FESYEN

10 Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2017

Fesyen musim luruh/sejuk 2017 kali ini membawa ciri-ciri yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, trend untuk menonjolkan identiti dan individualiti memainkan peranan yang penting bagi fesyen musim luruh/sejuk tahun 2017. Kebanyakan pereka-pereka fesyen kali ini terpengaruh dengan isu-isu semasa seperti isu politik, isu diskriminasi terhadap golongan minoroti, isu perjuangan hak wanita dan lain-lain yang sering kali menjadi topik hangat di arena antarabangsa. Tahun ini, trend musim luruh/sejuk menampakkan ciri-ciri yang lebih berani dan menonjol dengan rona warna yang garang dan corak yang pelbagai di pamerkan di atas pentas.

[thb_gap height=”20″]
  1. Kilauan sequin dan kristal
    Seiring dengan tema “Back to the Future”, kebanyakan pereka antarabangsa menggunakan sequin dan kristal untuk memberikan impak yang lebih menarik terhadap rekaan-rekaan yang sesuai di gayakan ke majlis formal atau sebaliknya.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Saint Laurent, Paco Rabanne, Balmain, Isabel Marant, Dolce&Gabanna

[thb_gap height=”20″]
  1. Sut longgar
    Diinspirasikan daripada fesyen trend tahun 80an, sesetengah pereka antarabangsa memilih untuk mengembalikan rekaan sut yang longgar dan besar yang sesuai digayakan oleh wanita bekerjaya. Rekaan yang kemas dan simple ini dapat menonjolkan peribadi wanita yang berkeyakinan tinggi dengan kebolehan diri mereka.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Calvin Klien, Celine, Alexander McQueen, Alexander Wang, The Row, Stella McCartney.

[thb_gap height=”20″]
  1. Fluted Dress
    Trend fesyen musim luruh/sejuk kali ini mempamerkan gaya fluted dress yang boleh dikenakan untuk setiap masa tidak kira sama ada untuk majlis formal atau majlis biasa. Material yang sering menjadi pilihan pereka-pereka fesyen untuk rekaan fluted dress ini adalah satin dan velvet yang menonjolkan keanggunan pengguna yang mengenakan rekaan tersebut.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Isabel Marant, Valentino, Christian Dior, Tibi, Loewe, Altuzarra, Luis Vuitton, Erdem.

[thb_gap height=”20″]
  1. Kata-kata hikmat.
    Isu-isu hangat seperti diskriminasi terhadap golongan-golongan tertentu, isu politik dan isu women empowerment menjadi bualan hangat di arena antarabangsa menyebabkan ramai pereka fesyen menjadikan isu-isu ini sebagai ilham rekaan mereka. Tahun ini menampakkan kebanyakan pereka fesyen memilih untuk mempamerkan kata-kata hikmat di dalam rekaan mereka untuk memberi insipirasi kepada penggemar fesyen dan pengguna.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Dolce&Gabbana, Creatures of the Wind, Versace

[thb_gap height=”20″]
  1. Soft Leather
    Rekaan untuk musim luruh/sejuk tahun ini juga banyak mempamerkan penggunaan soft leather sebagai material utama dalam rekaan pereka-pereka terkenal. Dipelbagaikan dengan variasi warna dan potongan, rekaan dengan penggunaan soft leather ini menghasilkan ilusi wanita yang sofistikated, berkeyakinan tinggi dan berani.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Hermes, Saint Laurent, Bottega Veneta, Valentina, Acne Studios, Alexander McQueen, Loewe, Tods.

[thb_gap height=”20″]
  1. Quilt
    Quilt selalunya sinonim dengan kain cadar. Namun begitu, tahun ini pereka-pereka fesyen mempamerkan sesuatu kelainan dengan menggunakan quilt sebagai rekaan fesyen mereka. Ia semestinya menghasilkan rekaan yang unik untuk penggemar fesyen.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Dries Van Noten, Isabel Marant, Stella McCartney, Chanel, Roksanda, Mulberry, Coach 1941, Moncler Gamme Rouge.

[thb_gap height=”20″]
  1. Not-Quite-Boho Dress
    Mengambil rekaan Bohemin sebagai insipirasi, sesetengah pereka menghasilkan rekaan dress yang menggunakan variasi warna dan corak yang pelbagai untuk musim luruh/sejuk tahun ini. Rekaan-rekaan ini menghasilkan dress yang kelihatan menarik disamping mempamerkan individualiti kepada pengguna yang mengenakan rekaan tersebut.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Gucci, Erdem, Valentino, Alexander McQueen.

[thb_gap height=”20″]
  1. Merah yang hangat.
    Warna merah yang garang dan hangat selalunya digunakan untuk fesyen musim panas/bunga. Namun begitu, kali ini kebanyakan pereka fesyen terkenal menghasilkan rekaan yang menggunakan rona merah dari atas hingga ke bawah untuk rekaan musim luruh/sejuk 2017. Penggunaan rona merah yang garang ini memberikan impak dan kelainan pada trend fesyen musim luruh/sejuk tahun ini.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Fendi, Roksanda, Max Mara, Givenchy, Giambattista Valli, Alberta Ferretti.

[thb_gap height=”20″]
  1. Trend 70an.
    Selain sut yang diinspirasikan dari tahun 80an, fesyen daripada tahun 70an turut menjadi ilham untuk pereka-pereka fesyen menghasilkan rekaan mereka. Ini dapat dilihat dalam penggunaan material seperti shearling dan corduroy, palet warna seperti warna-warna karamel, sticky coffee dan camel dan juga rekaan yang mempunyai identiti yang sinonim dengan tahun 70an seperti corak bunga dan swagger dari era tersebut.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Chloe, Max Mara, Calvin Klien, Prada, Lemaire, Miu Miu, Gucci, Mulberry.

[thb_gap height=”20″]
  1. Forties Blue
    Selain rona merah, rona biru yang lembut juga menjadi pilihan pereka-pereka antarabangsa kali ini. Diilhamkan dari rona biru yang sering digunakan pada tahun 40an, warna forties blue kembali menjadi trend fesyen musim luruh/sejuk kali ini. Tona biru yang lembut ini membuatkan rekaan kelihatan simple tetapi tetap mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Forties blue pada tahun ini adalah kegemaran kebanyakan pereka dan pengkritik fesyen menjadikan ia ‘the IT colour’ dan trend pada musim luruh/sejuk 2017.
[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Lemaire, Celine, Bottega Veneta, Balenciaga, Miu Miu.

[thb_gap height=”20″] [thb_gap height=”40″]

Related posts

Carrera Eyewear and Decuti

adminwm

Face Mask Sebagai ‘Fashion Statement’

admin

Adakah Jeremy Scott Menciplak Idea Pereka Muda Untuk Koleksi Moschino Spring Summer 2019?

admin

Leave a Comment