AGAMA

Bila Nak Kahwin, Siapa Jodoh Kamu?

Jodoh adalah rahsia Allah, Ya Rabb yang menetapkannya.  Ayat Al-Quran tentang jodoh sebagaimana firmannya:

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?””(QS.An-Nahl:72)

Ayat di atas menunjukkan bahawa jodoh adalah salah satu rezeki dan nikmat yang diberikan Allah kepada kita.

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (QS. An Nur:26)

Daripada ayat di atas sesungguhnya kita dapat memilih jodoh kita sendiri dengan mengubah diri kita sendiri. 

Allah SWT telah menetapkan jodoh, rezeki, dan kematian kita dalam kitab Lauh Mahfudz. Namun bukan bererti kita tidak dapat memilih jodoh kita sendiri. Allah memberikan jalan bagi kita memilih jodoh yang kita inginkan. Terpulang, jika menginginkan jodoh yang baik maka jadilah insan yang berperibadi baik, begitu pula sebaliknya jika anda menjadi orang yang tidak baik, maka jangan mengharapkan jodoh yang baik. Sebagaimana janji Allah di atas.

”Sesungguhnya seorang daripada kalian dikumpulkan penciptaanNya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang Malaikat diutuskan kepadanya untuk meniupkan ruh di dalamnya, dan diperintahkan menulis empat hal, iaitu menuliskan rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagia…” [Diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim]

Hadis di atas memberitahu kan kita bahawa jalan hidup kita telah ditulis jauh sebelum kita dilahirkan, tetapi kita lah yang berusaha menentukan siapa jodoh kita sesungguhnya,

Daripada Ubaid bin Sa’ad, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyukai fitrahku hendaknya ia bersunnah dengan sunnahku, dan termasuk sunnahku adalah menikah.” (HR. Abu Ya’la – Husain Salim Asad)

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, siapa-siapa di antara kalian yang mampu ba’ah (memberi tempat tinggal) hendaknya kamu menikah, sungguh nikah itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan siapa-siapa yang belum mampu ba’ah maka hendaknya kamu berpuasa, sungguh puasa itu akan menjadi perisai baginya.” (Muttafaq ‘Alayh – lafazh milik Muslim) Rasulullah SAW sendiri juga telah menganjurkan bagi umatnya untuk segera menikah ketika ia telah sanggup.

Mencari Jodoh Dalam Islam

“Wanita dinikahi kerana empat hal; hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya, Maka pilihlah kerana faktor agama nescaya engkau beruntung” (HR. Al Bukhari)

Islam memberikan jalan bagi kita untuk memilih jodoh sendiri namun Islam juga mendorong kita memilih pasangan hidup berdasarkan keimanan dan ketakwaannya daripada tampilan fisik dan hartanya sehingga kita lebih baik untuk membangun rumah tangga dalam Islam.

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (Hadis riwayat Muslim dari Abdullah ibnu Umar)

Jika kita memilih jodoh berdasarkan agamanya seperti hadis di atas, maka hal itu adalah harta yang luar biasa yang boleh didapatkan di dunia sehingga memperoleh keluarga bahagia menurut Islam.

Nabi SAW menggalakkan bakal suami supaya mengutamakan wanita soleha (beragama) serta dapat melahirkan zuriat di samping memiliki ciri-ciri lainnya.  Pemilihan jodoh yang baik penting bagi memastikan keluarga yang dibina nanti adalah keluarga sakinah mawaddah warahmah.

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.  Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.  Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.  Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.”  (HR Ibnu Majah)

Apa itu kebahagiaan?

“Empat perkara yang merupakan kebahagiaan: seorang wanita (isteri) yang shalihah, tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, dan tunggangan (kendaraan) yang nyaman. Dan empat perkara kesengsaraan: seorang wanita yang jelek (agamanya), tetangga yang jelek, tunggangan yang jelek, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis ini diriwayatkan pula oleh Al-Hakim)

Mendapatkan isteri yang solehah menjadi sumber kebahagiaan dalam berumah tangga sehingga tercipta keluarga harmoni menurut Islam. Rasul juga menyarankan untuk lebih memilih perawan daripada janda.

Bagi golongan wanita, Rasulullah SAW telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami.  Rasulullah SAW bersabda:  “Apabila orang yang engkau reda agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah.  Jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” (HR at-Tirmidzi)

Suatu ketika, sahabat Jabir bin Abdillah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam suatu peperangan. Saat pulang dari perang, beliau tertinggal daripada rombongan disebabkan untanya sakit. Nabi pun mendatangi beliau dan bertanya, “Ini Jabir?” Jabir menjawab, “Iya Rasulullah.” “Ada masalah apa Jabir?” Nabi kembali bertanya. Jabir menjawab, “untaku lambat dan kelelahan sehingga aku tertinggal.”

Kemudian Nabi pun menusuk unta Jabir dengan tongkatnya seraya berkata, “Naiklah!” Jabir pun naik, dan tatkala untanya melaju kencang, ia pun menahannya agar tidak mendahului Rasulullah. “Engkau sudah menikah Jabir?” Tanya Rasulullah. “Iya.” Jawab Jabir. “Perawan ataukah janda?” Rasulullah kembali bertanya. “Janda.” Jawab Jabir kemudian.

Nabi bertanya, “Kenapa tidak menikahi perawan saja? Engkau bisa bermain dengannya dan ia bisa bermain pula denganmu”. Jabir menjawab, “Aku ini memiliki saudari perempuan yang banyak. Aku menikahi janda agar ada wanita yang merawat, mengurusi dan menyisiri rambut mereka”. Nabi pun menasihati, “Adapun jika engkau telah sampai di rumah, maka kumpulilah isterimu, kumpulilah isterimu” (HR. Al-Bukhari & Muslim)

Mengapa Rasulullah lebih menyarankan perawan? Hal ini dianggap lebih baik kerana gadis perawan tidak memiliki kenangan pernikahan dengan pria lain, sehingga seluruh perhatian dan kasih sayangnya akan tercurahkan pada sang lelaki. Sedangkan janda memiliki kenangan pernikahan dengan pria lain, sehingga lebih condong membandingkan suaminya yang sekarang dengan suami sebelumnya.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu  berkata, “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menikahi dan melarang keras membujang dan berkata, “Nikahilah wanita yang sangat penyayang dan yang mudah beranak banyak (subur) kerana aku akan berbangga dengan kalian di hadapan para nabi pada hari kiamat. ” (HR Ibnu Hibban 9/338).

Rasul menyarankan untuk menikahi wanita yang subur demi mendapatkan keturunan yang banyak. Anak adalah kebahagiaan dalam suatu rumah tangga, sehingga suami isteri menjadi lebih saling mencintai dan menghargai.

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, ia itu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (HR. Abu Dawud)

Ini sebabnya ketika melamar,  lelaki dianjurkan untuk melihat calon pasangannya terlebih dahulu. Sebab salah satu kebahagiaan dalam rumah tangga adalah mempunyai pasangan yang mampu menyenangkan mata sang suami.

Mengenai jodoh

Jodoh adalah ketentuan Allah di mana kita juga diberi pilihan untuk menentukan siapa jodoh kita.  Setiap makhluk di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.  Pasangan adalah teman hidup merangkap sahabat paling rapat selepas anda mendirikan rumah tangga.

Kehidupan akan berasa lebih tenang apabila anda dapat mencari teman hidup yang sesuai dan memahami anda.  Setiap hari, anda berasa lebih bersemangat untuk bekerja dan melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan semuanya, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun daripada apa-apa yang mereka tidak ketahui.” (Surah Yasin, ayat 36)

Mengapa Jodoh Lambat?

Ramai kalangan wanita dan lelaki yang lewat usia tetapi masih membujang. Apabila ditanya, sering jawapannya tidak berjodoh atau belum sampai jodoh lagi. Dua penyebab mengapa jodoh anda lambat.  Pertama kemungkinan besar jodoh anda berat kerana Allah SWT memilih memberatkan jodoh dan kedua barangkali disebabkan sikap anda sendiri yang terlalu memilih.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (2017) menerusi Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (2014) mendapati faktor kewangan (56%), ketiadaan calon yang sesuai (18.4%) dan tumpuan terhadap kemajuan kerjaya (9.4%) sebagai halangan perkahwinan bagi golongan lelaki.

Bagi wanita, masalahnya  lebih cenderung kepada kesukaran  mencari calon yang sesuai untuk berkahwin (35.7%), masalah kewangan yang dihadapi (26%) dan tumpuan terhadap kemajuan kerjaya (18.1%). Dalam hal ini, masalah kewangan dilihat sebagai penghalang utama kepada lelaki untuk mendirikan rumahtangga manakala ketiadaan calon yang sesuai pula dilihat sebagai penghalang utama bagi wanita.

Lambat atau cepat jodoh anda, semuanya adalah urusan Allah SWT.  Walau bagaimana pun sebagai manusia biasa, anda hendaklah terus berusaha, berdoa dan bertawakal sekiranya mahukan pasangan yang sempurna.  Pemilihan jodoh yang baik dapat memandu ke jalan yang benar untuk mencapai kebahagiaan hakiki pada masa hadapan. Kerana jodoh salah satu rezeki atau pemberian Allah SWT seyugia, jangan sekali-kali anda berputus asa dengan rahmat Allah.

15 Ayat Tentang Jodoh Dalam Islam

Jodoh merupakan istilah yang dimengerti oleh hampir semua orang. Ada berbagai sebutan untuk jodoh, diantaranya adalah pasangan hidup, teman hidup, tambatan hati, bahkan ada pula yang menyebut dengan ungkapan separuh jiwa yang berarti jika kehilangan atau terpisah akan terasa seperti kehilangan segalanya atau kehilangan sesuatu separuh dari hidupnya. Jodoh menurut islam adalah salah satu misteri yang senantiasa dipertanyakan oleh umat mukmin baik laki laki ataupun perempuan, sebab hanya Allah yang mengetahui dan menentukan jodoh untuk hamba Nya.

Jodoh dalam islam adalah sebuah cerminan diri, jika seseorang itu baik, InsyaAllah akan mendapatkan jodoh yang baik pula, dan sebaliknya. Jika seseorang itu baik tetapi mendapatkan jodoh yang belum sebaik dirinya, hal itu merupakan ujian dari Allah agar menuntunnya ke jalan kebaikan. Hanya Allah yang mengetahui. Wallahualam. Bagaimana jodoh tercipta dan seperti apa Allah memberikan yang terbaik untuk hamba Nya telah Allah jelaskan dalam berbagai firman Nya, berikut 15 ayat Al Qur’an tentang jodoh :

  1. QS An Nur Ayat 26

“Wanita wanita yang keji adalah untuk laki laki yang keji, dan laki laki yang keji adalah untuk wanita wanita yang keji pula. Dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik pula”. (QS An Nur : 26). Jelas dalam firman tersebut bahwa Allah memberikan jodoh berdasarkan akhlak dari hamba Nya tersebut, sebab itulah senantiasa ada nasehat bahwa setiap orang hendaknya memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya agar kelak mendapat jodoh yang baik pula.

  1. QS An Nur Ayat 3

“Laki laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki laki yang berzina atau laki laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang orang yang mukmin”. (QS An Nur : 3). Firman ini juga merupakan cermin dari jodoh yang Allah ciptakan untuk hamba Nya, wanita atau lelaki yang berzina nantinya akan mendapatkan jodoh yang seperti dirinya, setiap dari kita wajib menjaga diri dari segala perbuatan maksiat agar kelak mendapatkan jodoh yang mengajak kepada kebaikan juga.

  1. QS Al Maidah Ayat 5

Allah menghalalkan seorang laki laki dan wanita yang sholeh yaitu yang masing masing menjaga kehormatan dirinya untuk menyatukan hubungan mereka dalam ikatan yang halal. Merupakan sebuah nikmat terindah dari Allah jika dua orang yang saling mencintai bersatu dalam ikatan yang halal dengan niat beribadah kepada Nya. “Dan dihalalkan mengawini wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita wanita yang beriman dan wanita wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya tidak dengan maksud berzina”. (QS Al Maidah : 5).

  1. QS Al Baqarah Ayat 221

Jodoh berarti sesuatu yang di rihoi Allah, jika mencintai lawan jenis yang musyrik tandanya bukan mencintai karena Allah sebab mengharap jodoh karena Allah senantiasa mementingkan agamanya terlebih dahulu. “Dan janganlah kamu menikahi wanita wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita mmusyrik walaupun dia lebih menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan ijin Nya”. (QS Al Baqarah : 221)

  1. QS An Nur Ayat 32

“Dan nikahilah orang yang masih membujang diantara kamu dan juga orang orang yang layak menikah dari hamba hamba sahaya mu yang laki laki dan perempuan. Allah akan memberikan kemampuan pada mereka denga karunia Nya dan Allah maha luas pemberian Nya”. (QS An Nur : 32). Tak perlu khawatir jika anda mendapat jodoh yang mungkin masih berjuang untuk mapan, sebab Allah memberikan jodoh disertai dengan jalan mendapat rejeki yang lapang.

  1. QS Ar Rum Ayat 21

Jodoh akan menjadikan dua orang menjadi tentram hatinya dan memiliki kasih sayang satu sama lain. “Dan diantara tanda tanda kekuasan Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri istri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepasanya, dan dijadikan Nya diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS Ar Rum : 21)

  1. QS Al Furqan Ayat 74

Allah menyukai hamba Nya yang berdoa dan berikhtiar, tak ada salahnya menyelipkan doa disertai senantiasa memperbaiki diri agar mendapat jodoh yang terbaik dari Nya. doa mendapatkan jodoh dan rezeki menurut al quran merupakan salah satu terbaik yang bisa dilakukan hamba-Nya untuk mendapatkan keberkahan. “Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami istri istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang orang yang bertaqwa”. (QS Al Furqan : 74). 

  1. QS Ar Rad Ayat 38

Allah telah menciptakan jodoh sejak jaman terdahulu, sejak Nabi Adam AS diciptakan telah Allah ciptakan Hawa sebagai jodohnya. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka istri istri dan keturunan”. (QS Ar Rad : 38).

  1. QS Az Dzariyat Ayat 49

Allah menciptakan jodoh agar manusia senantiasa bersyukur dan mengingat kebesaran Allah, sebab jodoh merupakan sebuah anugrah, darinya akan didapatkan teman hidup sebagai pasangan dan penenang hati di dunia hingga di akherat nanti. takdir jodoh menurut islam sudah ditentukan oleh Allah dengan orang yang tepat dan terbaik bagi setiap hamba-Nya. “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”. (QS Az Dzariyat : 49). 

  1. QS An Nisa Ayat 1

“Hai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan dari padanya Allah mencitpakan istri nya, dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama Nya kamu saling mencinta satu sama lain”. (QS An Nisa : 1). Allah memerintahkan hamba Nya untuk bertaqwa agar mendapat jodoh yang bertaqwa pula, dengan jodoh Allah akan menciptakan keturunan dan perasaan saling mencinta satu sama lain.

  1. QS Thaaha : 39

Jodoh tidak hadir begitu saja, ada yang mendapatkan jodoh di usia muda, ada pula yang sebaliknya, Allah mengatur yang demikian karena kuasa Nya, dari kasih sayang yang diturunkan oleh Allah, itulah sebabnya setiap manusia harus berikhtiar dan berharap hanya kepada Allah. “Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari Ku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan Ku”. (QS At Thaahaa : 39)

  1. QS Ali Imran Ayat 14

Setiap lelaki sejatinya memiliki rasa tertarik atau minat terhadap wanita, hal itu merupakan kodrat dari Allah sebagai salah satu alasan diciptakannya jodoh. “Dijadikan indah bagi manusia kesukaan kepada benda benda yang diingini, yaitu perempuan perempuan”. (Ali Imron : 14)

  1. QS Al Anbiya Ayat 89

Doa ini adalah salah satu doa dalam ayat Al Qur’an yang diungkapkan oleh Nabi Allah sebagai wujud berharap mendapatkan jodoh yang terbaik, jodoh akan melenyapkan seseorang dari rasa kesendirian dan kesepian, juga kelak memberikan keturunan sebagai pelengkap dan amanah dari Allah. “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku seorang diri, Engkaulah ahli waris yang paling baik”. (Al Anbiya : 89)

  1. QS Yassin Ayat 36

“Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk makhluk semuanya berpasangan baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka mengetahuinya”. (QS Yassin : 36). Dari firman tersebut Allah menjamin kepada hamba Nya bahwa Dia telah menciptakan segala sesuatu berpasang pasangan, Allah memberikan pasangan tersebut sebagai jodoh untuk jalan beribadah kepada Nya.

Seseorang yang belum dipertemukan oleh Allah dengan jodohnya hendaknya senantiasa memperbaiki diri dan berikhtiar agar mendapat jodoh di waktu terbaik yang diatur oleh Allah. Bagi yang telah dipertemukan dan telah memiliki hubungan yang halal juga wajib bersyukur, memperbaiki diri, dan saling mengajak dalam kebaikan agar kelak menjadi jodoh hingga di akherat pula. Kemudian untuk tanda tanda jodoh dari allah sendiri memang terkadang tidak diduga – duga.

  1. QS An Najm Ayat 45

“Dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang pasangan pria dan wanita”. (QS An Najm : 45).

Dari firman firman Allah yang telah disebutkan di atas jelas bahwa jodoh telah diciptakan dan dijamin keberadaannya oleh Allah, tentunya Allah menciptakan jodoh karena rasa kasih sayang Allah untuk hamba Nya, sebagai umat mukmin tak perlu khawatir tentang jodoh selama menjadi hamba Nya yang bertaqwa dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Nya, sebab Allah telah menjamin memberikan jodoh yang terbaik sesuai cermin dari dirinya sendiri.

Senantiasa jaga diri, berikhtiar, dan mengharap serta menerima jodoh kita semata karena beribadah kepada Allah. Semoga bermanfaat ya sobat pembahasan kali ini mengenai ayat tentang jodoh dalam islam. Sampai disini dulu dan sampai jumpa di lain kesempatan. Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk mampir dan juga membaca. Salam hangat dari penulis.

Kredit gambar : @azimnaqiuddin via Twenty20

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Banyakkan Bersujud Kerana Ada Kebaikan Besar di Dunia dan Akhirat

admin

Do’a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!

admin

Pakaian Diharamkan Islam

adminwm

Leave a Comment