GAYA HIDUP

Air Kelapa Muda, Elok Untuk Wanita Hamil

Anak teman yang mengandung memberitahu dia amat teringin minum air kelapa muda tetapi kawan-kawannya memberitahu, ia tidak elok untuk dia yang sedang mengandung. Lantas saya memintasnya, siapa kata air kelapa tidak elok malah saya memberitahunya sepanjang lima bulan pertama saya mengandung, saya mengidam minum air kelapa setiap hari. Tidak seperti sekarang, air kelapa muda pula amat sukar diperolehi, dulu suami terpaksa pergi ke Brickfield kerana hanya ada di situ atau balik kampong dan panjat pokok kelapa.

  1. Minuman Sihat Untuk Wanita Hamil
    Wanita hamil digalakkan minum air kelapa setiap hari, dikatakan untuk mengatasi morning sickness dan mencegah mual. Air kelapa mengandungi elektrolit, klorida, kalsium, natrium, dan riboflavin. Minuman segar ini juga kaya vitamin C yang sangat diperlukan sepanjang kehamilan. Air kelapa juga mengandungi asam laurat (yang ditemukan dalam ASI). Juga memiliki sifat anti bakteria dan anti mikroba yang melindungi tubuh daripada infeksi.
  2. Menyembuhkan infeksi saluran kemih
    Ini adalah infeksi yang umumnya dihadapi oleh kebanyakan wnita. Air kelapa membunuh bakteria yang menyebabkan infeksi salarun kemih atau lainnya. Minum air kelapa dua kali sehari, jika anda menderita infeksi vagina.
  3. Membuat Anda Tetap Terhidrat
    Air kelapa adalah minuman terbaik untuk wanita. Dehdrasi dapat menyebabkaan komplisi kesihatan, dan selain menghindar hidrasi juga ia mengeluarkan racun dari tubuh.
  4. Penurunan Berat Badan
    Berita baik bukan sahaja untuk wanita tetapi juga lelaki, kerana air kelapa dikatakan boleh menurunkan berat badan. Ia rendah kalori, membuat perut kenyang lama dan selain mengeluarkan racun dari tubuh, air kelapa boleh membaiki sistem peredaran darah dan mendorong oksigen dalam sel darah. Ia minuman bebas lemak yang berguna untuk mengurangkan tingkat kolestrol LDL dan membakar timbunan lemak dalam tubuh.
  5. Baik Untuk Kulit
    Satu lagi berita yang menggembirakan wanita. Air kelapa elok sebagai ubat untuk kulit cantik. Air kelapa melembabkan kulit dan membersihkan dari dalam. Kulit jadi lembut dan bersinar bila diminum secara teratur.
  6. Menghilangkan Keputihan
    Keputihan dianggap sebagai gangguan jika warna dan bau yang tidak menyelesakan. Kemudian rasa sensasi terbakar pada vagina. Infeksi vagina boleh membuat anda berasa sakit dan rasa seperti kesan terbakar. Kalau ini anda alami, segera dapatkan air kelapa muda atau tua sama sahaja. Minuman sihat ini juga betul-betul dapat menghilangkan dahaga dan menyihatkan. Cuba minum terus dari buahnya dan elak menambah gula serta ais.
[thb_gap height=”40″]

Related posts

FEBRUARI, CINTA, MEDIA SOSIAL & …..

admin

Football Republic Buka Cawagan di Sunway Pyramid

admin

Cari Cinta (#carijodohwithhawaya)

admin

Leave a Comment