DONEDONE, SEEN & HEARDGAYA HIDUPSEEN & HEARD

APAKAH MASA DEPAN KAMI? Apabila Sistem Pendidikan Tercabar, Patriotisme Terkubur dan Lumpuhlah Tamadun

LONDON: Sebuah badan amal di Britain memberi amaran 9.7 juta kanak-kanak yang terjejas dengan penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19 berisiko tidak akan kembali ke sekolah.

‘Save the Children’, dalam satu laporan khas memetik data Unesco pada April lalu menunjukkan 1.6 bilion pelajar tidak dibenarkan ke sekolah juga universiti sebagai langkah membendung penularan virus. Ini bererti kira-kira 90% daripada keseluruhan populasi pelajar di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR: COVID-19 secara tidak langsung telah mengubah landskap sistem pendidikan negara. Selepas cuti penggal persekolahan bermula 14 Mac lalu selama seminggu, kemudian bersambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, ia membuatkan guru mula mengambil inisiatif bagi memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Masing-masing mula mengaplikasikan ilmu digital yang ada supaya kelas boleh dibuat secara maya. Beberapa guru yang ada dalam grup Telegram Guru GPS Bestari berkongsi aplikasi yang mereka gunakan supaya boleh disiarkan di portal www.gpsbestari.com agar guru lain turut melakukan perkara sama.

Langkah awal sebenarnya telah dibuat sebelum arahan dalaman dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM). Ada tiga aplikasi yang popular digunakan untuk membuat kelas maya iaitu Google Meet, Zoom dan Team. *Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/75801/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Covid-19-bakal-ubah-landskap-pendidikan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

PUTRAJAYA: Jumlah graduan di Malaysia meningkat 6.9 peratus kepada 5.3 juta orang pada 2019, berbanding 4.9 juta orang pada 2018, dengan Selangor mencatatkan graduan tertinggi seramai 1.65 juta orang.

Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagaimanapun mendapati, kadar penyertaan tenaga kerja siswazah tahun lalu susut 0.1 mata peratus kepada 83.5 peratus, berbanding 83.6 peratus pada 2018. Selangor dan Sabah masing-masing mencatatkan kadar penyertaan tenaga kerja siswazah tertinggi iaitu 86.5 peratus, diikuti Putrajaya (85.9 peratus) dan Sarawak (85.3 peratus)

Putrajaya mencatatkan peningkatan tertinggi purata pertumbuhan tahunan bagi pendapatan penengah iaitu 6.3 peratus dalam tempoh 2016 hingga 2019, melebihi kadar pertumbuhan penengah nasional (3.9 peratus).*Artikel Penuh: BHOnline

Dalam kancah krisis dunia yang tidak disangka-sangka ini, sememangnya sukar untuk mentelah apa yang bakal berlaku di hadapan, bukan hanya untuk seminggu dua atau beberapa bulan malah tahun-tahun yang bakal mendatang bagaikan ada kabus tebal yang melindungi kanta mata. Yang pasti ia akan mengubah cara hidup kita, malah ada yang membuat ramalan bahawa pandemik ini bakal mengubah fitrah kita sebagai satu spesis. Itu besar kemungkinannnya tetapi dalam bentuk apa? Yang pasti juga kita akan terus dihantui detik dan peristiwa yang bakal menjadi sejarah terhebat manusia sejagat ini. 

Apa yang bermain di kepala dengan kenyataan di atas? Kita sedar mengapa pendidikan menjadi isu penting dan hangat. Kerana apa juga bentuk pendidikan dan pembangunan akhlak dan sahsiah yang ingin disalurkan kepada masyarakat bermula daripada generasi muda dan sejak peringkat pra-sekolah dan sistem pendidikanlah yang menjadi pengantara paling berkesan menyalur maklumat untuk merealitikan agenda, matlamat dan seterusnya menjamin kemakmuran sesebuah negara.

Kebergantung sesebuah negara kepada kekuatan sistem pendidikan amatlah getir dalam usaha dunia menghasilkan pelajar untuk masa depan demi memenuhi tuntutan menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), di mana kajian meramalkan 60 peratus jenis pekerjaan tidak akan ada lagi dan akan muncul pelbagai bidang baru maka pelajar perlu dilatih dari awal. 

Belum sempat kita menyempurnakan tuntutan tersebut kini kita dicabar pula dengan Covid 19. Dalam situasi ini hanya satu yang pasti, sistem pendidikan baik di seluruh dunia perlu segera diubah seiring perubahan teknologi supaya pelajar mampu dilengkapkan dengan ilmu baharu yang lebih memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan. 

Kemunculan virus Covid-19 sesungguhnya memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap pembangunan ekonomi malah sosial dan kesihatan manusia sejagat seluruh dunia turut terkesan hasil penularan wabak ini. Pembangunan ekonomi di era globalisasi yang begitu bergantung kepada kemampuan intelek untuk mencetus idea dan inovasi dalam bidang teknikal dan saintifik yang meletakkan sains, teknologi dan kejuruteraan atau singkatnya STEM, menjadi lebih penting dan ke hadapan berbanding bidang-bidang lain seperti perubatan, seni reka, sains sosial dan kemanusiaan. 

Terbukti sudah, inovasi dalam industri yang disalurkan melalui pendidikan menjadi sangat penting bagi setiap negara di seluruh dunia kerana peluang pekerjaan telah meningkat untuk bakat dan kemahiran baharu selaras dengan perkembangan revolusi industri keempat. Kita juga yakin selepas ini, suasana tentu banyak berubah. Masyarakat dunia perlu menerima hakikat bahawa sebuah norma baharu perlu kita tangani dengan persediaan yang rapid dan alam pendidikan bermula di peringkat pra sekolah ke pengajian tinggi adalah antara sektor yang menerima kesan signifikan daripada pandemik COVID-19.  

Kesannya, sekurang-kurangnya 40 juta kanak-kanak di seluruh dunia, di mana kira-kira 22 juta berada di Asia Selatan, kehilangan pendidikan prasekolah kerana jenis baru pandemik ini.

Dalam laporan penyelidikan yang disiapkan oleh Pejabat Penyelidikan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Innocenti, kesan sekatan yang diperkenalkan di banyak negara untuk mencegah penyebaran jenis baru coronavirus (Covid-19) terhadap penjagaan anak dan pendidikan awal kanak-kanak diperiksa secara global.

Paling membimbangkan, laporan tersebut juga menyatakan bahawa di 54 negara berpendapatan rendah dan sederhana, kira-kira 40 peratus kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun tidak mendapat sokongan sosial-emosi dan kognitif dari mana-mana orang dewasa di rumah.

Ia juga menyatakan bahawa tidak adanya pilihan penjagaan anak dan pendidikan awal, terutama ibu yang bekerja di sektor informal, tidak mempunyai pilihan selain membawa kanak-kanak mereka bekerja dengan mereka. Fakta bahawa 9 dari 10 wanita di Afrika dan 7 dari 10 wanita di Asia dan Pasifik bekerja di sektor tidak rasmi. Kenyataan ini amat membimbangkan.

Kemajuan dan kejayaan sistem sesebuah negara amat bergantung kepada kecekapan dan kelestarian sistem pendidikannya. Dengan kenyataan di atas tentu ramai ingin tahu apakah yang tinggal atau kita tinggalkan untuk generasi Y dan khususnya generasi Z atau alpha untuk meneruskan kehidupan mereka?

Perlunya pembangunan pelan pendidikan dirombak

Ini cabaran Paling Getir! Sekiranya Malaysia, mahupun dunia ingin menjayakan abad ke-21 dengan sempurna dan mencakup segenap segi kehidupannya, maka pendidikan harus bertumpu kepada kekuatan dan penguasaan minda di mana pelajar perlu dididik, dilatih agar mempunyai ruang untuk berfikir secara kritikal, berinovasi dan memerlukan masa untuk berfikir dengan mendalam berhubung subjek STEM. Ini bererti penelitian terhadap kurikulum yang ada kini amat penting dan harus seiring kepesatan perubahan.

Dalam merangka pelan pembangunan pendidikan dan usaha menyediakan pendidikan berkualiti, para guru, ahli akademik dan para perangka mestilah benar-benar faham tentang cabaran pendidikan yang dihadapi era pendidikan masa hadapan dan sentiasa bergerak beberapa langkah ke hadapan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12899″]
[thb_gap height=”40″]

Hakikatnya krisis kejatuhan ekonomi yang melanda dunia hari ini berupaya memaksa 90 hingga 117 juta kanak-kanak menjadi miskin disebabkan kesan pandemik yang berlaku secara tidak langsung mengaitkan keupayaan kanak-kanak untuk bersekolah. Keadaan di mana ramai orang muda perlu bekerja dan kaum perempuan dipaksa berkahwin pada usia muda untuk membantu menyara keluarga mereka, dunia bakal menyaksikan 7 hingga 9.7 juta kanak-kanak tercicir sekolah.

Hakikatnya buat pertama kali dalam sejarah manusia, di seluruh dunia semua generasi dari peringkat kanak-kanak khususnya akan terkesan dengan pendidikan mereka hingga ada usul menyelamatkan sistem pendidikan atau “Save our Education”.

Lebih membimbangkan badan amal tersebut juga menekankan krisis kewangan yang dialami kini boleh menyebabkan kekurangan bajet pendidikan sebanyak AS$77 bilion di negara berpendapatan rendah dan sederhana menjelang akhir 2021.

Sedang dunia beberapa tahun kebelakangan dibimbangi dengan kehadiran Industri Keempat, Revolusi Industri 4.0 yang mana kemahiran baharu yang diperlukan untuk menyahut seruan era ini, yang lebih menjurus kepada trend automasi dan pertukaran data semasa, dalam teknologi pembuatan serta perkhidmatan mahupun yang berkaitan dengannya yang merangkumi sistem fizikal siber, hal-hal berkaitan internet, pengkomputeran, kini kita dicabar lagi hal yang lebih besar. 

Lihat masa depan dengan positif

Persoalannya apakah rancangan pakar atau pendidik teknologi pasca pandemik? Apakah yang tinggal untuk generasi akan datang? Kita sedar setiap industri yang mempunyai pengaruh besar dalam penjanaan ekonomi sesebuah negara dan ramai bijak pandai teknologi berpendapat, mungkin secara kebetulan atau telah ditentukan oleh hukum alam, kekalutan yang timbul daripada kemunculan Covid-19 telah memberi ruang, peluang serta persediaan untuk melengkapi diri dengan industri 4.0 supaya diterima dengan baik oleh masyarakat dunia. 

Belum pernah ada waktu yang sebaik ini untuk industri 4.0 berkembang pada tahap yang memberangsangkan. Generasi baru akan terdedah dan terpaksa membiasa diri dengan perkembangan ini dalam pembelajaran sekolah mereka. Ia adalah amat penting untuk menjamin masa depan mereka. Bayangkan dalam tempuh satu setengah tahun hingga dua tahun akan datang, kemajuan dalam teknologi digital akan berkembang dengan pantas secara eksponensial setara dengan kemajuan yang telah dicapai sejak awal zaman komputer. 

Segalanya amat bergantung pada perisian pintar yang memecah halangan untuk menyembunyikan maklumat apabila data boleh berada di mana sahaja kerana semuanya telah diproses secara digital dan dengan begitu pantas dalam talian. Ini merangkumi segala yang kita suka, siapa yang kita ikuti, makanan kegemaran kita, dengan siapa kita berkomunikasi serta bagaimana kita membuat pilihan dan membeli.

Demi masa depan masyarakat dunia, Malaysia khususnya, generasi Z dan Gen Alpha, ini adalah masa yang harus dimanfaatkan oleh bukan saja para graduan di pendidikan tinggi malah sistem pembelajaran di peringkat pra sekolah, peringkat rendan dan menengah.

Walaupun Malaysia boleh dikatakan berada dalam kedudukan baik kerana telah ada kesedaran para intelek dan pendidik terhadap pendidikan teknikal dan vokasional yang sekian lama diperkenalkan dalam sistem pendidikannya sejak tahun 70-an lagi dan telah menghasilkan program pendidikan teknikal berimpak tinggi.

Persoalannya apakah kali ini, negara juga bersedia dan berupaya untuk memupuk kesedaran dan wawasan bukan sahaja daripada para pemimpin negara untuk mengkaji dan mencari jalan keluar bagi menjamin masa depan generasi muda malah ke seluruh peringkat masyarakat dalam pendidikan mereka pasca pandamik? Mampukah Malaysia, kali ini menggerakkan institusi pengajian tinggi dalam negara untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara dengan membawa sinergi menghasilkan graduan hebat dan setaraf di peringkat global? 

Apakah kerajaan telah merangka agenda yang mantap untuk menghasilkan modal insan yang holistik, berpendapatan tinggi dan yang bukan sahaja menjadi masyarakat abad ke-21 berkemajuan teknologi revolusi industri 4.0 tetapi dapat hidup dalam cabaran-cabaran dunia yang bakal mendatang?

Apakah Malaysia bersedia menghasil modal insan yang bakal membantu penjanaan ekonomi negara selaras dengan pembangunan lestari yang diimpikan rakyat dan negara kepada suatu anjakan nilai yang baharu serta berfungsi sebagai ‘frontliner’ yang berwibawa?

Bina semangat patriotisme

Antara yang dibangkitkan, masyarakat perlu ada kesedaran dan bersifat patriotik untuk meneruskan kehidupan dan berasa yakin dengan apa yang dirancangkan oleh kerajaan. Rasa cintakan tanah air dan patriotisme yang dipupuk dari peringkat awal alam persekolahan dan diamalkan berdekad lalu melalui pendidikan dikhuatiri akan mengalami masalah. Walaupun sistem pendidikan sedia ada, memperkenalkan sekolah wawasan yang menggabungkan tiga sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan SRJK Tamil dalam satu kawasan adalah usaha yang baik untuk memupuk toleransi di kalangan kaum berbilang bangsa dan agama di negara ini, namun persoalannya ialah apakah usaha itu sudah cukup? Apakah ia masih relevan?

Ramai setuju bahawa selain di sekolah masyarakat khususnya ibu bapalah yang patut sama-sama berusaha memupuk nilai dan mendidik nilai tersebut ke dalam diri anak-anak mereka di rumah. Jika tidak inisiatif ini akan hanya menjadi satu peribadi yang superfisial sifatnya dan lama kelamaan akan hilang jua.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12901″]
[thb_gap height=”40″]

Selain isu pendidikan, kesedaran generasi kini terhadap kepentingan sejarah boleh disifatkan sekadar bermusim kerana kebiasaannya ramai akan mula mengambil kisah mengenainya hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Berlalunya sambutan, minat masyarakat kembali hambar, malah kadang kala tidak peduli atau tidak berminat langsung tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka setiap hari dan kaitannya dengan sejarah.

Antara kaedah yang dicadangkan dan mungkin dapat menyokong usaha ini ialah murid diberi kebebasan memberi cadangan kerana telah ada fakta yang menunjukkan generasi muda tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah dari peringkat rendah lagi. Cara mengajar murid untuk menghafal bahan sejarah juga sudah tidak boleh diterima pakai malah mereka harus diberikan kebebasan untuk menjawab soalan berdasarkan pemerhatian dan pandangan mereka juga.

Berkongsi pandangannya terhadap usaha menarik generasi muda untuk terus meminati mata pelajaran sejarah, pakar sejarah mendiang Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pernah beberapa tahun dulu menyarankan agar mata pelajaran Sejarah dan Geografi perlu diberikan keutamaan semula di sekolah untuk membolehkan generasi muda lebih bersifat patriotik dan mengenali negaranya serta budayanya  sendiri. 

Persoalannya, bagaimana memungkinkan masyarakat hari ini untuk menjadi cerdik sejarah dan menjiwainya? Apakah usaha untuk memberi kefahaman secara terperinci supaya pengetahuan tersebut terkesan? Sebagai contoh menurut beliau, mengenai sistem beraja di negara Malaysia yang suatu masa dahulu dikaitkan dengan ‘daulat’. Bagaimana seorang rakyat mampu memahaminya jika tidak mempunyai pengetahuan meluas tentang asas adat istiadat resam dan tradisi penting berkenaannya?

Timbulnya usul untuk meningkatkan rasa patriotik ini adalah kerana memandang semakin tipisnya patriotisme dalam kalangan generasi muda dan kurangnya kesetiaan kepada Raja dan negara. Pada masa dahulu, orang Melayu misalnya amat takut ditimpa daulat, tetapi sekarang tidak lagi kerana generasi muda tidak langsung memahami maksud ditimpa daulat itu sendiri.

Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu. Ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi, agar jiwa mereka sebati dengan perasaan tersebut.  Selain mengenali dengan mendalam tentang sejarah, bijak pandai juga menyarankan agar lebih banyak usaha dijalankan untuk menyatukan dan meningkatkan sifat patriotik rakyat menerusi sukan. Sukan bola sepak dan badminton yang menjadi sukan paling popular di Malaysia misalnya terbukti mampu menyatukan rakyatnya secara tidak langsung.

Pupuk rasa cintakan tanah air

Ibu bapa adalah pendidik utama yang memberi kesedaran dan memupuk rasa cintakan tanah air. Cerita dan peristiwa pahit jerih nenek moyang kita perlu diturunkan kepada mereka. Pendedahan mengenai pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah misalnya adalah satu contoh yang baik. Dengan itu, keluarga dan golongan pendidik serta semua pihak berkepentingan, pihak kerajaan dan ahli politik juga harus berusaha keras memastikan kelangsungan toleransi antara kaum dan agama yang sedia ada dapat dikekalkan atau ditambah beratkan.

Dalam keadaan yang rapuh di mana pada saat toleransi antara kaum kini sangat tegang maka sebarang isu yang boleh menimbulkan kebencian antara kaum perlu dielak sama sekali. Masyarakat perlu disedarkan bahawa ada pihak yang sentiasa cuba menyemai semangat perkauman dan kebencian di antara kita. Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama jika kita mahu terus hidup dalam keadaan yang harmoni, saksama dan makmur.

Adalah amat penting pada ketika ini untuk kita bersama-sama berusaha keras menyemai semangat patriotisme, hormat menghormati antara kaum dan agama serta bertolak ansur di samping mewujudkan masyarakat yang cinta negara dan saling bekerjasama mengekalkan kedaulatan negara.   

Bagi menaikkan semangat patriotik dan rasa cintakan negara, keberanian dan pengorbanan setiap anggota keselamatan dan pertahanan mesti dihargai. Mereka yang menjalankan tugas tanpa mengira masa dan tenaga, menjadi teras utama dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin. Masyarakat tidak boleh mengambil mudah akan kenikmatan hidup yang dikecapi ketika ini adalah hasil kerja mereka yang sentiasa memertahankan kedaulatan negara. 

Sering kita terlupa bahawa keamanan yang wujud adalah hasil jerih dan kepayahan pahlawan yang sanggup berkorban nyawa demi agama, bangsa dan negara. Banyak operasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia yang berjuang menjadi perisai melindungi kedaulatan negara perlu diingati dan dibanggakan. Misalnya peristiwa Ops Daulat di Sabah yang mengorbankan 10 wira negara adalah contoh terbaru pengorbanan PDRM dalam menjaga kedaulatan negara yang diceroboh pengganas asing yang perlu disematkan di kepala dan jiwa anak-anak.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12903″]
[thb_gap height=”40″]
Pelbagai pengisian dirancang

Sesuatu tamadun ditentukan oleh generasinya. Setiap generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu itu mempunyai pengalaman hidup dan peranannya yang tersendiri dalam pembangunan tamadunnya. Ia juga menggambarkan siapa dirinya, kewibawaannya dan bagaimana dia melihat dunia dari kaca matanya sendiri. Setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri seperti menurut kajian Lynn Lancaster dan David Stillman dalam When Generation Collide. Setiap generasi mempunyai nilai, kepercayaan, kegemaran, budaya, perspektif, kemahiran, kepakaran dan tret personaliti yang berbeza terhadap kehidupan dan pekerjaan. 

Dalam kehidupan harian seperti dunia kerjaya, sosio budaya, peradaban, peluang, harapan dan cabaran juga mengikut seperti yang timbul pada zamannya. Sebagai contoh isu dan cabaran seperti Bumi Hijau, Mesra Alam, keamanan, pelajaran, peluang dalam berkarya, kerjaya, kepercayaan, menyara diri dan alam berkeluarga serta isu-isu keselamatan mengikut acuan yang terbentuk olehpersekitaran zamannya, baik ia timbul hasil tindakan masyarakat atau manusia dizamannya atau peninggalan generasi sebelumnya atau ia kesan daripada peristiwa semulajadi alam seperti pandemick atau perubahan dan bencana alam.

Tindakan

* berusaha memperkukuhkan sistem pendidikan supaya ia menjadi perantara penyaluran sifat mulia. Perlu pupuk sikap dan mentaliti, bahawa untuk kehidupan yang harmoni masyarakat perlu saling membantu dan bertanggunjawab dan semua itu bermula daripada diri kita sendiri. Pendidikan boleh menjadi perantara yang berkesan mendidik masyarakat secara menyeluruh. In education as in health, we are safe when everybody is safe; we flourish when everybody flourishes.

* Definasi tentang pendidikan yang ideal perlu dijelaskan dengan baik agar setiap ahli masyarakat faham dan bertindak sebagai satu sistem talian yang menjurus kepada ilmu dan informasi. Ini menuntut diskusi di peringkat global yang mana merangkumi antara lainnya, pendidik daripada semua peringkat usia tentang pendidikan yang berkesan dan relevan.

* Menghargai kerjaya pendidik dan kolaborasi guru-guru. Setakat ini telah wujud satu respons yang menakjubkan di kalangan pendidik kesan krisis Covid – 19 yang mana sistem pendidikan beralih kepada kerjasama di antara keluarga dan komuniti memberikan kerjasama yang tinggi. Apa jua, kita mesti menggalakkan suasana yang memberi kuasa kepada para pendidik aotonomi dan fleksibiliti untuk berkolaborasi.

* Menggalakkan pembabitan dan memahami hak-hak pelajar, remaja dan kanak-kanak yang  mana keadilan intergenarationa dan prinsip demokrasi sepatutnya mengutamakan pembabitan para pelajar dan belia dalam pembinaan bersama terhadap menangani perubahan sekitar. 

* Melindungi ruang awam yang dikendalikan sekolah sambil kita membuat transformasi pendidikan. Sekolah sebagai ruang fisikal tidak boleh diketepikan fungsinya. Bilik darjah tradisional mungkin harus memberi ruang kepada bentuk baru namun, sekolah sebagai satu perkara asing dalam space-time of collective living harus dikekalkan.

* Memastikan sumber teknologi mudah diakses dan terbuka kepada guru dan pelajar. Membuka dan memberi sokongan ke atas akses kepada sumber pendidikan dan alat digital. Apa yang ditekankan ialah pendidikan tidak boleh berkembang dengan konten sedia siap yang dibentuk di luar ruang pedagogical juga di luar hubungan kemanusiaan guru dan pelajar. Pendidikan juga tidak boleh bergantung kepada platform digital yang dikuasai oleh syarikat persendirian.

* Pastikan wujudnya celik sains dalam kurikulum. Kini adalah waktu paling tepat untuk menganalisis secara terperinci kurikulum, lebih lagi di mana kita sedang bergelut dengan penolakan terhadap ilmu sains dan membanteras penyebaran maklumat yang salah.

* Melindungi pembiayaan pendidikan awam di dalam dan ke luar negara. Pandemik mempunyai kuasa melemahkan kemajuan yang telah dibuat berdekad lalu.  Apa yang disarankan, kerajaan tempatan, organisasi antaarabangsa berkaitan dan semua rakan pendidikan dan pembangunan mesti sedar akan kepentingan kesihatan awam dan perkhidmatan sosial dan pada masa yang sama bergerak dalam usaha melindungi pendidikan awam dan pembiayaannya.

* Kemajuan solidariti global untuk menghapuskan apa jua tahap ketidaksaksamaan yang ada sekarang. Covid-19 telah menyedarkan kita bagaimana masyarakat telah mengeksploitasikan ketidakseimbangan kuasa dan bagaimana sistem global mengeksploit keadilan. Ini menuntut pihak berkuasa dan yang terlibat untuk memperbaharui komitmen dan kerjasama antarabangsa serta multilateralisme yang boleh memulihkan kembali solidarity global yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan dan hormat kepada common humanity sebagai tunggak. 

Apakah yang kita pelajari daripada semua ini?

Jika Jepun belajar daripada malapetaka pengeboman Hiroshima 1945 dan Tsunami 2011, New York terkesan dengan peristiwa Twin Tower pada 11 haribulan September 2005, New Orleans dengan puting beliung Katrina dan banyak negara mempunyai tragedi tersendiri untuk diingati dan bangkit semula, selain Perang Dunia Kedua dan penaklukan Jepun, rasanya inilah peristiwa dunia menjadi teras yang akan meledakkan semangat rakyat Malaysia untuk bangkit dan terus berjuang di segenap segi kehidupan.  

Ini satu gesaan untuk kita bersatu dan berusaha keluar daripada apa jua kemelut yang sedia ada mahupun yang bakal mendatang. Dalam konteks ini, semua peringkat masyarakat baik para pelajar, ibu bapa, guru perlu mengadaptasi diri dengan kaedah pendidikan baru. 

Sedang ibu bapa dan keluarga dalam keadaan tertekan memikir masa depan pendidikan anak-anak dan generasi muda, dan yang mana sesetengahnya pula baru terdedah dengan kaedah dan peralatan pembelajaran berteknologi tinggi yang sebelum ini tidak pernah mereka ketahui kini mereka perlu mendekati dan memahaminya. Di sinilah letaknya cabaran, selain mendidik pelajar, ibu bapa juga perlu diberi pendedahan dan pemahaman yang tepat. Selain itu akses kepada peralatan seperti komputer misalnya juga adalah satu cabaran besar yang bakal di tempuhi kerana ramai keluarga miskin tidak mempunyai peralatan. 

Apa jua kebiasaan atau norma baru yang kita adaptasikan, ia pasti saja berlanjutan dan akan menghasilkan perubahan lain secara tidak langsung. Dengan pembelajaran On-line misalnya, ia akan pasti merubah keadaan lanskap kejiranan yang akhirnya menyentuh kehidupan secara lebih meluas, yakni cara kita berfikir, bertindak dan bertindak balas. Mungkinkah suatu ketika anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah lagi? Cukup sekadar belajar di depan komputer.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Aktiviti Orang Popular Sehari Dua Sebelum Raya

admin

Vivo reveals latest V21 series

admin

Neelofa Berniqab

admin

Leave a Comment