PERSONALITI

Datin Sharifah Shawati Smart Women Foolish Choices

Bertahun dulu, inilah antara wajah rupawan yang menemani malam-malam kita menyampaikan berita terkini dalam dan luar negara. 

Hari ini, wajahnya tidak lagi menghiasi kaca tv setiap jam lapan malam, sebaliknya dia aktif memberi motivasi tentang kecantikan, tentang personaliti. Pernah menulis sebuah buku sebelum ini, bertajuk Your Image is Your Best Asset dan baru-baru ini mengeluarkan naskah yang kedua, Smart Women Foolish Choices.

Jom kita dengar apa cerita Datin Sharifah Shawati Syed Mohd tentang bukunya ini dalam temuramah di bawah;

Smart Women Foolish Choices. Tajuk buku ini dengan sendiri sudah membuat orang hendak tahu kandungannya. Ceritakan, lebih lanjut maksud di sebalik tajuk ini?

Buku ini berkisar tentang kisah benar pelbagai wanita berjaya yang berkongsi pengalaman kehidupan mereka yang mana mereka gagal dalam hubungan peribadi sesama manusia dan hubungan peribadi dengan kaum lelaki. Mereka mempunyai kedudukan dan berpangkat tinggi dalam kerjaya namun gagal dalam alam percintaan yang akhirnya mengakibatkan masalah berbangkit seperti kemurungan, patah hati, hilang keyakinan diri, prestasi kerja menurun dan tidak dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna.

Wanita berjaya masa kini banyak mementingkan skil IQ dan kurang EQ maka mereka sentiasa tewas dalam perkara berkaitan hati dan perasaan. Lalu wanita seperti ini sering melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan terperangkap dalam situasi yang sama dalam kehidupan mereka tanpa mengetahui apa sebabnya.

What inspired you to write this book? Dan apa yang anda sendiri belajar daripada buku yang anda tulis ini? 

Kesemua wanita ini adalah sumber inspirasi saya. Dalam kerjaya saya sebagai perunding dan motivasi imej, saya sering berjumpa dengan peserta bengkel yang mencurahkan masalah peribadi mereka dan menanyakan nasihat dari saya. Dari situ saya dapati bahawa ramai wanita yang mengalami situasi yang seakan sama dan bagi saya, jika saya boleh membantu mereka alangkah baiknya supaya wanita lebih cerdik emosi dan faham akan sesuatu situasi yang berlaku serta dapat menanganinya dengan tenang dan bermatlamat.

Justeru saya mengambil keputusan untuk menulis buku mengenai kisah mereka supaya lebih ramai mendapat manfaat dan mengambil iktibar daripada pengalaman mereka sambil belajar cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, supaya kita dapat mengelak konflik dalam rumahtangga, di tempat kerja dan dalam diri sendiri.

Juga saya rasa dengan kes-kes penderaan, penceraian dan perselingkuhan adalah berpunca daripada sifat kurang bijak mengendalikan perasaan dan emosi maka dari situ terjadinya hilang pertimbangan.

Dalam proses saya menulis buku ini, banyak perkara yang saya rasa dapat menbantu diri sendiri sebagai daripada semasa ke semasa supaya tidak membiarkan perasaan dan emosi mengawal diri. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita tidak berhak untuk mengadili mereka. Segala yang berlaku adalah satu pengembaraan hidup yang dicorakkan oleh keputusan kita sendiri.

[thb_gap height=”40″]
Writing can be emotionally and stressful pursuit. How do you deal with this emotional impact of this book (on yourself)  as you’re writing the story?

Saya sudah dilatih untuk tidak menyerap bad vibes sekeliling saya sebagai langkah berjaga jaga untuk diri sendiri. I am able to shield myself from their negative energy supaya saya dapat mengawal keadaan. Jika saya sebagai coach tak kuat semangat maka saya  juga akan terkesan dengan vibe negatif. Tugas saya adalah untuk mendengar permasalah dan keluhan dan memberi solution.

Pendapat anda, bolehkah seseorang itu menjadi penulis jika di sendiri ‘dont feel emotions strongly’

Seorang penulis harus mempunyai sikap neutral dalam apa yang ditulisnya dan dirinya sendiri perlu mencapai tahap ‘mastery’ level dahulu sebelum dia dapat mengendalikan orang lain. Mastery level yang saya maksudkan adalah tahap tertinggi dalam cerdik emosi dan mempunyai sikap yang memahami ‘emphathy’ ‘understanding’ dan ‘non judgemental’.

[thb_image image=”10386″]
[thb_gap height=”40″]
Ini buku anda yang kedua. Was the writing process different and what challenges did you face when writing this book

Saya menulis buku saya dengan minat yang menebal kerana saya meletakkan diri saya dalam keadaan mereka supaya dapat memahami situasi yang mereka lalui dengan lebih baik lagi. Tentunya kerana diri saya juga seorang wanita memudahkan saya faham situasi mereka. Saya turut menemubual beberapa lelaki bagi mengetahui bagaimana layanan mereka terhadap wanita. Lelaki juga manusia biasa, jadi saya tidak mahu bersikap bias bagi memahami cara mereka berfikir.

Anda sendiri suka membaca? Buku apa yang sedang anda baca dan adakah kerana author-nya atau jenis/tajuk buku itu sendiri yang menarik minat anda membeli lantas membaca? Describe your perfect book hero or heroine?

Saya memang suka membaca buku self help dan menambah ilmu dengan menghadiri seminar motivasi di luar negara untuk menambah nilai pada diri sendiri dan selepas itu kongsi bersama orang lain. Buku yang saya sedang baca sekarang adalah Understanding Your inner Voices by Blair Singer. It depends on what i’m inclined to dan tajuknya memainkan peranan serta corak penulisan yang senang dibaca dan santai .

Tidak dinafikan memang ada orang yang bijak lagi pandai membuat pilihan-pilihan bodoh dan kadangkala tidak masuk akal. Sebagai seorang motivator sejauh mana anda berjaya membantu mereka ini dan cabaran yang dihadapi, knowing mereka orang terpelajar?

Tiada orang yang bodoh bagi saya. Setiap individu berbeza kerana masing-masing dibesarkan dalam senario yang tersendiri dan mendapat pendidikan yang berlainan. Adalah tidak wajar menganggap seseorang itu bodoh hanya kerana mereka membuat kesilapan dalam kehidupan. Setiap manusia boleh berubah jika mereka mahu berubah dan ini memerlukan proses self realization dan self awareness pada satu titik kehidupan mereka, yang akan membolehkan mereka mengenal pasti akar kelemahan mereka. Inilah antara ilmu yang terdapat dalam buku ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”10385″][thb_gap height=”40″]
Do you view writing as a kind of spiritual practice?

Yes in a way, different people have different ways to find peace. To me writing gives me the freedom to express my thoughts and the more you express yourself in writing, the more you exercise your mind to think and explore many dimensions. I express myself wonderfully in writing as I am a kinesthetic person. Saya tidak suka membuang masa. Masa sangat berharga kepada saya jadi saya mengisi dengan menulis dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat dan mempunyai tujuan. Selagi apa yang saya lakukan itu sesuatu yang berharga, maka saya okay.

Menulis sudah, menjadi motivator sudah, sebagai designer, pengacara, mengeluarkan produk makanan dan CEO kepada syarikat anda, apa lagi SS mahu lakukan? 

Saya  mahu mencuba segala-galanya kerana ia sebagai cara saya mencabar diri bagi melihat sejauh mana saya boleh pergi. Dalam masa yang sama, saya mahu menghidupkan passion saya iaitu memotivasikan ramai orang, juga passion dalam kecantikan dan fesyen yang sudah sebati dalam diri.

Saya mahu terus menulis buku tentang pemerkasaan wanita kerana saya mahu menyalurkan kelebihan yang Tuhan kurniakan ini sebaiknya. Lagi pula, penting untuk saya meneroka dan menghargai bakat yang dikurniakanNya kepada saya. Saya membayangkan diri bercuti di pantai yang indah bersama keluarga. Saya mahu luangkan masa berbaring di tepi pantai sambil mencari ilham menulis buku baru. Selain itu, saya mahu ingatkan diri untuk lebih mensyukuri nikmat Tuhan untuk perjalanan kehidupan saya yang bermacam rona ini. Ini sebagai cara saya mencari keamanan diri. Yang penting bukanya tentang mencapai cita-cita tetapi menikmati perjalanan yang dilalui.

Adakah anda membaca ulasan tentang buku anda? Bagaimana reaksi anda terhadap ulasan yang diberikan?

Saya menghargai walau apa saja komen dan ulasan, tidak kisah positif atau negatif kerana ia adalah sebahagian proses berkembang. Saya mengalu-alukan maklum balas dan sentiasa mencari solution untuk menjadikan kerja saya yang seterusnya lebih baik. Saya belajar untuk tidak terjejas oleh apa-apa keadaan di sekeliling saya dan belajar bagaimana menguruskan expections dan perceptions terhadap saya.

Related posts

Bicara Bersama Azrel Ismail

admin

Saidina Umur al-Khattab Gagah lagi Perkasa

admin

Yani Bakhtiar The Contender

admin

Leave a Comment