AGAMA

Al Waqi’ah Surah Untuk Menjadi Kaya

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Surah Al Waqi’ah adalah salah satu surah Al Quran yang dikenal sebagai surah penuh berkah dan memiliki banyak khasiat dan keutamaan yang besar. Kebanyakan antara kita mengalami masalah kewangan dan duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki.

Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waqi’ah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan Al Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.

Surah Al-Waqi’ah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.  Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

2.  Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah s.a.w bersabda:  “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah s.a.w bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

6. Bagi sesiapapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, insha-Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang daripada pelbagai rezeki.

 

Related posts

Apa Kata al-Quran Tentang Usia?

admin

NISFU SYAABAN MALAM MALAM DIAMPUN DOSA PENDUDUK BUMI

admin

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

adminwm

Leave a Comment