Uncategorized

10 Pekerjaan Dengan Kadar Kemurungan Tertinggi

  • Penjaga kanak-kanak dan warga tua 
  • Pekerja restoran makanan 
  • Pekerja khidmat sosial 
  • Anggota kesihatan 
  • Artis, penghibur dan penulis 
  • Guru
  • Kumpulan sokongan pengurusan
  • Pekerja penyelenggaraan
  • Akauntan
  • Jurujual

 

Gejala Kemurungan
  • Sedih, bimbang melebihi dua minggu 
  • Mudah tersinggung dan hilang tumpuan 
  • Hilang keyakinan diri 
  • Perasaan bersalah dan perubahan berat badan 
  • Tidak mahu meneruskan kehidupan

 

Bagi pekerja yang berkhidmat sebagai kumpulan sokongan pengurusan, mereka sentiasa menerima pelbagai bentuk arahan daripada pelbagai pihak dan permintaan yang tinggi daripada pihak atasan.

Penghibur dan individu yang bekerja dalam bidang kreatif sering mengalami masalah untuk mendapatkan bayaran yang tetap, pekerjaan yang melebihi masa dan terasing dari orang ramai.

Untuk pekerja yang berkhidmat di restoran dan penyelengaraan, mereka sering mendapat layanan yang buruk daripada pelanggan, gaji yang rendah dan memenatkan.

Setiap kerjaya ada cabaran yang berbeza, dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami sebarang gejala kemurungan.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Related posts

Makanan Yang Bagus Untuk Membuang Banyak Kalori

admin

Cerita-cerita Orang Kahwin

admin

Info: Derma Darah

admin

Leave a Comment