CANTIK

“Anak-Anak Saya Tak Pernah Menyuntik Botoks Atau Fillers.” Ibu Gigi & Bella Hadid

Yolanda Hadid, ibu kepada dua model top, Gigi dan Bella Hadid memuat naik post berbikini jarang di Instagram dengan kapsyen memberitahu dia bangga masih cantik di usianya, 55.

“Hidup dalam badan yang bebas implan payudara, fillers, botoks, sambungan dan semua omong kosong yang saya fikir saya perlukan untuk bersaing berikutan pandangan masyarakat yang membuatkan saya percaya, bagaimana wanita seksi seharusnya dilihat, sehinggakan toksik-toksik itu hampir membunuh saya.”

Post itu mendapat beratus ribu tanda suka, tetapi ada yang mempersoalkannya. Salah seorang pengulas menulis, “Saya setuju dengan anda, tetapi bagaimana pula dengan anak perempuan anda? Terutamanya Bella? Dia cantik tapi mesti menggunakan fillers?! Dan dia berada dalam perniagaan (modelling) jadi bagaimana anda merasionalkan itu?”

Hadid, yang telah mendokumentasi pertempuran panjangnya dengan penyakit lyme borreliosis dalam buku dan dalam rancangan The Real Housewives of Beverly Hills, kembali ke Instagram untuk membersihkan nama anak-anaknya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8584″][thb_gap height=”40″]

“Tiada anak-anak saya yang pernah melakukan botoks atau fillers, atau memasukkan apa-apa benda asing dalam badan mereka.” “Mereka lebih tahu selepas melihat apa yang telah saya alami.”

Kedua anak perempuan Hadid sentiasa diragui kecantikan semula jadi mereka, dan Bella yang berusia 22 tahun menghadapi majoriti tanda tanya. Dia membincangkan khabar angin yang berterusan dalam majalah InStyle pada Mei tahun lalu, menyangkal dakwaan dia pernah melakukan sesuatu pada wajahnya.

“Orang ingat saya sangat confident, tetapi saya betul-betul perlu belajar bagaimana untuk memilikinya,” katanya. “Mereka fikir saya melakukan pembedahan atau menjalani ini atau itu. Dan anda tahu apa? Kita boleh melakukan imbasan pada wajah saya, sayang. Saya takut mencucuk fillers dalam bibir saya. Saya tidak mahu merosakkan muka saya.”

Related posts

Halba Untuk Membesarkan Payudara

admin

RA8 Teman Cantik Anda

admin

The Cartier Nécessaires à Parfum

adminwm

Leave a Comment