbagai nutrisi, serta baik bagi yang menjalankan diet rendah kalori. Sumber serat, antioksidan, beta karotena, potassium, magnesium, sumber vitamin A, vitamin B dan sumber vitamin C menjaga ketahanan badan.

Ia juga untuk kesihatan kulit kerana pigmen karotenoid dalam kandungannya mencegah tanda-tanda penuaan kulit.

Related posts

Deanna Chee menulis Berjodoh dengan 2020 yang mencabar

admin

Produk Cosmeceutical Ze’Venir Menampilkan Siti Nordiana Sebagai Jurucakap

admin

Mati Pucuk Paling Digeruni Lelaki

admin

Leave a Comment