Cantik Bersama MUA - Rossa Talip

8  Soalan Yang Selalu Ditanya Kepada Makup Artist (MUA)?

  1. Saya selalu tersalah pilih lipstik (gincu), bagaimana cara saya memilih ‘perfect lipstick’?
    Bagi professional makeup artist, pemilihan lipstick bergantung pada
    1) Undertone kulit seseorang.
    2) Pemakaian harian (waktu bekerja / pejabat atau di rumah) atau keramaian / function.
    3) Waktu pemakaian (siang atau malam).
    4) Keadaan sekeliling sewaktu pemakaian ( berhawa dingin atau tidak).
    5) Keadaan kulit bibir si pemakai ( kering / sensitif / normal).
  2. How do I contour my face?
    a) Untuk contouring muka, pertama sekali memahami dan mengetahui bentuk muka.
    b) Terdapat sembilan (9) bentuk muka
  • bentuk bersegi
  • bentuk petak
  • bentuk bulat
  • bentuk bujur
  • bentuk hati
  • bentuk buah pear
  • bentuk diamond
  • bentuk segitiga
  • bentuk oblong / lonjong
    c) Sebaiknya, contouring dilakukan bagi siapa-siapa yang mahir (professional makeup artist) atau bagi siapa-siapa yang pernah mengikuti kursus peribadi solekan/make up untuk memastikan contouring yang dibuat adalah berpatutan mengikut bentuk muka seseorang atau diri sendiri.
  1. Foundation (bedak asas) apa yang ‘works best on my skin’; kalau kulit jenis:
    a.Berminyak b. Kulit kering c. Jenis normal?
    a) Bagi kulit berminyak, foundation yang amat sesuai adalah yang berasaskan air / aqua.
    b) Untuk kulit yang kering atau berusia, foundation yang amat sesuai adalah yang berasaskan daripada minyak / wax (beewax, animal fat, vegetable fat or petroleum base).
    c) Kulit normal, boleh mengunakan mana-mana base foundation, either water, wax or silicone base. Ianya bergantung pada lokasi indoor or outdoor), masa (siang atau malam / cuaca atau musim – musim bunga/ panas/ luruh/ sejuk).
  2. Bolehkah saya memakai foundation setiap hari?
    Boleh menggunakan foundation, asalkan sentiasa bermulakan dengan basic skin care setiap kali memulakan solekan.
  3. Kalau saya memang tidak sempat hendak bersolek ke majlis, tetapi saya masih mahu wajah nampak bersiri, apa yang sebaiknya saya lakukan dalam waktu kurang 10 minit itu. Please advise what are the shortcuts to all this?
    Mulakan dengan foundation (foundation berbentuk bedak) atau bedak asas.
    Maskara untuk penampakkan mata lebih galak atau berseri.
    Lipstik bagi menyerlahkan bibir dan lipstik juga boleh digunakan untuk pemerah pipi dan pembayang mata untuk menyerikan muka.
  4. Solekan saya tidak tahan lama di muka, akibatnya wajah berbelak. Apa yang patut saya lakukan?
    Pertama, pastikan pemakaian produk rawatan kulit (skin care) yang bersesuaian dengan keadaan kulit.
    Kedua, pemilihan foundation yang berasaskan dengan keadaan kulit yang sepatutnya.
    Ketiga, kesamaan asas skin care perlu sama dengan foundation yang digunakan
    Keempat, setting makeup yang mengikuti urutan asas yang digunakan (skin care amat bergantung kepada jenis kulit). Buat sedikit homework, pastikan ingredients tidak alah kulit kamu, dan belanja sedikit bagi mendapatkan produk daripada jenama yang dijamin baik. Elak produk murahan yang boleh diragui. Be smart.
    Menggunakan foundation secukupnya dan jangan berlebihan untuk make up tampak lebih natural dan tidak tebal (solekan yang tebal boleh membuatkan kulit nampak unrealistic and cakey (makeup retak dan mudah bercapuk).
  5. Saya selalu mendapat jemputan untuk majlis sebelah malam, membuat saya rasa tertekan untuk hadir kerana saya wajib solat dulu. Apa cara terbaik untuk saya bersolek dan tolong recommend alat solek nya.
    Pada masa sekarang, banyak produk make up di pasaran berstatus halal, vegan friendly dan free PARABEN. Produk-produk ini semua boleh dibawa solat, dipakai selepas mengambil air wuduk dan boleh dipakai terus sewaktu solat tanpa menanggalkan make up tersebut.
    Antara produk certified halal, vegan friendly and PARABEN free yang selalu saya gunakan buat masa ini adalah NOTE COSMETICS yang berasal dari negara Turki. Ia boleh didapati di negara-negara besar seperti United Kingdom, Amerika, Australia, Singapore, Malaysia, Dubai dan banyak lagi.
  6. Alat solek apa yang wajib ada dalam tas tangan wanita, untuk dibawa ke mana sahaja?
    Compact powder / foundation powder (untuk membuat kulit tampak sekata dan tidak berminyak).
    Lipstik (untuk bibir tampak lebih berseri dan boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan eyeshadow- mata nampak berseri).
    Mascara (membuat mata lebih galak dan hidup).
    Eyeliner (untuk membuat mata terbuka dan juga boleh digunakan untuk lip liner dan brow liner).

NOTA PENGARANG
Sebarang kemusykilan tentang cantik, MUA Rossa Talip sedia menjawab. Hantarkan pertanyaan anda ke [email protected]

Leave a Comment