SANA-SINI

BMW Motorrad GS Challenge

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini menghoskan lebih daripada

150 penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad di acara BMW Motorrad GS Challenge. Ia kali pertama diadakan di Malaysia bagi meraikan jiwa sebenar GS dengan pengalaman yang mengujakan di atas landasan luar jalan yang mencabar.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular kami, International GS Trophy yang mengambil tempat di lokasi-lokasi ekstrem di seluruh dunia. Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan pengembaraan tersebut di Malaysia buat para penunggang GS di sini. 

Ia susulan acara kelayakan serantau yang kami anjurkan pada 2017 untuk memilih wakil-wakil kami bagi pertandingan tersebut. Saya percaya bahawa para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan, dan cabaran menunggang tersebut yang merupakan ramuan bagi kelahiran jentera GS.”

Cabaran ini menyaksikan peserta menjalani ujian menunggang dan menavigasi di

samping cabaran individu di atas landasan luar jalan berhalangan, di mana beberapa finalis terbaik terpilih untuk bersaing pada Hari ke-2 bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai “Follow the Trails” (FTT) Tour, sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini. FTT memberi peluang kepada pemenang tersebut untuk menyusuri laluan seperti yang diguna oleh pesaing pertandingan International BMW GS Trophy 2022.

Setelah cabaran ini berlangsung selama dua hari, empat finalis telah muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge dan akan menuju ke Albania untuk menyertai FTT Tour yang Malaysia eksklusif! Pemenang-pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.

Related posts

Influencer Village, A Social Networking Afternoon With The Ritz Carton, Langkawi

admin

Oppo Celebrating My OPPP App’s 2

admin

VIVO Y33s

admin

Leave a Comment