FESYEN

40 Gaun Couture Elie Saab Yang Paling Diingati

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Elie Saab memulakan labelnya sekitar 1980-an tetapi namanya mula meledak dalam pasaran mainstream dalam dekad yang dipanggil Noughties (daripada tahun 2000 ke 2009.) 

Sebenarnya, sebelum itu lagi jenamanya sudah berjaya, ada butik di beberapa kota besar termasuk juga di Paris, namun hanya setelah dia melabur sejumlah wang yang besar dengan membayar artis Hollywood untuk memakai rekaannya di acara karpet merah, barulah namanya menjadi bualan. Dan selebriti yang pertama memakai gaun couture-nya ketika itu adalah Halle Berry di Anugerah Academy pada 2002 dan kebetulan, dia naik pentas menerima Oscar pertamanya untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik filem Monster Ball. Jadinya satu bonus besar buat Elie Saab.

Dekad Noughties adalah masa di mana pereka kelahiran Damour itu mula rutin muncul di banyak acara permaidani merah, menambah lebih pesona bintang pada artis Hollywood yang sedia hebat dalam balutan couture yang diadun gaya romantis, ketukangan rumit dan drama.

Emma Stone, Angelina Jolie dan Dame Helen Mirren antara yang menyarung rekaannya, dan sebut apa daripada Oscar, Golden Globe, Bafta termasuk juga Cannes, koleksinya pernah dipertonton di setiap majlis anugerah yang mendapat perhatian utama dunia.

Terkenal dengan sentuhan penuh drama diiringi kehalusan kerja tangan halus, labelnya juga mendapat sokongan beberapa wajah industri yang paling terkenal seperti Beyonce dan Taylor Swift. 

Malah kerabat Diraja juga mahu pasang badan dengan hasil karya Saab. Salah seorangnya, Duchess of Cambridge yang menyarung dress midi pereka itu di acara Royal Ascot bulan lalu. 

Lihat galeri di atas untuk mengetahui seleksi gaun couture Elie Saab yang paling diingati di acara karpet merah;

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Tom Ford Menggantikan Tempat Diane von Furstenberg Sebagai Pengerusi CFDA

admin

Menjengah Vanity Fair Oscar After-Party 2019

admin

TOP 5 CLOTHING COMPANIES IN THE WORLD IN 2022

admin

Leave a Comment