FESYEN

Bon Zainal Bercakap Tentang It’s Not About Brand, It’s About Style

Ada sesuatu yang – eh no, ada banyak yang boleh dikatakan tentang sut bespoke. Yang menyarungnya akan merasa megah, bergaya dan ada kuasa yang menyuntik rasa confidence dan elegan walau untuk lelaki yang punya kurang sisi manly (opss!) Dan tentunya memakai sut bespoke membuatkan diri terasa begitu unggul sekali.

Untuk isu Mac saya menemubual beberapa pereka fesyen antaranya Zang Toi dan Rizalman yang punya kredibiliti tinggi dan pastinya saya tidak mahu terlepas menyelitkan figura yang cukup master membuat pakaian lelaki.

It’s not about brand, it’s about style. Adakah Bon Zainal setuju dengan statement ini?

Gaya dan jenama adalah dua aspek yang berlainan. Jenama bergantung pada kemampuan dan ada ketikanya jenama juga dipengaruhi oleh ego. Manakala gaya tertakluk kepada empunya diri. Dari kaca mata seorang designer, semua orang boleh nampak bergaya tidak kiri fizikalnya bagaimana. Selain itu, gaya juga adalah tentang pemakaian yang betul, potongan dan material, yang menjadikan penampilan kita berbeza dengan orang lain.

Klien datang kepada Bon kerana jenama atau apa?

Ada yang datang kerana mahukan jenama Bon Zainal. Selain itu, kerana mereka pernah membaca tentang saya dan tahu tentang pengalaman dan kemahiran saya. Ada klien yang berbadan besar tetapi mahu sut yang membuatkan dia nampak slim, ini bergantung kepada pengalaman pereka untuk merealisasikannya. Pandangan terhadap fesyen lelaki semakin berubah kerana semakin ramai lelaki yang bersungguh-sungguh dalam bergaya. 10 tahun lalu anggapan biasa yang kita dengar, “Tak panas ke pakai sut macam ni?” Tetapi kini penampilan begitu sering dilihat kerana semakin ramai lelaki yang bergaya sedemikian. Saya melihat generasi sekarang mahu nampak lebih smart dan ada antaranya yang lebih ekstrem berbanding wanita. Lelaki, jika mula menunjukkan minat terhadap fesyen mereka akan all out termasuk dalam isu kewangan juga. Tentu ada sesetengahnya yang berpoket tebal tetapi untuk bergaya tidak memerlukan kita memakai yang mahal saja. Saya perasan berlaku banyak peningkatan dalam jumlah pelanggan saya yang bersemangat untuk dressing up. Fesyen lelaki boleh jadi lebih sukar berbanding wanita kerana ia berkait dengan ego, jadi membuat pakaian lelaki ibaratnya seperti melayani ego mereka. Sebagai contoh, kerana James Bond nampak sensasi dalam teksudo, jadi mereka mahukan penampilan yang sama. Manakala fesyen wanita pula berkait rapat dengan emosi dan bermain dengan perasaan.

Definisi stail dalam perkataan Bon sendiri?

Stail bukan sesuatu yang boleh dibeli. Ya, siapa saja yang punya kad kredit boleh swap apa saja yang terjual di butik – tetapi itu bukan kelakuan orang yang arif berfesyen. Kerana stail memerlukan sesuatu yang lain yang tidak hanya bergantung pada label dan trend semata. Harga yang mahal dan jenama yang popular memang memberi kepuasan tetapi adakah ia masih ‘in’ tahun depan? Obsesi terhadap street style dan fotografi fesyen yang membanjiri media sosial adalah antara punca yang membuatkan kita tersasar dalam bergaya. Kita terikut dengan penampilan yang chic dan cool sedangkan setiap orang melalui proses fesyen berbeza. Sebab itu jangan senang-senang copy apa yang dihidangkan di internet.

Selain itu stail bukan hanya yang terlihat dari luaran saja, kerana peradaban dan personaliti juga sebahagian daripadanya. Penampilan yang menarik mesti diiringi dengan pembawaan diri dan skil komunikasi yang bagus kerana ia adalah unsur penting dalam stail. Ada orang yang pemakaiannya all out tetapi dari pandangan kita masih nampak ada yang kurang, sebaliknya ada yang memakai hanya t-shirt dan jeans saja tetapi masih nampak menarik. Inilah yang dimaksudkan dengan gaya. Dan kemudian ada pula naluri yang akan membuatkan gayanya nampak lebih mantap lagi.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9069″][thb_gap height=”40″]

Butik Bon Zainal di Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur

[thb_gap height=”40″]
What is considered in style and not in style?

Kita mendapat banyak rujukan dari media sosial tetapi bukan semuanya sesuai dengan kita. Kena tengok pada umurnya, fizikal, status sama ada masih belajar atau sudah bekerja dan keadaan sekeliling atau lokasi. Ada banyak trend semasa tetapi mana satu yang boleh disuai padan dengan stail peribadi? Sebagai contoh, family yang memilih hijau neon sebagai tema pakaian hari Raya, jadi setiap orang mesti memakai sedondon. Cantik warnanya tetapi adakah yang lelaki masih mahu memakai baju Melayu hijau neon selepas Raya? In style adalah tentang mengadaptasi. Jika temanya hijau, kita pilih baju Melayu dalam warna yang sama tetapi bernada gelap supaya kita selesa memakainya berkali-kali.

Untuk sut, jika melihat kembali masa-masa yang lalu ia biasanya dalam warna hitam, kelabu atau biru. Sebaliknya kini ada yang dalam warna cerah dan dengan material yang lebih kaya juga. Fesyen sekarang ada unsur bold dan vibrant attitude, sesuai dengan corak kehidupan kini yang mana ramai yang suka menonjol dan diperhatikan. Tetapi untuk urusan korporat memerlukan kita kembali kepada rupa yang klasik. Adakah ini ‘not in style?’ Tidak. Kerana dalam konteks ini, pakaian yang ‘betul’ memerlukan kasut hitam dan tali pinggang serta stoking yang sesuai.

Pada saya, not in style adalah orang yang langsung tidak kisah. Walau apa saja musim pemakaiannya balik-balik seperti itu saja. Ini adalah gaya hidup yang tidak sihat kerana disaat orang lain berubah, dia pula masih di takuk lama.

Apakah do’s and don’ts dalam berfesyen?

Jangan terlalu taksub dengan fesyen. Trend yang popular di luar sana belum tentu sesuai digayakan ke majlis yang kita hadiri. Sebagai contoh trend tidak berstoking dan berseluar senteng. Sedangkan majlisnya anugerah berprestij, jika datang dengan gaya sebegitu, maknanya kita tidak beradab. Untuk berpergian ke majlis kena peka dengan aspek seperti ‘kenapa’ ‘untuk apa’ ‘dengan siapa’ ‘di mana’ dan ‘berapa harga.’ Bermaksud apakah majlisnya, jika acara fesyen adakah konsepnya formal atau tidak, siapa partner kita dan bagaimana pakaiannya kerana penampilan harus harmoni. Tentang lokasi pula adakah diadakan indoor mahupun outdoor manakala untuk harga, jika mampu kita melabur untuk pakaian yang elok. Kekurangan pemahaman dan pengetahuan tentang pakaian dan apa yang sesuai dipakai menyebabkan terjadinya mangsa fesyen. Sesetengah mungkin menganggap mereka up-to-date tetapi apa yang mereka pakai sebenarnya tidak sesuai majlis atau menyebabkan diri kelihatan ganjil. Tidak salah untuk menjadi trendy, tetapi idealnya, fesyen lelaki harus kelihatan maskulin dan mesti diimbangi atau diselaraskan sesuai dengan acara.

Baru-baru ini topik kod pakaian di majlis perkahwinan menjadi viral selepas ramai yang berkongsi video tetamu memakai selipar dan t-shirt tanpa kolar. Seeloknya tetamu memakai kemeja batik atau paling tidak t-shirt berkolar dan kasut pula bertutup seperti loafer atau dress shoes supaya nampak kemas dan sebagai cara kita menghormati tuan rumah. Penampilan adalah cerminan keperibadian seseorang. Dan penampilan yang kemas dapat meningkatkan kredibiliti. Apabila kita bercakap orang sekeliling akan memberi lebih perhatian jika kita kelihatan menyenangkan.

Siapa pada pandangan Dato insan paling stylish dan mengapa kata begitu?

Kawan saya namanya Tengku Yusof. Kak Wirda pun kenal. Pada saya dia master dalam fesyen dan daripada dulu lagi dia sudah constant dalam bergaya. Tidak kira pemakaian kasual atau pun formal, dia akan memakai dengan tertib.

And how would you describe your style?

Saya lebih suka gaya klasik, tetapi kerana zaman berubah jadi saya tambahkan sedikit unsur moden dalam rekaan saya. Yang penting pada saya adalah cara pemakaian dan penggayaan yang sempurna.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9070″][thb_gap height=”40″]

Alif Satar dalam sut Bon Zainal

[thb_gap height=”40″]
Is fashion a tough industry to be in?

Memang tough kerana memerlukan pengorbanan jiwa dan raga, kena banyak berfikir dan buat research antaranya. Setiap pereka mahu menjadi yang paling ke hadapan dan ini sebenarnya boleh memberikan satu masalah. Ada designer yang tersilap langkah kerana meniru bulat-bulat yang dihidangkan di pentas fesyen luar negara sedangkan yang boleh diceduk adalah inspirasi. Dari sisi lain, yang tough boleh jadi mudah jika ada passion. Like the saying, “Follow your passion and you will never work a day in your life.” Dengan adanya passion semangat untuk terus bekerja akan datang dengan sendiri. Seperti saya, di usia 50-an masih lagi teruja membuat rekaan dan mencari idea-idea baru kerana di sini jiwa saya. Saya terlalu seronok bekerja dalam bidang ini hinggakan ada ketikanya, tengah malam dan mata tidak mahu lelap saya akan pergi ke butik dan mencuba koleksi saya.

Ramai berpendapat, kerana fesyen itu sendiri berubah mengikut masa dan pereka semakin berumur, apakah mungkin pereka boleh berkarya sesuai peredaran waktu? Pandangan anda?

Usia bukan satu masalah kerana dengan jiwa fesyen yang kuat, tidak kira berapa saja usia seorang pereka pasti dia dapat menyesuaikan diri, walau musim silih berganti. Sebenarnya lagi berusia lagi bagus kerana dia sudah berada dalam beberapa circle fesyen yang berbeza daripada 70-an, 80-an dan seterusnya jadi mudah untuk dia fahami selok-belok trend dan perniagaan. Yang penting identiti mesti dikekalkan. Fesyen akan berterusan berubah, sama juga dengan pemikiran dan pasaran. Jadi kita kena ikut peredaran tidak kira tua atau muda.

Apa best design trend sepanjang sembilan ke 10 tahun kebelakangan ini? Dan design yang pada Bon, the worst look?

Pada saya yang best adalah trend yang praktikal seperti yang diketengahkan Tom Ford, Ralph Lauren, Hugo Boss. Mereka kekal dengan gaya klasik tetapi ada sedikit twist. Tentang the worst look, saya merujuk pada ‘salah faham’ apabila ada designer yang meniru koleksi yang dipentaskan di pertunjukan fesyen luar negara. Lihat Dior sebagai contoh, tak kan dia nak buat koleksi untuk pertunjukan fesyen sama seperti yang mereka jual di butik. Jadi untuk meraikan top klien, mereka buat rekaan yang exaggerate. Ia bukan untuk dijual pun, hanya untuk ditayangkan saja lagipun kos untuk mengeluarkan koleksi seperti itu di bawah bajet untuk promosi pengiklanan, jadi mereka boleh deduct daripada tax. Banyak designer kita tak faham konsep ini jadi mereka mengikut apa yang dilihat, hasilnya orang takut nak beli kerana pakaian yang mereka buat hanya cantik di badan model.

Selain itu saya tidak berkenan dengan baju Melayu ketat. Standard baju Melayu tetap klasik dan berpesak. Dan walaupun berpesak masih boleh slim. Baju Melayu seharusnya mudah disarung dan selesa dipakai. Yang ketat ini adalah mangsa fesyen, termasuk juga jubah yang nampak feminin. Tuan punya jenama bising apabila ada yang mengkritik koleksi mereka di media sosial. Walhal kecaman itu sebenarnya bagus. Kalau you post something tetapi orang tak like atau komen itu yang masalah kerana orang tak ambil tahu.

Kalau Karl Lagerfeld masih hidup, apa yang Bon hendak katakan kepada dia tentang sumbangannya dalam dunia fesyen?

Karl Lagerfeld adalah contoh terbaik untuk orang lama yang evolve dengan dunia fesyen. Sudah berdekad dia menceburi bidang ini tetapi penampilan peribadinya masih kekal dengan imej klasik. Sebaliknya yang dia reka untuk Chanel, Fendi dan jenamanya sendiri penuh dengan trend baru. Seperti soalan untuk usia pereka tadi, kerana dia telah melalui trend yang berbeza daripada 60-an membawa ke 80-an dan seterussnya, jadi dia faham selok-belok fesyen sebab itu kerjayanya masih utuh walau sudah di penghujung usia.

Related posts

BIRKIN & KELLY BAGS

adminwm

Kate Moss & Anak Perempuannya, Tetamu Yang Tidak Dijangka Di Pernikahan Diraja Princess Eugenie

admin

Minum Petang Anya Hindmarch @Lounge On The Park MOKL

admin

Leave a Comment