DESPERADO

Beli Suami… Mengapa Tidak Untuk Mendapatkan Yang Terbaik?

Cerita dua tahun dahulu. Saya di sebuah kafe. “Puan boleh saya ambil kerusi ni?” “Tinggalkan satu dan yang lebih ambillah.” Di meja sebelah daripada empat orang saya nampak menjadi enam, semua lelaki separuh usia. Sembang mereka kian panas. Menunggu klien sambil melayan Whatsapp tetapi telinga macam tertarik kepada perbualan yang antara kelakar dan serius. 

“Kau nak hidup senang?” terdengar seorang daripada bertanya.

“Gila kamu, siapa yang tidak mahu kaya raya?” Dia berbisik ke telinga teman di sebelah. “Hey bro takkan kau berdua saja nak kaya? Ni macam mana boleh?” “Kamu orang dah berbini?” “Eh-eh kau berdua pun dah kahwin?” “Ha-ha… kau orang takut bini, kita orang bini takut sama kita.” Dan mereka ketawa berdekah-dekah.

Ketika salah seorang menyebut nama seorang insan itu, saya berpaling ke arah mereka, membeliakkan mata, tanda saya macam kenal orang yang diceritakan. Kan dunia ini kecil, pusing kiri, tengok kanan ah, mesti kenal. Kalau tidak kenal dia pun, barangkali kenal kawan atau sepupu sepapatnya.

“Cari bini kaya, solve problem,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Eh-eh tak juga buatnya bini kaya tapi kedekut. Buatnya jenis suka mengungkit. Atau bossy semacam dan dia boleh pijak-pijak lakinya, kau mahu?”

 “Eh bodohlah kalau kita jadi pak turut, kita kena pandai control bini, dan control duitnya.”

Klien yang saya tunggu tidak kian tiba, cuba main-main telefon tetapi telinga tumpukan di sebelah. “Eh tadi perempuan  yang saya sebut, dia tu jenis beli laki.”

“Apa maksud you beli laki?” 

“Bahasa simple macam itu pun tidak faham… helo bro, perempuan tu, dia tidak suka laki dia, dia minta cerai, kemudian tabur duit kat lelaki lain untuk memikat, kahwin dan kalau tidak suka cerai lagi, cari laki lain yang dia suka… bila dah duit banyak, semua boleh jadi?”

“Kau kenal ada perempuan kaya macam itu, cuba kenalkan kepada aku, kalau dia hendak beli aku best juga?” Semeja ketawa berdekah-dekah.

“Ini bukan cerita lawak, memang dia ni jenis tukar laki, macam tukar baju. Macam lelaki juga bila dia banyak duit, kau orang ingat dia hendak cari yang sederhana-sederhana sahaja, no way kan, dia mesti cari yang muka cantik, yang badan macam bentuk gitar atau selebriti, artis dan terkenal. Tak kan cari kerani-kerani biasa kan? Samalah ceritanya dengan perempuan yang satu ini, aku rasa macam kau dia tidak pandanglah, dia mesti nak cari yang handsome macam Salman Khan atau Hritik Roshan.”

“‘Tak handsome tak pe, asal kaya’, itu slogan Datuk Dr. Nazri Khan, tetapi perempuan ini dia sendiri kaya, dia tidak perlu wang lelaki pun, dia boleh beli siapa sahaja pada yang dia suka.”

Dan ceritanya setakat itu sebab klien saya telah datang untuk kami urusan bisnes masing-masing. Bersambung!

“Beli Laki, Tetapi Mengapa Laki Orang?” tanya Sarah 

Terkenang cerita di kafe, macam tidak boleh simpan rahsia, lalu bila seorang teman menghubungi saya terus tanyakan mengenai nama yang disebut oleh abang-abang di kafe tadi…

“Tulah kalau banyak duit sangat, belilah duda atau lebih baik bujang trang tang tang, mengapa ambil laki orang?” tanya Sarah. Suara Sarah seperti menahan geram, perempuan itu aku kenallah… kau tahu tak, dia kahwin dengan laki kawan, kawan aku. Kau tak marah ke dengar ceritanya. Tu kahwin entah kali ke berapa, aku pun tidak tahulah.”

Berminat mengetahui sedikit latar belakangnya, Sarah menyambung cerita. “Perempuan ini perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki tua. Kot dia tahu lelaki itu tidak hidup lama, itulah dia setuju untuk kahwin. Berdosa aku menuduh tetapi buat pura-pura sayang dan selepas tiga tahun berkahwin, sang suami meninggal dunia dan hampir kesemua harta si suami dia kaut. Bila sudah ada duit memang senang cerita. Dia cuba berbaik dengan orang politik dan tabur wang pada orang tertentu yang akhirnya memberikan dia banyak kontrak kerajaan. Ini di zaman Najib dulu.” 

Kata orang,  tanah kubur suami masih merah, si Aai (bukan nama sebenar)  ini macamkan tidak sabar menunggu habis eddah, dan beberapa hari selepas idah dia sudah berkahwin semula. Kata kawan-kawannya, dia memang sudah menjalin hubungan semenjak awal lagi di ketika suami pertamanya masih hidup malah ada berkata disebabkan yang tua itu lagi kaya, maka pilihannya yang kaya dulu. Bisik-bisik daripada kawan terdekatnya macam dia tidak sabar menunggu lakinya mati supaya dia boleh kahwin dengan kekasihnya.

Berkahwin dengan kekasihnya, juga tidak dapat zuriat tetapi yang buat dia tawar hati sebab sang suami tidak hot. “Dia cold sangat, macam mana nak dapat anak?” ceritanya pada teman.

“Aku letih nak pikat dia terutama untuk berasmara. Kalau aku tidak ajak ke kamar, dia macam itulah, macam orang bodoh. Dan malas lah cerita hal di kamar tidur, orang cold macam ini buat aku tawar hati. Setahun dua bolehlah tahan, muka aje handsome tapi tak hot tak guna, buat aku bosan sangat. Ya dia memang orang baik tetapi setakat itu sahaja. Akhirnya aku cakap sama dia, I think you better pack your bags. Dan dia tidak faham. Dia boleh tanya, kenapa? “I ada affair ke yang you hendak marah? Abang selalu kat rumah dan abang temankan ke mana ayang hendak pergi.” “Okay yang cik Abang kalau hendak tahu sebab apa I nak minta cerai… sebab abang tak dapat puaskan nafsu saya, faham tak.”

Terkedu sang suami. Dia tidak menyangka bininya mahu lebih daripada apa yang diberikan. “Tapi?” “Stop bang, dua tahun cukup, saya pun sudah tawar hati pada abang.” “And actually, I pun dah tak cinta abang. Mohon maaf.”

Cerita Sarah selepas itu adalah beberapa siri affair dia dengan beberapa lelaki, ada kata kahwin cerai, kahwin cerai dan ada kata perempuan itu sebenarnya tidak pun kahwin. Dia jenis syok ‘beli’ jantan, tak suka dia buang. Dia banyak duit, dia boleh pilih hendak kahwin atau tidak.

Berkenalan dengan Rahim (bukan nama sebenar) dalam satu majlis pelancaran sebuah produk. Mereka didudukkan di satu meja. Aai datang dengan teman perempuannya sementara Rahim bersama isteri. Sementelah Aai duduknya di sebelah kiri Rahim mereka berbual-bual kecil. Dan Aai memberitahu akan bisnesnya sementara Rahim juga memberitahu akan bisnes kecilannya. “Isteri saya walaupun perempuan tidak minat bisnes baju-baju ni jadi sayalah yang buat,” antara perbualannya sambil menghulurkan kad perniagaannya. Mereka bertukar-tukar kad, malah Rahim memberikan Aai nombor privatenya.

Bagi Aai, tidaklah  jantungnya berdegub sangat kerana kulit Rahim agak cerah, kerana dia suka lelaki sawo matang. Tetapi Rahim tinggi. “Boleh tahan segak,” katanya di dalam hati. Malam berakhir, dan bila masing-masing menunggu kereta dibawa oleh jockey, dia terkejut juga kerana kereta si lelaki itu Mercedes. “Hem boleh tahan kaya,” kata tadi bisnes kecil-kecilan. Membuat Aai terfikir untuk mengenalinya lelaki ini lebih dekat. Pada Aai, sama ada dia sudah punya isteri atau tidak, itu bukan soalnya. Dia pun sudah diperkenalkan dengan isteri Rahim. Orangnya cantik, berbanding dirinya Aai terpaksa akui isteri Rahim lebih cantik. Tapi itu bukan alasan dia untuk tidak mencuba memikat Rahim. Pada Aai kalau hatinya kata mahu, tiada halangan untuk dia menjalin hubungan. Soal dia laki orang adalah cerita kedua. 

Walaupun ada kata perempuan kaya tidak pandang kekayaan lelaki, sebab dia pun ada duit, bohonglah kalau dia tidak terpikat dengan lelaki yang berharta, malah bonus kalau dia dapat yang kaya. “Eh kalau dia sengkek sangat aku pun tak mahu, malu kepada kawan-kawan, nanti mereka tuduh aku macam-macam,” cerita Aai pada teman rapatnya. “Tetapi kalau dapat yang kaya, kan itu sebenarnya satu kemenangan, sebab tidak nampak dia syok aku sebab aku banyak duit.”

Seminggu dia menunggu Rahim menghubungi dia, tetapi tiada berita. “Mungkin kad aku  sudah dicampaknya,” kata Aai. “Aku tunggu dua tiga hari lagi, kalau dia tak call, aku call aje, apa masalahnya?” Entah mengapa, dia asyik teringatkan Rahim, lebih-lebih lagi apabila dia masuk ke FB dan IG Rahim untuk checking, lelaki ini dengan lebih dekat. “He is not bad, boleh tahan handsome, bisnes pun okay, dan follower pun ramai, aku mesti dapatkan dia.”

Minggu kedua, pagi-pagi lagi Aai yang sudah pun memasukkan nombor telefon Rahim di dalam telefon bimbitnya menghubungi… “Ingat saya, yang duduk di sebelah you di majlis dua minggu lepas, I ada beberapa hal nak bincang mengenai bisnes. Boleh kita jumpa?”

Pendekkan cerita di beberapa siri pertemuan, Aai tidak segan-segan bercerita perihal dirinya yang menjanda. Dan as they get to know each other closer, si Aai sudah menceritakan dia tawar hati dengan bekas suami yang cold. “You jangan main-main dengan I, sekarang pun kalau I dapat you, I nak peluk cium you,” jawab si Rahim di telefon.

Dan perbualan yang konon-konon nak tingkatkan bisnes sudah lebih kepada intimacy, sudah mula panggil yang, honey, abang…”

“Tetapi bisnes I tak sebesar bisnes you, darling. I mana boleh tanggung dua famili sekali gus,”  Rahim memberitahu.

Darling, pertamanya I tidak pernah mahukan duit you, I sendiri kaya raya. You pun dah tahu life I macam mana. I tak kisah pun kalau abang tak longgok I dengan wang ringgit, I tak perlu wang, I want someone to love me truly, make me hot and fullfill my desire.

Begitulah tidak lama kemudian berkahwinlah mereka secara senyap-senyap. Aai menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada sang suami. “Syarat pertama abang mesti lebihkan isteri abang yang ini, kat sana pandai-pandailah layan. I bukan macam isteri muda lain, I tidak mahu abang bergaduh bercerai di sana, anak-anak abang anak I juga, up to you sama ada nak bagi tahu atau tidak. Syarat satu lagi, I tidak mahu dia serang I, kalau I diserang, tengoklah apa yang I akan buat padanya.”

Si Rahim sedar isteri tuanya banyak sekali berkorban untuknya. Dan dia tidak mahu isterinya tahu yang dia sudah berkahwin dengan Aai. “Apa pun ceritanya perkahwinan ini mesti dirahsiakan.

Instinct isteri, dia dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena malah bersemuka dengan suaminya… “Abang ada affair dengan perempuan itu ya?”

“Tolong ya, jangan tuduh sembarangan, memang abang ada jumpa dia selalu tapi strictly business, faham tak. Tak percaya awak boleh hubungi dia, boleh tanya, jangan hendak cemburu tidak bertempat, I am warning you now, pandai hendak menuduh. Tahu tak dia banyak dah dia tolong kita untuk bisnes yang abang venture baru-baru ini. Dia businesswoman yang berjaya, salah ke abang berbaik dengan dia? Dia banyak beri lorong untuk dapatkan kita klien baru dan kontrak kerajaan. Jangan hendak membebel membabi buta?” sergah si suami.

Begitulah, si Aai, walaupun katanya dia tidak kisah sang suami dengan isteri tuanya, tetapi perasaan cemburu dan egonya yang rasa dia kaya, dia boleh dapat apa sahaja, sering mengganggu apabila suami di sana. Dia tidak kisah jam berapa, tengah malam pun bila suami di sana, dia akan ganggu. Dia akan pastikan sang suami menjawab telefon. “Kan you tahu I di sini, buat apa you nak ganggu?”

“Kalau abang rasa di sana lebih penting, okay, jangan jumpa I lagi.” Begitulah cara Aai asyik mengugut lakinya. Dalam waktu sama dia akan cuba mencari jalan untuk berbaik-baik dengan madunya, pretending dia dan suami adakan rakan kongsi dan tiada apa-apa hubungan. “You jangan susah hatilah, I jenis yang tak kacau suami orang, I pun ada suami,” katanya pada isteri Rahim yang juga madunya. Membuat isteri tuanya serba salah, hatinya cuak tetapi waktu sama, bila Aai..macam berbaik dengannya, dia rasa bersalah.  

Kata Sarah menamatkan ceritanya, “I dengar-dengar si Aai itu ada problem dengan Rahim. Sebab bini tuanya sudah tahu muslihat keduanya, bersandiwara di depannya. I dengar-dengar si Aai naik hantu dan minta boleh pilihan, Lagipun kata Aai dia sudah bosan hidup berpura-pura. Setelah tiga tahun kahwin, katanya sampai bila hendak merahsiakan perkahwinan mereka. Sementara Rahim pula tidak berani menceraikan isteri tuanya, dia tahu dia akan menyesal kalau dia berbuat demikian. Tetapi dengan Aai, dia dimewahkan dengan gaya hidup yang menyeronokan, selalu travel sana sini, dan disogokkan dengan pakaian berjenama, jam tangan mewah, dan dia belum mampu untuk melepaskan semua itu. Rahim seronok dengan kehidupan mewahnya walaupun sang bini kaya mengawal hidupnya…”

Rahim dalam dilema, kalau boleh dia mahu kedua-duanya, dan kini si bini muda memberi kata dua, dan kalau dia melepaskan si bini muda, bermakna banyak lifestyle harus diubah semula, dan kereta Mercedes nya itu akan melayang. Dia juga tidak akan selalu melancong ke London dan Paris. Dan sanggupkah dia melepaskan semua kemewahan itu? Atau option kedua menceraikan isteri tuanya ini. Bagi Aai, dia tidak kisah, kerana dia ada duit, dan untuk mencari potential candidate untuknya mudah saja. Cash Is King!

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dinodai Teman Karib Sendiri

admin

Mengaku Bujang dan Graduan Universiti, Rupanya Penganggur

admin

Biar Tak Kaya Asal Suami Orang Beragama

admin

Leave a Comment