Amalan Zikir Ketika Ramadan

Please select a featured image for your post

Rasulullah SAW memberi kepada kita wasiat pada bulan Ramadan. Baginda bersabda, “Hendaklah kamu memperbanyak melakukan empat perkara iaitu dua perkara yang membuatkan Allah SWT redha kepadamu iaitu mengucapkan kalimah syahadah dan beristighfar, dan dua perkara yang kamu tidak akan boleh lepas daripada keduanya iaitu kamu meminta daripada Allah SWT syurganya dan memohon dijauhkan daripada neraka.

Maka seafdhal zikir pada bulan Ramadan selain membaca al-Quran adalah mengucapkan;

اشهد ان لا اله إلا الله استغفر الله اسالك الجنة واعوذ بك من النار

Ulang tiga ke lima kali dan kemudian ucapkan;

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني.

Ulang daripada awal dan perbanyakkan menucap kalimah ini.

Jika di rumah atau di masjid, kamu beriktikaf maka penuhi masamu dengan bacaan al-Quran dan selain daripada itu penuhilah masamu dengan zikir yang di atas ini. Maka ini adalah amal yang paling utama dalam bulan Ramadan.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON