FESYEN

Beraya Dengan Poh Kong

Kunjung mengunjung di Hari Raya

Kurung dan kebaya pakaiannya

Tidak lengkap gaya

Kosong lengan dan dada

 

Koleksi Anggun 2018 daripada Poh Kong direka penuh kreativiti daripada emas kuning 916/22k digabung dengan kehalusan seni pertukangan yang anggun serta rumit. Mengungkapkan keindahan tema flora buat si ibu dan anak-anak perempuannya, lalu melahirkan sesuatu yang lestari dan tidak akan luput ditelan zaman.

Sementara koleksi orkid seperti loket, gelang, cincin yang berciri flora ini sememangnya
unik dan seperti kuntuman orkid yang tampak suci namun lasak, set ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai di hari lebaran atau sebarang majlis keramaian,
malah juga secara harian.

Koleksi Karya Anggun – Charms menyediakan pilihan untaian serba anggun dengan hiasan bermotif orkid, menggambarkan keperibadian wanita Asia; lembut, sopan dan lasak.

Koleksi Manja pula direka khusus bagi menyuntikkan keceriaan buat si comel anda. Sebagai tanda kasih buat selama-lamanya.

Related posts

Kate Spade New York Unveils Its Summer 2022 Collection

adminwm

Puma Defy Kebangkitan ‘Chunky Shoe-Trend’

admin

Apa Yang Membuat Lelaki Ini Stylish – Style Icon?

admin

Leave a Comment