CANTIK

Azam Tahun Baru, Nak Cantik Dengan Aprilskin

Tahun baru azam baru, mahu lebih berjaya dan mengembara melihat dunia. Cukupkah azam itu? Tidak, kerana anda terlepas satu lagi iaitu mengimpikan kulit yang cantik, kerana ini juga sepatutnya menjadi sebahagian impian tahun baru.

Azam cantik ini lebih mudah dicapai berbanding yang lain, kerana adanya Aprilskin yang sempena tahun baru ini mengeluarkan rangkaian produk toner, pelembap dan serum untuk mencapai kulit yang sihat lagi berseri-seri.

Aprilskin memperkenalkan penyelesaian kulit berasaskan herba dan air, iaitu rangkaian Pink Natural daripada siri Back to True Natural (BTTN) yang menyasarkan kulit kering dan berminyak.

Dihasilkan daripada pelbagai bahan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan, seperti air Oregano semula jadi dan ekstrak winter green leaf, rangkaian Aprilskin Back to True Nature Pink Natural dihasilkan bagi melegakan kulit dan mengetatkan pori-pori. Khasiat herba yang digunakan dalam rangkaian ini berasal dari Fontainebleau, Perancis yang dihantar dalam botol-botol yang dibekukan segera pada suhu -62ºC untuk mengekalkan khasiat tersebut supaya dapat mencapai kemurajaban lebih tinggi.

Rangkaian Pink Natural daripada Back to True Natural merangkumi Pink Natural Toner, Pink Natural Ampoule dan Pink Natural Cream boleh didapati di kedai-kedai Guardian terpilih.

Related posts

Glossy Posse Is The Perfect Gift

admin

Kempen #EcoBeautySquadMY mahkotakan graduan baharu Cassandra Yap Jie Ying selepas peringkat akhir dalam talian

admin

Jadi Secantik Amyra Rosli Dengan Serum Safi Youth Gold

admin

Leave a Comment