FESYEN

Berapa Beg Tangan Perlu Anda Miliki?

Mengapa wanita miliki berbelas-belas, berpuluh malah ratusan beg tangan?  Imelda Marco dan isteri bekas Perdana Menteri misalnya memiliki ratusan beg. Memang tidak masuk di akal. Kaum lelaki khususnya langsung tidak boleh terima hakikat ini, hingga pernah diceritakan ada pasangan suami isteri bergaduh hingga hampir bercerai kerana si isteri membeli sebuah beg tangan jenama mewah mencecah RMRM19,000.00 tanpa pengetahuan dan izin si suami?

Lagi tidak boleh diterima akal apabila beg-beg tersebut ada yang lebih mahal daripada harga sebiji kereta, itu belum lagi jika mengikut kategori kereta low maintainance, executive atau luxury yang mencecah setengah juta.

Memang senak perut memikirkannya. Namun ada berpendapat jika duit simpanan dalam bank boleh beri makan tujuh keturunan, apa salahnya? Bukankah itu membantu perkembangan ekonomi dan cara berkongsi kekayaannya? Sekurang-kurangnya pengurus butik dan pembantu jualan dah terjamin gaji mereka di hujung bulan. Apa pun ini satu tajuk yang menarik, juga tentang subjek yang amat penting buat wanita.

Dari sudut teori psikologi, fenomena ini disebabkan keinginan yang meluap-luap untuk memiliki lebih dari yang lain atau untuk mempamerkan satu competitive spirit dalam diri seseorang wanita. Yang dimaksudkan lebih dalam konteks ini mungkin lebih cantik, lebih banyak, lebih mahal, lebih bergaya atau lebih dalam segala-galanya. 

Ada pula berpendapat ia satu ciri ketagihan atau kegilaan aestatik dalam menghargai sesuatu ciptaan. Begitu pun rata-rata berpendapat ia semata-mata untuk memuaskan nafsu besar yang sentiasa dahagakan kelainan atau sesuatu yang baru. Secara amnya, ramai yang mahu membeli ‘beg itu’ adalah kombinasi tarikan  beauty dan functionality.

Sering kita tertanya-tanya, perlukah kita beg itu atau berapakah sebenarnya beg yang kita benar-benar perlukan? Bagi menjawab soalan mengapa beg itu mesti anda miliki, tanya diri ke mana anda akan bawa beg tersebut? Apa yang mahu anda isi di dalamnya kerana setiap jenis beg sesuai untuk tujuan tertentu, tempat dan acara seperti untuk bekerja, keluar secara santai dengan kawan atau keluarga, pergi membeli-belah atau untuk acara glamor waktu malam?

Bererti walaupun anda bukannya seorang yang suka bersaing dalam hal ‘remeh’ sebegitu atau cepat terpengaruh dengan nilai aestatik tetapi anda tetap mahukan pilihan setiap kali melangkah keluar.

Permaisuri Grace Kelly dari Monaco. Daripada namanya lah beg Kelly Hermes diilhamkan.

Tidak kiralah berapa banyak beg yang anda milik, murah atau berjenama mewah, terdapat lebih kurang 30 jenis beg yang anda patut tahu ada di pasaran. Mungkin anda patut kenali dan faham fungsi beg-beg tersebut untuk memilik yang tepat dan sesuai sahaja.

Jenis-jenis beg di pasaran:

1. Hand bag

2. Hobo bag

3. Tote bag

4. Duffle bag

5. Messenger bag

6. Backpack

7. Satchel

8. Doctor’s bag

9. Laptop Bag

11. Bowler bag

14. Clutch

16. Beach Bag

17. Shoulder bag

18. Minaudiere

19. Shopping/Grocery bag

20. Drawstring bag

21. Make up bags

22. Foldover Bags

24. Camera case bags

25. Baguette bags

26. Barrel Bag

27. Basket Bag

29. Kelly Bag30. Lunch Bags

10 jenis beg anda patut tahu:

1. Bowling – Beg jenis ini biasanya datang dalam saiz yang sederhana dan besar sedikit dan dengan dua tali yang cukup panjang untuk digantung pada antara lengan dan siku. Setiap satu juga selalunya direka dengan beberapa bahagian dalamnya untuk mudah menyimpan barang dn dipakai waktu siang. Tujuannya agak meluas dan mengikut keselesaan aktiviti yang anda lakukan khususnya bersukan.

Beg bowling adalah jenis beg yang hanya sesuai untuk acara santai dan siang. Seperti namanya ia memberi gambaran gaya bersukan, santai dan mudah untuk anda bawa lebih banyak barang daripada beg tangan biasa.

2. Duffel – Nama Duffel datang daripada nama sebuah pekan di Flanders, Belgium, di mana kain duffel yang tebal yang ketika itu abad ke 17 digunakan untuk membuat beg. Mengikut The Oxford English Dictionary, perkataan itu asalnya digunakan pada 1677, yang menjelaskan sejenis kain bulu yang kasar dan tebal. Hari ini selain daripada fabrik tebal atau kanvas ia juga terdapat dalam kulit lembut tapi tebal dan lembut. Kegunaannya tetapi untuk santai dan tidak sekali-kali untuk digayakan waktu malam apa lagi untuk majlis rasmi dan glamor .

3. Baguette – Seperti namanya menjelaskan sebuku roti berkulit keras Perancis yang pada zaman dahulu dibeli dan dikepit antara lengan dan sisi badan dengan selesa. Begitulah juga sifatnya beg ini penting dan mudah dibawa. Pada tahun 1997 Baguette dicipta oleh Silvia Venturini Fendi. Kadangkala beg ini bertali halus namun ia tetap dikepit oleh para pencinta fesyen.

Menariknya tentang beg ini, ia amat sesuai untuk gaya anggun dan feminine namun boleh saja dipakai dengan baju tradsitional mahupun menggayakan pakaian kasual rapi misalnya seperti sehelai jeans dan kemeja Boho yang anda lengkapkan dengan aksesori mewah untuk gaya malam yang yang kasual tetapi bergaya.

4. Satchel – Ia biasanya terdapat dalam ukuran sederhana yang sesuai untuk kegunaan harian khususnya untuk kerja. Biasanya datang dengan dua tali pemegang, malah adakalanya disertakan dengan satu tali panjang juga untuk di sandang dan lebih selesa. Ia cukup besar untuk menampung banyak isi dan digunakan secara meluas untuk mengisi segala keperluan termasuk buku, majalah dan laptop.

Backpack atau beg galas

5. Backpack atau knapsack ialah jenis beg galas paling popular dan luas fungsinya. Seolah-olah anda boleh bawa apa saja yang anda idamkan!

Adakalanya direka dengan bingkai tetapi biasanya ia disokong oleh dua tali yang disangkut ke bahu dan digalas di belakang.

Beg ini ukurannya sederhana ke besar dan amat sesuai untuk dibawa kala menjalani aktiviti lasak, sukan, mengembara atau kala melancong atau ketika anda perlu membawa banyak barang dan berat seperti buku, pakaian dan barangan aktiviti juga lampin, bedak bayi atau wet wipes untuk ibu muda yang ranggi. Kini ia didatangkan juga dalam bentuk comel dan ada yang menggunakannya untuk malam juga.

6. Clutch adalah beg atau dompet jenis pegang atau dikepit kala memakainya. Ia amat feminin dan boleh membibit gaya anggun. Terdapat dalam ukuran comel, kecil dan sederhana. Anda mungkin terjumapa Day clutch dan Evening clutch yang biasanya lebih comel saja ukurannya untuk malam yang dihiasi glitterati atau fabrik mewah dan cukup untuk anda mengisi gincu bibir dan telefon bimbit.

7. Shoulder bag atau Beg sandang ini adalah beg yang kita pakai setiap hari. Ukurannya sederhana, punya beberapa kompartemen untuk mengisi segala keperluan dan dokumen penting yang. Datang dengan tali yang sederhana panjang dan kukuh malah ada yang agak lebar sedikit bertujuan menampung berat barang yang di isi.

Ia dipakai untuk bekerja atau untuk kegunaan harian. Shoulder bag jarang didatangkan dengan hiasan berlebihan apalagi bersulam atau berpermata. Biasa dicipta menggunakan kulit dalam warna neutral sesuai kegunaannya dan kini terdapat juga dalam warna-warna menawan untuk memberi pilihan dan memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai dan meluas.

8. Tote Bag adalah jenis beg sandang amat ringkas gayanya tetapi juga mempunyai fungsi yang meluas diperbuat daripada kanvas, kain, kulit dan kulit sintetik. Begitu pun ia boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dan ia amat sesuai untuk gaya atau acara santai seperti membeli belah, temu janji santai dengan kawan-kawan atau sekadar keluar rumah dengan anak-anak yang memerlukan anda membawa banyak barang.

9. Pouch – Uncang atau cerut adalah jenis beg yang istimewa kerana skop fungsinya bergantung pada ukuran; jika comel ukuran dan berhias boleh anda bawa untuk acara malam glamor namun jika sederhana dan besar hanya sesuai untuk acara santai dan lasak.

10. Crossbody bag atau beg selimpang ini sederhana besar malah juga kecil dan comel untuk mengisi telefon, kad-kad penting dan duit. Ia dipakai secara santai dan kini direka begitu elaborate dengan gemerlap permata, sulaman dan gancu-gancu jenama yang menawan hingga sesuai dipakai untuk gaya malam.

Lima jenis beg mesti miliki:

Sekiranya bajet anda terhad atau anda memang tidak suka membazir atau tidak mahu mengikut hawa nafsu, berikut adalah lima jenis beg sahaja yang anda perlukan untuk membuat penampilan anda ada kelainan setiap kali anda melangkah keluar dan paling penting, orang fikir anda milik berbelas beg tangan.

Antara tips yang perlu anda ingat ialah pilih warna bijak seperti coklat, kelabu, hitam dan yang tidak menonjol seperti hijau, pink and jingga kecuali anda mampu atau warna teh Tarik.

1. Shoulder bag

2. Satchel

3. Tote

4. Clutch

5. Duffle

Beg Warna Menjerit

Beg hitam sentiasa menjadi pilihan ramai dalam memilih beg tangan kerana sifat neutralnya mudah disuaipadan dengan apa jua warna pakaian. Begitupun hari ini beg berwarna menjerit dan lantang seperti fuchsia, hijau serindit, jingga, kuning pisang atau biru elektrik menjadi trend dipakai siang mahupun malam dan untuk ke mana sahaja.

Ia dianggap satu ekspresi diri, tersendiri lagi berani. Apa pun perasaan dan semangat kita bertukar-tukar daripada masa ke semasa. Ada ketikanya anda ingin tampil dengan semangat ceria dan dengan kelainan. Tipnya mudah pilih warna beg yang tidak serasi atau bertentangan spektrumnya denga pakaian anda. The whole idea is to create contrast!

10 Jenama Mewah Paling Digemari:

Dior

Chanel

Dolce & Gabbana

Louis Vuitton

Hermès

Fendi

Loewe

Prada

Yves Saint Laurent

Gucci

Related posts

Tas Tangan Street Style Musim Luruh 2018

admin

Siapa Ratu Elizabeth?

adminwm

Koleksi Uniqlo dan JW Anderson Musim Bunga/ Panas 2020

admin

Leave a Comment