AGAMA

5 Tempat Suci di Masjidil Haram

  1. Hajarul Aswad

“Batu ini pada hari kiamat akan muncul dengan dua buah mata yang mampu melihat, mulut yang dapat berbicara, bersaksi terhadap orang yang beristilam kepadanya dengan benar.” (HR. Turmidzi).

Batu Hajarul Aswad merupakan bahagian paling mulia di Masjidil Haram. Hajarul Aswad adalah pondasi pertama pembangunan Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s. Anjuran untuk mengusap dan mencium Hajarul Aswad bukan bererti kita menyembah batu ini. Anjuran ini turun kerana Nabi Muhammad SAW melakukannya. Mencium Hajarul Aswad adalah sebahagian daripada ibadah sebagaimana kita wukuf di Arafah, bermalam di Mudzdalifah, dan Thawaf.

Batu ini pada awalnya berwarna putih, tetapi kerana dosa dan kesalahan manusia, batu ini pun berubah menjadi hitam. Sebagaimana tertulis dalam hadis,

“Hajarul Aswad turun dari surga padahal batu tersebut begitu putih lebih putih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi hitam.” (HR. Tirmidzi)

  1. Multazam

Multazam merupakan tempat antara pintu Kaabah dan Hajarul Aswad. Secara harfiah, multazam bererti ‘tempat yang sangat diperlukan. Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” (HR.Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).

Tempat ini merupakan tempat yang paling dianjurkan untuk berdoa. Tempat suci ini merupakan tempat tetamu Allah menangis memohon ampunanNya.

  1. Al Hathin

Al-Hathin adalah segitiga antara Hajarul Aswad dan sumur zamzam serta makam Ibrahim. Hajarul. Pendapat lainnya mengatakan Al-Hathin adalah hijir Ismail. Hijir Ismail dahulu merupakan sebahagian dari Kaabah, namun pada zaman Quraisy, Kaabah mengalami perombakan. Bangunan yang dibangun Nabi Ibrahim a.s mengalami penyempitan. Hijir Ismail seolah-olah berada di luar Kaabah. Hal ini dikuatkan melalui hadis Rasulullah SAW.

Siti Aisyah ra. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai dinding Hijir Ismail. Apakah ia sebahagian daripada rukun suci ini? Nabi SAW menjawab, “Betul”. Kemudian Aisyah bertanya lagi, “Mengapa mereka tidak memasukkan sekalian sisanya ke Kaabah?” Nabi menjawab, “Sebab kaummu kekurangan dana.” (H.R. Nasa’i).

  1. Makam Ibrahim

Makam Ibrahim adalah sebuah batu yang dijadikan tempat berdirinya makam Ibrahima a.s. Pendapat lain mengatakan, makam ini merupakan bekas telapak kaki Nabi Ibrahim a.s. Dianjurkan solat dua rakaat di belakang makam Ibrahim setelah waqaf di Baitullah.

Dalam kitab Qadhaya al-Mar’ah fi al-Hajj wa al-Umrah, Dr. Ablah Muhammad Al Kahlawi menuliskan bahawa “Di antara keutamaan makam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan di sana.”

  1. Sumur Zamzam

Sumur zamzam adalah mata air yang dimunculkan oleh malaikat Jibril untuk Siti Hajar dan puteranya yang masih kecil, Ismail. Ketika itu, kedua manusia soleh ini begitu haus dan lapar. Air zamzam muncul dari bawah kaki Ismail kecil, setelah Siti Hajar berlari kecil dari Safa menuju Marwah selama tujuh kali putaran untuk mencari air.

Ketika Siti Hajar melihat air yang muncul dari bawah kaki Ismail yang sedang menangis. Ia merasa takjub dan tiba tiba berkata, “Zamzam!” sehingga kini mata air tersebut dikenal dengan nama sumur zamzam.

Sumur zamzam terletak di sebelah tenggara Kaabah, dan memiliki kedalaman 42 meter. Salah satu penelitian mengatakan, air zamzam merupakan jenis air dengan PH terbaik sedunia.

Sumber: Buku Hajj & Umrah for Woman, oleh Indriya R. Dani & Hj. Hayatilah

Related posts

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

admin

Kurban Al Khairi Disempurnakan Empat Kumpulan & Pertubuhan Wanita

adminwm

Persoalan Wanita Tentang Onani: “Saya selalu onani… bagaimanakah perkahwinan dan puasa saya pada ketika itu?

admin

Leave a Comment