Advertorial

Apa Itu Airbnb?

Nama Airbnb berasal daripada perkataan “Air bed and breakfast”. Ini konsep asal, bagaimana Airbnb bermula. Kemudian nama tersebut ditukar kepada satu nama yang lebih catchy dan lebih mudah disebut serta diingati.

Laman web Airbnb adalah portal yang menghubungkan antara individu yang mencari tempat penginapan dengan individu yang mempunyai tempat penginapan atau ruang tambahan untuk disewakan. Sebagai individu yang memerlukan tempat untuk menginap, kita boleh menggunakan laman web Airbnb untuk menempah tempat penginapan seperti rumah jenis apartment, bilik hotel, hostel malah penginapan yang unik seperti villa, istana, antaranya.

Bagi pemilik kediaman, mereka boleh mendapatkan penyewa dengan lebih mudah apabila mereka menyenaraikan hartanah atau kediaman milik mereka di laman web Airbnb.

Memandangkan laman web Airbnb ini adalah laman web antarabangsa, anda boleh menempah tempat penginapan di mana-mana lokasi di serata dunia yang menyertai program ini. Tempat penginapan yang terdapat di laman web dan aplikasi Airbnb ini tidak terhad untuk tempat penginapan di satu-satu kawasan semata.

Sekiranya anda mempunyai tempat kediaman yang ingin disewakan, dan anda iklankan kediaman anda melalui laman web Airbnb, ada kemungkinan anda juga bakal menerima tetamu dari luar negara. Ini bermakna, bakal pelanggan anda tidak terhad kepada penduduk setempat atau sesuatu negara sahaja.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk menyenaraikan atau meletakkan iklan di laman web Airbnb. Anda boleh mula dengan mendaftarkan akaun di laman web mereka secara percuma melalui pautan ini.

Idea tentang penubuhan Airbnb bermula sejak  2007 bilamana pengasas bersama Airbnb iaitu Brian Chesky  dan Joe [Gebbia – co-founder] yang baru berpindah San Francisco berkongsi tempat tinggal bagi menjimat belanja bagi membayar sewa yang tinggi. 

We were both designers and we knew the International Design Conference was coming to San Francisco in October, yet all the hotels were sold out. We thought we could make some money if we rented out our place and turned it into a bed and breakfast. We got three airbeds and created a Web site called “Air Bed and Breakfast.” People signed up to rent the airbeds and we cooked them breakfast every morning and acted like tour guides. We didn’t mean to start a business. It just sort of happened. There was no flash of genius.

In the beginning, we didn’t realize that this would be the big idea. It was the thing that would pay the rent until we thought of the big idea. Gradually it became obvious that this was the big idea. Eventually we expanded beyond our apartment and our three airbeds and shortened the company name to Airbnb.” 

Konsep asal Airbnb, tetamu akan menempah tilam angin (tempat tidur) beserta dengan sarapan pagi. Namun, pada hari ini konsep sedemikian sudah tidak lagi digunakan secara meluas, dan kita boleh lihat dari laman web Airbnb itu sendiri, kita boleh tempah satu rumah (entire home) ataupun sekadar menempah bilik hotel.

Dari segi kos, untuk membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb jauh lebih murah berbandingkan dengan lain-lain laman web yang terdapat di internet. Harga dipengaruhi oleh faktor seperti jenis kemudahan yang disediakan, jenis kediaman, lokasi dan sebagainya.

Pengguna perlu tahu, pada setiap harga yang dipaparkan, mungkin akan terdapat harga atau kos lain yang tidak dinyatakan, misalnya Kos untuk bawa tetamu tambahan (additional guest) Kos pembersihan (cleaning fee) Kesemua kos tambahan ini, akan kita ketahui pada step terakhir sebelum bayaran dilakukan. Satu lagi yang anda perlu tahu, untuk tempahan melalui laman web Airbnb, pengguna perlu membuat bayaran penuh, dan setakat ini Airbnb tidak menggunakan konsep bayaran deposit terlebih dahulu.

Sebelum nak pergi bercuti, anda perlu membuat pembayaran penuh terlebih dahulu. Kemudian pada hari kita akan bercuti, anda akan diberikan arahan bagaimana untuk mendaftar masuk ke rumah kediaman yang ditempah. Anda akan diberi kod akses, ambil kunci di pondok pagar ataupun berurusan dengan kaunter pendaftaran. Setiap rumah yang disenaraikan di Airbnb menggunakan sistem daftar masuk yang berbeza. Segala urusan dan komunikasi dilakukan sama ada melalui whatsapp atau gunakan sistem mesej dari Airbnb sahaja. Begitu juga dengan proses untuk daftar keluar (check out).

Leave a Comment