GAYA HIDUPSANA-SINI

ATOME KITTENS LANCAR ‘GET IT WEEK’, ACARA

MEMBELI-BELAH SAMBIL  BERHIBUR (SHOPPERTAINMENT) MULAI 11 JUN HINGGA 20

ANGGOTA ATOME KITTENS SASSY

Hai korang! Nama aku Sassy, anggota kumpulan muzik kucing pertama kat dunia  ni, Atome Kittens! Ya, korang memang tak salah dengar – kitorang band kucing  yang memang boleh menyanyi dan main alat muzik! 

Kitorang diuruskan oleh Atome, syarikat rakaman yang jugak sediakan  perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL). Kitorang ni bintang utama  untuk acara ‘Get It Week’! Sempena pelancaran ‘Get It Week’ ni, kitorang akan  memperkenalkan single pertama bertajuk ‘Let’s get it, get it’, yang kini tengah  top kat carta media sosial! (tengok vídeo muzik kami kat bawah!)

APA ITU ‘GET IT WEEK’ OLEH ATOME?

Mulai 11 hingga 20 Jun, ‘Get It Week’ oleh Atome akan ketengahkan macam macam promosi hebat daripada jenama kegemaran ramai, seperti ZALORA, ALDO  dan SASA (senarai penuh di lampiran). Korang just pergi ke aplikasi mudah alih  Atome dan lihat tawaran menarik yang ada! Meeeoww!

‘Get It Week’ oleh Atome ni bukan je pasal promosi hebat taw. Aku dan anggota  kumpulan lain, Zesty dan Savvy akan mengetuai cabaran istimewa #AtomeKittens,  dan lancarkan permainan #GetItToWin di Instagram, dengan macam-macam  hadiah menarik untuk dimenangi! Kitorang juga akan buat talk show di media  sosial dengan macam-macam promosi menarik setiap hari. Ini termasuklah untuk  sticker,  lter dan barangan koleksi kitorang.

Jom tengok kitorang, dan rasai sendiri macam mana personaliti berbeza kitorang  mampu melambangkan nilai jenama Atome iaitu: ‘Aspirations, Access, Advice’ atau  Aspirasi, Akses, Nasihat.

Contohnya, Zesty tu selalu bersungguh dalam semua benda (Aspirasi). Savvy  pulak suka kongsi tips pasal shopping (Nasihat). Saya pulak trendsetter dengan  macam-macam akses untuk fesyen, kecantikan dan gaya hidup terbaik (Akses)!

INILAH MASA UNTUK ‘GET IT, GET IT’!

Jangan lupa taw tengok kitorang secara online (Hashtag #AtomeKittens), duduk  rumah, jaga keselamatan dan sertai keseronokan membeli belah!

TALK SHOW ATOME  DENGAN SELEBRITI

12 Jun 2021, 

8 malam (MYT)

Instagram –

@atome.my

CABARAN HASHTAG  #ATOMEKITTENS  DI TIKTOK

4 hingga 

10 Jun 2021

CABARAN #ATOMEKITTENS ‘GET IT TO  WIN’ DI INSTAGRAM

28 Mei hingga 

27 Jun 2021

Okey, cukup dah! Jangan lupa tengok single terbaru Atome Kitten kat bawah ni –  ‘Let’s get it, get it’!

Yang benar,

Sassy

DARIPADA SYARIKAT RAKAMAN KAMI

David Chen

Ketua Pegawai Eksekutif  Atome

Kami sangat teruja untuk melancarkan disi pertama  ‘Get It Week’ Atome. Kami berharap pembeli di  kalangan Gen Z dan milenial akan menyukai  #AtomeKittens dan personaliti berbeza yang dimiliki  mereka. Selain promosi hebat untuk pelbagai jenama  yang ada, kami berharap mereka “get” atau dapat  memahami kempen kami dan mempelajari lebih  banyak tentang Atome sama ada secara online,  di media sosial atau di aplikasi mudah alih kami, melalui acara membeli-belah sambil berhibur yang  menyeronokkan dan kreatif ini.

Related posts

Mencari Jodoh Melalui Aplikasi HAWAYA

admin

Selepas 80 Tahun Bedak Agnesia Kembali Perkenal Haruman Baru

admin

LEMPOYANG DAN KHASIATNYA

adminwm

Leave a Comment