10 Soalan Cinta

PACAI Award-Winning Composer & Producer

& JUITA JALIL Producer & Professional Learning Facilitator

  1. Apa itu cinta pada anda?

Good question! Pada pendapat saya, kalau kita tidak mencintai diri sendiri dulu, kita tidak mungkin mampu mencintai orang lain. How can you? Kalau sumber dari mana cinta itu terlahir tiada isi kandungannya, bagaimana kita mahu memberi apa yang kita tiada? So, as much as I love myself is how much love means to me.

  1. Anda kata anda mencintai seseorang di mana kebahagiaannya amat penting bagi anda, sanggupkah anda sacrifices for your relationship? 

A relationship is a two-way street. Bukan saja dalam bercinta. Segala apa yang perlu dilakukan, mesti dilakukan bersama. Contoh, rumah yang bertiang empat, tIdak mungkin akan berdiri dengan satu tiang saja kan? Kita boleh buat sebarang pengorbanan yang perlu untuk memperkasakan cinta dengan kekuatan bersama.

  1. Momen yang paling indah dalam hidup anda berdua?

Masha-Allah! Setelah 27 tahun bersama, setiap momen pastinya yang terindah! Alhamdulillah!!

  1. What is your biggest fear about a relationship?

I guess the biggest fear is about losing the one you love, tetapi, sekiranya ia terpaksa berlaku untuk menyelamatkan kasih sayang yang ada, maka tiada apa yang perlu difikirkan. In actual fact, you can never lose someone you really love, kan?

  1. Apa yang membuat sesesorang itu hilang rasa cinta (falling out of love)

Mungkin kerana mereka tidak merasa dihargai dan dihormati. Dan dengan tidak lagi merasa penting atau tidak disayangi oleh pasangan anda, perasaan kasih sayang yang pernah dimiliki boleh pudar. Apabila keintiman berkomunikasi semakin kurang, dan mula berahsia antara satu sama lain, itu mungkin tanda hubungan yang berasaskan cinta yang pernah ada, tidak lagi boleh berfungsi seperti dahulu. Keintiman merangkumi segala aspek dalam setiap perhubungan – peribadi dan profesional.

  1. Apa yang anda fahami tentang perkataan menipu pasangan (cheating?

Berbalik kepada jawapan No. 5 – bila segala keintiman sudah tiada, maka tiada apa yang dapat dilihat sebagai berharga lagi. When the compassion and consideration in the various forms of intimacy disappears i.e. communication, trust, understanding, forgiving etc., then unfaithfulness takes over.

  1. Apa yang anda rasa membuat sesuatu perhubungan itu segar (healthy)?

Sama-sama berusaha untuk menjayakan keintiman yang melibatkan kejujuran, kepercayaan dan komunikasi terbuka, two-way street yang saya sebut tadi.  Hubungan yang sihat terjalin bila kita mudah berkompromi sesama sendiri dan tidak wujudnya ketidakseimbangan “kuasa” atau perasaan “takut”.

  1. Pada pendapat anda adakah soal kewangan patut dikongsi bersama atau berasingan (to be kept separate).

Saya ingin berkongsi nasihat arwah Mak saya: “You both must know your responsibilities, establish your boundaries and accountabilities – so there will be no discrepancies and disagreement . Your husband’s success is yours and vise-versa, so you both will know how you can support each other unconditionally. Then again, smart women must have some money put aside for themselves. And I know you are a smart woman, my dear.”

  1. Apakah anda rasa seseorang itu boleh berubah bila dia mencintai seseorang?

Sama ada orang mahu berubah atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri. Mahu itu mesti daripada kehendak dan selera sendiri. Kalau mahu itu ingin menuju ke hala kebaikan, maka baiklah jadinya cinta itu. Kalau selera kita tetap kepada mahu yang sebaliknya, maka tiada siapa yang boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan selain daripada diri sendiri.

  1. What‘s  the best relationship advice that you can give to someone AND best relationship advice that someone has ever given you?

LOVE. That’s it! Hahahaha!

How can there be anything more than that!

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON