SANA-SINI

BMW Shorties Kembali dengan Tema RE:IMAGINE buat Tahun ke-16.

BMW Group Malaysia hari ini membuka penyertaan bagi BMW Shorties 2022, iaitu pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan dengan sejarah anjuran yang paling lama di Malaysia. Meraikan edisi tahun ke-16 dengan tema RE:IMAGINE, BMW Shorties berhasrat untuk mencabar para pembikin filem dan konten tempatan untuk mendekati konsep penceritaan dari sudut yang baharu, berlatarkan dunia pasca pandemik.


Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “Sewaktu wabak COVID-19 menular, kami telah menilai semula peranan kami di BMW Group Malaysia dalam bab kelestarian, yang telah melahirkan pelbagai pendekatan baharu bagi usaha konservasi sumber, pengurangan emisi, serta tanggungjawab ekonomi dan sosial. Menerusi BMW Shorties sebagai inisiatif kebudayaan dengan sejarah anjuran yang paling lama di Malaysia, kami ingin memberi ilham kepada anjakan ini dengan semangat yang sama buat landskap perfileman tempatan. Kami berharap para pembikin filem dan konten di dalam negara dapat ‘RE:IMAGINE’ konsep penceritaan dengan cara yang baharu namun bermakna, sementara kita menginjak ke era pembikinan konten yang seterusnya, pasca pandemik.” Tahun ini, BMW Shorties mengalu-alukan empat ahli baharu ke dalam barisan para jurinya yang ernama. 2022 melihat pengarah veteran Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang dan You Mean The World To Me) kembali menyertai panel juri, diiringi dengan nama-nama baharu: pengarah terbilang di persada antarabangsa, Nadiah Hamzah (Motif); pemilik anugerah sebagai pengarah,
Jeany Amir (Bu, Kasih Suci); penulis lakon layar dan penerbit cemerlang, Anwari Ashraf (Paskal dan Polis Evo); serta pembikin filem ternama, Joon Goh (Wanita Terindah dan Sitik Tok).


“Sejak lebih 15 tahun, kita telah berpeluang melihat bakat-bakat watan yang hebat menyajikan pelbagai cerita dan filem menerusi BMW Shorties. Sebagai sebuah platform yang ditujukan untuk mencungkil dan mendukung bakat-bakat dalam landskap kreatif tempatan, saya teruja untuk menyaksikan golongan pelapis yang mungkin telah muncul dalam dua tahun pandemik yang lalu, bersedia untuk menukilkan cerita yang dicorak semasa dunia terhenti sejenak,” jelas Saw Teong
Hin.

Tambah Jeany Amir, “Saya berbesar hati kerana dipilih menjadi juri untuk tahun ini dan ingin berkongsi kepakaran saya dalam dunia pembikinan filem komersial bersama BMW Shorties. Azam dan tekad amat diperlukan untuk berjaya dalam industri ini, jadi saya berharap para pelapis industri perfileman Malaysia akan memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan menggunakan BMW Shorties sebagai batu loncatan untuk bukan sahaja mengasah kemahiran mereka, tapi juga
menonjolkan individualiti mereka.”

Nadiah Hamzah lalu berkongsi, “Wabak COVID-19 pastinya telah mencorak dan memberi kesan ke atas banyak industri di serata dunia, dan industri kita ini juga tidak terkecuali. Sementara kita membina semula arena kreatif di Malaysia dan memperkenalkan BMW Shorties sekali lagi, kita mempunyai tanggungjawab untuk terus menyediakan sebuah wadah yang inklusif dan yang mudah diakses oleh bakat-bakat tempatan kita – terutamanya mereka yang telah disisihkan selama ini.
Tahun ini, ayuh kita galakkan lebih ramai wanita untuk menceburkan diri dalam bidang pengarahan, sekali gus meraikan lebih banyak cerita daripada komuniti kita yang pelbagai.”


Anwari Ashraf sementara itu berkata, “2022 menandakan sebuah permulaan baharu bagi landskap perfileman tanah air. Bagi saya, walaupun peluang untuk berkarya agak kelam sepanjang dua tahun yang lalu, saya pasti ia sedikit sebanyak telah memberi kita ruang untuk mengasah kemahiran dan mempersiapkan lagi diri kita untuk mendepani era perfileman yang baharu.” Tambah Joon Goh, “Setelah lebih satu dekad bakat-bakat industri kreatif tempatan dipupuk, pelbagai cerita yang
terlahir daripada BMW Shorties saban tahun tidak pernah berhenti membuat saya berasa kagum.


Saya yakin yang kita bakal menyaksikan penyertaan-penyertaan yang luar biasa pada tahun ini.” Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2022 sekali lagi akan dianugerahkan sebuah geran produksi bernilai RM 80,000 bagi pembikinan filem hasil pembiayaan BMW Shorties mereka. Pertandingan ini juga akan mengiktiraf pelbagai faset pembikinan filem melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon
Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Pelajar Terbaik.
Penyertaan kini dibuka sehingga 28 Oktober 2022 jam 6:00 petang melalui laman sesawang BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my. Ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi BMW Shorties untuk perkembangan terkini, atau tonton filem-filem pemenang dari tahun-tahun yang lalu di saluran YouTube rasmi BMW Shorties.

Related posts

OPPO A96’s 3D

adminwm

Sokong Bendera Putih

admin

Program Bantuan Bakul Makanan

admin

Leave a Comment