GAYA HIDUP

Bila Persahabatan dan Cinta Bertembung

Dibintangi Han Sohee dan Park Hyungsik, drama Korea baharu yang menggamit emosi ini mengisahkan apa yang berlaku apabila cinta yang tidak berbalas disatukan dengan muzik dan menguji persahabatan yang telah lama terjalin.

 Tekanan di tempat kerja dan kesuntukan masa mencungkil rasa cinta yang lama terpendam antara dua sahabat karib dalam Soundtrack #1 – drama Korea terbaru yang bakal disiarkan di Disney+ Hotstar. Dibintangi Han Sohee (My Name, Nevertheless, The World of Married) dan Park Hyungsik (Happiness, Suits, Strong Woman Do Bong Soon), penonton dapat menstrim kisah cinta menyentuh hati ini mulai 23 Mac.

Berlatar belakangkan Korea Selatan moden, Soundtrack #1 memaparkan kisah hidup antara seorang penulis lagu, Eunsoo (Han Sohee) yang sedang membina kerjaya dan sahabat baiknya, Sunwoo (Park Hyungsik) yang berusia 19 tahun. Berhadapan dengan tugasan untuk menghasilkan sebuah lagu tentang cinta yang tidak berbalas, takdir membawa mereka tinggal serumah dan membuka satu lembaran kisah cinta ketika mereka sama-sama berusaha melengkapkan lagu tersebut. Tanpa disedari Eunsoo, Sunwoo telah lama memendam perasaan sebenarnya terhadap Eunsoo kerana takut akan menjejaskan persahabatan mereka dan kehilangan gadis kesayangannya. Seiring perkembangan plot cerita, perasaan yang tidak terungkap berputik apabila pasangan itu mula menghabiskan setiap saat bersama, menyebabkan mereka terpaksa berdepan konflik antara persahabatan dan percintaan.

Menampilkan kisah hebat daripada Ahn Saebom di bawah arahan Kim Heewon (Vincenzo, The Crowned Clown, Money Flower) yang handal, Soundtrack #1 menyatukan keindahan penceritaan emotif dengan muzik daripada beberapa artis Korea yang paling popular, termasuklah Kyuhyun, Park Boram dan Davichi, untuk membuatkan hati penonton tersentuh dan menangisi cinta yang hilang.

K-Drama Soundtrack #1 telah mengembangkan lagi koleksi kandungan bertaraf dunia yang tersedia di Disney+ Hotstar. Penggemar K-Drama juga dapat menikmati Grid, sebuah siri web misteri dikeluarkan baru-baru ini, yang mengisahkan bayangan misteri yang berusaha menyelamatkan umat manusia, namun didakwa sebagai rakan subahat seorang pembunuh; Rookie Cops, sebuah drama cinta di kampus, mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea yang cenderung bertindak melulu; drama bersiri sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo daripada BLACKPINK, mengisahkan seorang pelajar universiti yang berjuang menentang keluarga dan negaranya demi membantu lelaki dicintainya, serta banyak lagi kisah yang mengujakan dari seluruh dunia.

Penonton boleh mula menstrim Soundtrack #1 di Disney+ Hotstar mulai 23 Mac.

Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY 

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlus

Hashtag: #SoundtrackNo1

Related posts

Sayur Pengubat Kanser

admin

Oktober Bulan Kesedaran Kesihatan

adminwm

Anda Berisiko Kanser Payudara

admin

Leave a Comment