EX BIBIK

Berebut Bibik. ‘Dia pregnant… tapi saya juga pregnant.”

Pagi itu Satinah (bibik) terpaksa membuat keputusan, sama ada bekerja dengan Datin Raja L atau dengan Datuk Tengku LS.

Satinah teramat sedih, mengapa semua ini boleh terjadi. Di tahun pertama, kedua malah sehingga masuk tahun ke 10 dia tinggal bersama mereka, dia merasakan inilah seaman-aman rumah tangga yang pernah dia melihat. Baginya betapa untungnya pasangan ini, sudahlah daripada keturunan yang berdarah diraja, kaya raya, berbudi bahasa, anak-anak pandai dan tidak sombong dan suami isteri saling sayang menyayangi.  Sesekali dia berasa cemburu kerana diberiNya semua ini kepada mereka, kerana tidak ramai dikurniai berkat dan nikmat yang sebegitu. Dalam cemburu dia bersyukur kerana dipilihNya bekerja di bawah bumbung ini. Tidak ramai juga yang bernasib baik sepertinya, malah ada yang bukan sahaja setiap hari dimaki hamun malah sampai ada yang sehingga dicederakan oleh majikan.

Setiap dua tahun Bibik Satinah tidak keberatan disambungkan permitnya. Sudah lebih 10 tahun bekerja di rumah tuannya yang sama, dengan Datin Raja dan Datuk Tengku tadi. Di sinilah juga dia belajar banyak perkara, memasak daripada resipi-resipi dari pelbagai negara dan dari cita rasa kampong mahupun bandar. Dia juga dalam pada itu belajar berbahasa Inggeris kerana masing-masing di rumah itu menggunakan bahasa mat Salih, tidak bahasa ibunda, mahu tidak mahu dia belajar dan sudah fasih bercakap orang putih. Sedangkan dia pun sudah kematian suami dan anak-anak sudah besar, dia bercadang untuk terusan tinggal bersama mereka. Lagipun setiap hujung tahun dia dibenarkan pulang ke kampong halamannya selama tiga minggu, dengan tambang dan duit pokek disediakan. Apa lagi yang dia mahu selain bersyukur.

Namun kebelakangan ini keadaan rumah tangga yang aman damai tadi kian berentak. Datuk dan Datin bermasam muka, dan mula meninggikan suara. Datuk dan Datin tidak lagi duduk bersama di meja makan, dan jarang-jarang menjamah makanan yang dihidangkan, dan kalau pun berdua serentak turun makan, mereka makan, tetapi tiada lagi rancak berbual dan ketawa, masing-masing menghadap makanan dengan jejari dan pandangan ke telefon bimbit. Masing-masing melayani smart phone, dan kemudian basuh tangan lalu pergi. Kalau selalunya diangkat pinggan makan ke sinki nah, baik Datin mahupun Datuk angkat punggung tanpa lagi memuji makanan sedap dan berterima kasih kepada si bibik yang menyediakan. Malah sudah pandai mengomen, masakan tidak sedap dan sebagainya. Bibik Satinah seringkali juga terasa dek layanan yang sepi kepadanya, tidak seperti dahulu. Terfikir juga dia apa salahnya, di mana kurangnya kerjanya sehingga tidak lagi dilayan seperti sebuah keluarga seperti yang sebelum ini.

Masa berlalu keadaan di rumah tempat bibik ini bekerja semakin sepi. Kadang-kadang dua tiga minggu dia tidak nampak Datuk dan kadang-kadang seminggu Datin juga tidak turun ke bawah. Dia hairan, makan pun tidak, dan bilik berkunci selalu. Kadang-kadang diminta makanan dibawa ke atas bilik, malah disuruh diletak di luar bilik sahaja, dan kemudian barunya diambil oleh Datin. Dan kadang-kadang sampai seminggu juga dia tidak masuk ke bilik mengemas dan mencuci bilik, menukar cadar dan sebagainya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam. Datin memerap sehingga tidak keluar bilik atau kalau Datin keluar terus pergi, tanpa meninggalkan pesan atau apa, tidak seperti selalu. Dulu sebelum keluar banyak pesanan, memberitahu untuk masak apa, jam berapa dia pulang dan sebagainya. Ini diam membisu, kadang-kadang dia tidak sedar pun bila Datin atau Datuk keluar dan sehingga beberapa hari rumah sesepinya.

Tambahan dua anak mereka sudah di luar negara, ya sehingga mereka terbang ke luar negara pun sudah tidak lagi diberitahu. Menjadikan Satinah berasa makin lama makin jemu dan rasa bersalah, malah rasa takut kerana sudah terdengar dia orang bertengkar dan bunyi berdentam dentum. Dia cemas juga, takut apa-apa pun boleh terjadi. Terfikir di hatinya untuk lari. Tetapi kalau dia lari apa yang dia dapat, malah kalau dia lari, dia pula yang nanti dipersalahkan jika ada kejadian buruk berlaku.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada kedua pasangan ini? Satinah ingin juga tahu, kerana kalau dulu sering hadir ke majlis keraian, ini hanya Datuk sahaja yang pergi, dan kadang-kadang hanya Datin seorang sahaja. Dulu Datin rajin juga membawa kawan-kawan ke rumah, makan-makan, berbual dari petang sehingga ke tengah malam dan kini tiada lagi. Teman-teman yang baik dengannya dan yang selalu singgah minum teh petang sudah tidak kelihatan lagi. Saudara mara juga tidak lagi bertandang, menjadikan banglo itu bagaikan tidak bernyawa. Tukang kebun pun sudah diberhentikan dan pak cik driver pun sering bertukar ganti, sehingga dia sendiri tidak kenal lagi. Kalau dulu selang seminggu ada dua pekerja Filipino datang mencuci rumah, kini tidak lagi. Yang hanya ada dia seorang, dan kadang-kadang wang untuk membeli makanan dapur pun sudah tidak lagi diberikan kepadanya. Dulu setiap minggu dia akan ke pasar, dipandu oleh driver dan dia membeli mengikut apa yang disukai oleh seisi rumah, atau diberikan wang bersama senarai lain yang patut dibeli. Dan sudah lebih sebulan dia tidak ke pasar. Apa yang ada di peti ais dia masak, itu pun untuk dirinya sendiri kerana tiada siapa pun yang makan di rumah.

Mahu sahaja Satinah bertanya, tetapi tidak mungkin dia boleh berbuat demikian, dia hanya seorang bibik.

Satu pagi hening, Datuk turun minta disediakan sarapan. ‘Satinah, saya mahu Satinah tinggal di sini dan bekerja dengan saya. Saya mahu awak terus di sini, bukan mengikut Datin.” Satinah diam tidak tahu yang mahu dibicarakan. Sebenarnya dia tidak berapa faham, tinggal di sini dan tidak mengikut Datin. Dia menyebutnya di hati, sambil menyediakan telur separuh masak dan roti bakar. “Awak faham, apa yang saya katakan.” ‘ya,’ jawabnya tetapi sebenarnya dia masih keliru.

‘Saya kata awak terus bekerja dengan saya di sini, jangan ikut Datin?” maksud Datuk?” ‘Dengar sini, saya akan di sini bersama isteri saya.” Satinah masih tidak faham. ‘Awak faham tak, saya akan tinggal di sini dengan isteri muda saya, dan Datin akan keluar dari rumah ini.”

“Mengapa?” “Satinah itu bukan soalan yang awak perlu tanya kepada saya, awak saya mahu duduk di sini, bekerja di sini, untuk saya, awak faham?” Satinah mengangguk dan selepas sarapan, Datuk terus keluar, memandu dengan lajunya.

Setengah jam kemudian, Datin turun dari biliknya. Mereka pun sudah tidak lagi sebilik, disedari oleh Satinah ini berlaku sejak sebulan mereka berasingan. Bilik anaknya tempat Datuk tidur, malah dia memindahkan sebahagian bajunya di situ.

“Datuk sudah pergi?” tanya Datin memulakan perbualan yang tidak seberapanya dengan Satinah. ‘Ya, selepas sarapan tadi terus pergi,” Satinah menjawab. “Datin saya mahu tanya…”.  Satinah sediakan dulu sarapan saya dulu?”

Serba tidak kena, buah-buahan pun terlupa dihidangkan. “Ngapa kopi saya cair sangat dan mana  telur goreng separuh masak?” suara Datin meninggi. ‘Maaf Datin, saya binggung.” “Apa yang kamu binggungkan, ‘kamu ikut sahaja saya pindah?”

“Tak boleh Datin, Datuk suruh saya tinggal di sini?”

“Apa tinggal di sini?” “kenapa pula, kamu bekerja dengan saya, ke mana saya pergi kamu pergi?”

‘Tetapi pagi tadi Datuk minta saya terusan tinggal di sini?”

“Habis kamu hendak tinggal dengan dia?”

“Saya tidak tahu Datin, saya ikut perintah?”

‘Sekarang awak mahu ikut perintah siapa, saya atau dia?”

“Saya tidak tahu, tapi saya selesa di sini, rasanya?”

“Ingat kamu saya ambil untuk bekerja dengan saya?” “Tetapi tadi Datuk kata, Satinah, aku ambil kamu untuk bekerja dengan aku”

Perbualan terhenti, petang saya pulang dan saya mahu awak berkemas. Esok semua barang saya akan keluar dari rumah ini dan kamu tolong kemaskan semua baju saya, baju dan barang-barang saya di bilik itu, dan di dapur ini semua pinggan mangkuk yang berjenama Wedgewood, ada tiga set dan daripada jenama ada dua set, itu semua kamu balut dengan kertas dan letak ke tepi, nanti ada orang yang uruskan untuk memasukkan ke dalam kotak… dan kamu siap berkemas semua baju kamu.”

Satinah tidak mampu berkata apa, mahu dia berteriak, Datuk kata begini, Datin berkata begitu, siapa yang patut diikutkan arahannya?

Dia tidak tahu dengan siapa yang harus didengar kata. Datuk akan membawa isteri barunya, apakah nanti dia akan sesuai dengan isteri muda majikannya? Dan Datin akan berpindah, di mana dan akan tinggal dengan siapa lagi? Apakah Datin juga akan berkahwin lain, dan apakah dia akan sesuai bekerja dengan suami majikannya itu. Atau kalau pun Datin sendirian, dia tinggal di mana? Satinah paling takut tinggal di kondo, dia takut ketinggian, dan membuatnya pening, dan muntah. Dia tidak senang menaiki lif tetapi kalau kondonya nun tinggi melangit mampukah dia memanjat anak tangga? Hendak ditanya, Datin sudah pergi, dan sama ada dia perlu mengemas bajunya dia pun tidak tahu.

“Aku selesa di sini, atau aku balik sahaja ke indonesia, tetiba itu yang menerjah di fikiran. “Ya pulang sahaja, senang tidak payah berfikir untuk tinggal dengan siapa. Tetapi dia teringat permitnya baru sahaja diperbaharui oleh Datuk, dan dia tidak boleh keluar, dan kalaupun dia keluar dia tidak boleh masuk lagi ke negara ini kerana usianya tidak melayakkan dia bekerja lagi di negara ini. Pening dia memikirkan, lagi pun di kampongnya nanti apa pekerjaan yang dia boleh buat? Dia pun tidak biasa lagi bekerja di bendang, dan tidak berani lagi mandi di telaga, dan dia rasa tidak senang lagi berkongsi bilik yang satu itu dengan orang lain. Dia sudah terlalu biasa tinggal di rumah orang kaya, yang cantik dan mewah dengan cara hidup yang sudah jauh meninggalkan kehidupan orang kampung. Ya betul bukan rumahnya tetapi di biliknya yang luas amat selesa, ada peti tv, ada almari cantik dan penyaman udara, mampukah dia nanti tinggal di rumah atap genting dan panas? Sesekali pulang ke kampong dia tidak kisah tetapi untuk berlama-lamaan di situ dia tidak mahu. Tinggal di Malaysia kata Satinah dia senang, kawan-kawannya sudah ramai dan dia pun sudah pandai memandu, apa lagi yang dia mahu?

Satinah tidak mengemas bajunya, dia takut Datuk akan marah, tetapi dia juga tahu dengan tidak bersedia berpindah dengan Datin, dia juga akan dimarahi.

Pagi yang cukup mendebarkan Satinah. ”Kamu mahu terus tinggal di sini? Bukankah saya sudah suruh Satinah kemas semua baju?”

Kita ke mana Datin?”

“Ke mana saya pindah Satinah mesti ikut?”

“Kondo?”

“Ya, di Penthouse?” Penthouse itu apa, saya tidak faham?”

“Yang paling tinggi? Jawab Datin meninggikan suaranya.

“Saya takut?” “No, you follow me?”

“No she is not going with you?” suara Datuk di belakang.” Dia di bawah nama saya, and i have all the right to keep her here, faham?”

No, I need her there?

“Helo, Satinah bibik saya bukan bibik awak?”

“Helo, siapa kata bukan bibik I, kerja rumah, kerja di dapur adalah tanggungjawab I yang menguruskan, so she follows me.”

No way,” jawab Datuk tegas.

“Begini Datuk, Datin… “ saya pulang sahaja ke negara saya. Di sini tidak, di sana pun tidak,” jawab Satinah. “No, saya tidak benar, my wife need you here?”

“Sedap cakap, betina tu senang-senang nak ambil Satinah, aku yang mengajarnya dan awak senang hendak ambil dia, dan aku di sana siapa yang nak tolong?”

Dia pregnant and I want Satinah to take care of her?”

“And i am pregnant too,” jawab Datin Raja L

“Apa?”

“Tak perlu pun i bagi tahu you, kan? I pregnant ke, tak pregnant ke, tidak memberi apa-apa makna kepada you kan, and I can handle myself. Pergilah semua, dan tiba-tiba Datin jatuh pengsan. Datuk yang memang ada darah tinggi juga terjatuh, pengsan, dan melihat kedua-duanya pengsan, Satinah juga jatuh pengsan.

Related posts

Curi Coli Isteri Menteri Beli Susu Baby

admin

Aku Beri ‘Share’ Kepada Maid Aku

admin

Kalau Saya Tipu Allah Laknat…

admin

Leave a Comment